Pengikut

Khamis, November 03, 2016

BERAPA ribu saban tahun orang kita mati lapar?


JIKA seseorang berusia 60 tahun, dan katakan sejak berumur 10 tahun beliau mengenal kenaikan harga barang, tentulah telah 50 tahun tanpa henti beliau menyaksikan kenaikan semua harga barang.  Tanyalah padanya harga sepinggan nasi lemak di sekolahnya dahulu. Dia pasti menjawab “dahulu murah sangat, sepuluh sen sepinggan.”  Walhal sekarang murid di sekolah memberitahu harganya RM1.00.

Apakah sepanjang 50 tahun itu beliau telah menyaksikan sekumpulan dan  sekumpulan manusia segara bergilir-gilir rebah menderita kurang sandang pangan sehingga saban tahun ribuan orang mati akibat kurang zat makan atau kebuluran?  Sepatutnya beliau telah melihat kejadian sadis ini tahun demi tahun kerna tahun demi tahun itulah berlaku kenaikan semua harga barang, suatu yang dikatakan punca rakyat menderita tidak karuan.

Seorang ustaz muda dalam kuliah mingguannya di desa saya memberi ulasan pendek dan ringkas.  Antara lain katanya, “Dahulu dikatakan zaman barang harga murah, dan sekarang harga barang mahal. Namun berapa banyak barang yang dikira mahal dan barang mewah pada zaman dahulu telah menjadi barangan biasa saja hari ini, walaupun orang sekarang merungut harga barang semua mahal.  Bertakwalah kepada Allah, carilah rezeki yang halal semoga mendapat keberkatan Allah.”

Maksud firman Allah, “Sesungguhnya Allah, Dialah yang banyak memberi rejeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh.”  - Al-Quran surah Adz-Zariyat: 58

“Dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi rejeki.” – Al-Quran surah Al-Hajj: 58.

“Dan tidak ada satu pun makhluk yang berjalan di muka bumi ini melainkan Allah yang memberi rejeki kepadanya.” – Al-Quran surah Hudd: 6

Tiada ulasan:

Catat Ulasan