Pengikut

Rabu, Februari 25, 2009

ALAHAI Timbalan Mufti rupanya

PADA hari Jumaat lepas agak lewat hadir ke masjid untuk solat Jumaat, namun belumlah dilaungkan azan yang pertama itu. Apabila masuk ke masjid, kedengaran seperti orang sedang membicarakan sesuatu mauduk atau pengumuman oleh pengurusan masjid.

Bukanlah, itu adalah kuliah agama sebelum berjumaat. Kerana tidak jelas butir bicaranya, solat sunat masuk masjid saya langsung tidak terganggu. Ya, saya selamat daripada gangguan pidato yang sepatutnya masjid hening dengan orang beriktkaf. Namun di baliknya mendedahkan cerita lain pula.

Pengerusi majlis mengucapkan terima kasih kepada Tibalan Mufti Negeri kerana telah menyampaikan kuliah sebelum Jumaat. Oho, Timbalan Mufti! Kalau tidak diberitahu bahawa itu Timbalan Mufti, sekerat beras saya tidak percaya itu adalah citra orang besar agama sebuah negeri.

Sang Timbalan Mufti tentulah ada digri agama entah dari Mesir atau Jordan atau Maghribi. Kalau lepasan UKM pun tidak salah. Yang saya tidak percaya ialah cara dia menyampaikan imu atau kuliahnya. Aduh, langsung tidak ada naik turun intonasi suara atau tarikan untuk menjadikan kuliah itu satu yang sangat bermakna. Maaflah, terlalu mendatar dan lirih, sekalipun memegang pembesar suara. Orang macam tidak perduli pun apa yang diwacanakan.

Tidak mungkinlah satu negeri sudah kehabisan ulama yang tangkas menyampaikan ilmu, hingga orang yang sudah ‘lumpuh’ suaranya masih diberi tempat tinggi. Untuk apa berjawatan tinggi dalam institusi agama kalau bukan untuk mengepalai penyebaran ilmu. Ustaz, ulama dan Mufti bukan seperti doktor atau jurutera yang bekerja secara diam. Mulut dan suara adalah modal kerja utama pada pendakwah. Kalau suaranya sudah lumpuh ya jangan tampil depan publik. Nak terangkan ilmu agama dengan apa? Mulut dan suara, bukan dengan kayu, skru dan sepana.

Kesempatan ini saya ingin salut kepada kerajaan Perlis yang mempunyai standard untuk memilih individu ke jawatan Mufti. Bukan soal umur muda, tetapi ketrampilannya dalam semua ruang yang akan diteroka. Terus teranglah, umah senantiasa menanti kehadiran ilmuan yang jaguh dan trampil, biar sepuluh dan seribu, biar mengatasi kepopularan para artis.

Apabila ingin mengisi jawatan Menteri, Pengarah atau Pengurus Besar selalu mencari yang terhandal dan hebat. Untuk mencari orang menjadi Mufti, patutkah dinaikkan hanya umur yang sepatutnya dah naik pangkat?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan