KATAKANLAH jika ayah dan ibu saya wafat, mereka telah meninggalkan berketul-ketul emas tulen. Sebagai anak lelaki saya dapat berapa ketul dan adik-adik perempuan saya berapa ketul pula. Inilah harta pusaka yang pembahagiannya menjadi perdebatan antara seorang Timbalan Menteri dengan para peserta persidangan yang mereka namakan Projek Persidangan Musawah.
Berdasarkan ayat alquran ayat 11 surah an-Nisa bererti anak lelaki mendapat dua bahagian berbanding anak perempuan. Contohnya jika adik perempuan saya mendapat dua ketul emas, maka saya yang lelaki mendapat empat ketul emas! Puak Musawah berkata formula ini sudah tidak sesuai kerana dikatakan tidak adil kepada wanita. Maka bingkaslah Timbalan Menteri dengan mengatakan formula itu merupakan wahyu alquran yang tidak boleh diubah.
Seorang pengamat dalam tulisannya kepada pengarang sebuah akhbar menjelaskan suasana formula Allah dan apa yang sedang berlaku sekarang. Menurunya (seperti juga kebanyakan hujahan ulama) anak lelaki mendapat dua bahagian berbanding anak perempuan kerana hukum asal ialah anak lelaki menjadi ketua keluarga dan menanggung kehidupan kedua-dua orang tuanya sehingga akhir hayat. Malah mana-mana adik perempuannya yang belum berkahwin juga menjadi tanggungan si abang apabila kedua-dua ibu bapa sudah tiada. Anak perempuan menjadi isteri, tidak bekerja sudah dikira sangat beruntung kerana mendapat bahagian hak mutlak yang suaminya tidak boleh mengambilnya. Malah suami pula wajib menafkahi isteri itu (anak perempuan) Itulah sebabnya Allah meletakan formula 2:1 atau dua untuk lelaki dan satu untuk perempuan.
Kemudian si pengamat menghujah bahawa zaman sudah berubah dengan para wanita (anak-anak perempuan tadi) sudah setaraf dengan lelaki, sama-sama bekerja dan mendapat pendapatan lumayan. Dalam hal-hal penjagaan ayah dan ibu banyak pula si ayah dan ibu lebih nyaman dibelai dan dijaga oleh anak perempuannya berbanding anak lelaki. Maka beban menanggung kehidupan hari tua ayah dan ibu berpindah kepada anak perempuan.
Memang tidak sunyi kes bahawa orang tua akhirnya mengikuti kehidupan anak perempuannya, tambahan anak perempuan punya pendapatan tetap. Malah ada kes, orang tua mengikut juga anak perempuan sekalipun si anak perempuan tidak bekerja. Mujur suaminya berjiwa malaikat! Di balik cerita itu ada pula anak lelaki memang menolak untuk menanggung jerit payah membela dan melayan orang tua sehingga akhir hayat. Adik-adik perempuannya juga habis belajar terus bekerja, tidak membebani mana-mana saudara lelaki. Namun sewaktu pembagian harta pusaka itu, anak lelaki membacakan surah an-Nisa ayat 11, untung betul dia!
Soalnya apakah hukum pembahagian harta pusaka formula 2:1 itu memang wajib kekal hingga kiamat sekali pun berlaku perubahan sosial dalam masyarakat? Cuba lihat bagaimana Khalifah Umar al Khattab melaksanakan pembahagian harta zakat. Wahyu Allah berkenaan hak lapan asnaf layak mendapat zakat ialah surah Taubah ayat 60. Rasulullah dan Khalifah Abu Bakar melaksanakan sepenuhnya hak lapan asnaf yang antaranya mualaf atau orang yang hampir-hampir masuk Islam.
Zaman pemerintahan Khalifah Umar, suasana sudah jauh berubah dengan perkembangan Islam yang sangat pesat. Jika pada zaman Rasulullah umat Islam jumlahnya sedikit, sesungguhnya zakat kepada mualaf menjadi satu tarikan kaum bukan Islam menghampiri dan memeluk Islam. Keadaan itu tidak ada pada zaman Khalfah Umar.
Lalu Khalifah Umar membatalkan pemberian zakat kepada golongan mualaf atau orang yang cenderung hatinya kepada Islam. Apakah Khalifah Umar melanggar wahyu Allah dan ingkar sebagian maksud ayat 60 surah Taubah? Tidak mungkinlah, sebab Rasulullah telah menjamin syurga kepada sahabatnya ini. Khalifah Umar berijtihad dengan hujah bahawa ‘sekarang zaman Islam telah kuat dan umatnya besar, maka kebenaran Islam sudah meluas dan tidak tersembunyi. Zakat kepada mualaf untuk memujuk mereka memeluk Islam sudah tidak menjadi keutamaan.’ Ertinya satu kata dua kepada kaum bukan Islam: Terpulang kepada kamu, masuk Islam atau tidak, kamu sudah tahu hal Islam. ‘Zakat tidak lagi untuk memujuk hati kamu.’
Biarlah para ulama dan ilmuan berbincang mengenai hal hukum bersifat duniawi dalam alquran, untuk dilaksanakan secara harfiah sebagaimana zaman awal atau perlu dilakukan penyesuaian dengan berpaksi keadilan standard wahyu Allah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan