ISLAM agama wahyu, yang punya citra
tersendiri. Allah sangat mahu
hamba-hamba-Nya yang patuh senantiasa menjaga keberadaan dalam agama yang benar
ini. Allah perintahan terus dalam al-Quran atau melalui utusan-Nya, Muhammad
Rasulullah s.a.w. agar orang Islam yang beriman teguh dengan citra Islam. Hal ini
bermaksud, tidak dapat diterima sama sekali adanya persamaan dengan penganut
agama lain yang Allah tidak reda.
Dalam hal ketauhidan, jelas Allah mahu umat Islam
berbeda dengan penganut agama lain.
Seruan Tuhan sebenar ialah Allah dan Allah itu tunggal, tidak dilahirkan
atau punya keturunan (al-Quran surah al-Ikhlas). Bahawa Allah itu tidak menyamai apa pun (al-Quran
surah Syura: 11). Walhal penganut agama
lain membikin berhala dan gambar yang dikatakan arca tuhan!
Jika orang Yahudi berpuasa, Muhammad Rasulullah
s.a.w. mengajarkan amalan bersahur agar berbeda dengan penganut Yahudi. Jika kaum penyembah berhala itu mencukur
jenggot dan membiarkan kumisnya, maka
sekali lagi Muhammad Rasulullah s.a.w. memerintahkan hamba Allah beriman agar
menipiskan kumis dan membiarkan jenggotnya panjang. Ini sebagian kaedah agar jelas siapa orang
Islam yang beriman dalam kalangan kelompok manusia lain.
Di Makkah dahulu, telah ada tawaran daripada
penyembah berhala agar kompromi atau tolak-ansur antara ibadah menyembah
berhala dengan menyembah Allah yang satu. Allah balas terus dengan turunnya
surah al-Kafirun: Bagi kamu itu agama kamu, dan bagi kami ini agama kami! Sangat jelas, tidak ada silang amal ibadah
atau penyusupan ibadah penyembah berhala dalam Islam dengan helah berdakwah
atau menjaga persaudaraan dalam bangsa.
Lalu mengapa majlis ibadah dalam Hindu seperti
peringatan terhadap ruh-ruh orang mati pada hari-hari tertentu disusupkan
dengan ayat-ayat al-Quran, dan dikatakan ini sebagai ibadah dalam agama Islam?
Lihat saja ibadah tahlilan arwah yang sejarahnya daripada Hindu jaman
Majapahit, dipertahankan oleh ustaz dan kiyai! Untuk apa?
sumber tahlilan arwah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan