TELAH banyak disebut Allah wujud tidak bertempat ketika pengajian akidah di masjid-masjid. Memang kebanyakan Pak Kiyai menganut faham Asya'irah dalam akidah. Kata Allah wujud tidak bertempat sebenarnya pegangan kaum Muktazilah dahulu. Lihat apa kritikan terhadap hujah yang sering dibawakan kepada khalayak yang 'melongo' saja!
HUJAH
ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT
Sesungguhnya
telah tersebar dalam masyarakat kita suatu kata-kata yang dinisbahkan kepada
Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anhu mengenai Allah wujud tanpa bertempat.
KATA
MEREKA:
Imam
Ali radhiallahu 'anhu berkata:
كان ولا
مكان، وهو الان على كان.
"Adalah
Allah, tiada tempat bagi-Nya, dan Dia sekarang tetap seperti semula.”
Baginda
(Imam Ali) juga berkata:
إن الله
تعالى خلق العرش إظهارًا لقدرته لا مكانا لذاته.
”Sesungguhnya
Allah – Maha Tinggi- menciptakan Arsy untuk menampakkan kekuasaan-Nya bukan
sebagai tempat untuk Zat-Nya.”[ Al Farqu baina al Firaq:333]
Baginda
juga berkata:
من زعم
أن إلهنا محدود فقد جهل الخالق المعبود.
”Sesiapa
menganggap bahawa Tuhan kita terbatas (mahdûd) maka ia telah jahil (tidak
mengenal) Tuhan Sang Pencipta.”[ Hilyatul Awliyâ’; Abu Nu’aim al Isfahani,1/73,
ketika menyebut sejarah Ali ibn Abi Thalib ra.]
KITA
JAWAB:
Ini
merupakan pendustaan terhadap Ali Bin Abi Thalib radhiallahu 'anhu. Hal ini
dapat dilihat dari beberapa sudut:
Pertama:
Sesungguhnya
athar ini dibawakan oleh orang-orang
Syi'ah Rafidhah dalam buku-buku mereka tanpa
ada sanad sama sekali. Antaranya dalam kitab mereka Al-Kaafi (karya
Al-Kulaini). Al-Kulaini berkata:
وَ رُوِيَ
أَنَّهُ سُئِلَ ( عليه السلام ) أَيْنَ كَانَ رَبُّنَا قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ سَمَاءً
وَ أَرْضاً فَقَالَ ( عليه السلام ) أَيْنَ سُؤَالٌ عَنْ مَكَانٍ وَ كَانَ اللَّهُ
وَ لَا مَكَانَ
Dan
diriwayatkan bahawasanya Ali bin Abi Thalib 'alaihis salam ditanya : Dimanakah
Rabb kami sebelum menciptakan langit dan bumi?, maka Ali bin Abi Thalib
'alaihis salaam berkata, "Mana pertanyaan tentang tempat?! padahal Allah
dahulu tanpa ada tempat (Al-Kaafi 1/90 dalam بَابُ الْكَوْنِ وَ الْمَكَانِ)
Ternyata
memang aqidah orang-orang Asyaa'irah adalah sama dengan aqidah orang-orang
Syi'ah Rafidhah dalam masalah di mana Allah.
Kerana
memang orang-orang Rafidhah beraqidah mu'tazilah, dan Asya'irah dalam masalah
dimana Allah sepakat dengan Mu'tazilah (padahal Mu'tazilah adalah musuh
Asya'irah)
Athar
ini dibawakan oleh Al-Kulaini dengan tanpa sanad, bahkan dengan sighah
"Diriwayatkan" yang menunjukan lemahnya riwayat ini.
Kedua
:
Demikian
juga yang dinukil dari kitab Al-Farqu bainal Firoq karya Abdul Qahir
Al-Baghdadi adalah riwayat tanpa sanad sama sekali.
Abdul Qahir Al-Baghdadi berkata :
"Mereka
telah bersepakat bahawasanya Allah tidak diliputi tempat dan tidak berlaku
waktu baginya, berbeza dengan perkataan orang-orang yang menyangka bahawasanya
Allah menyetuh 'Arsy-Nya dari kalangan Hasyimiyyah dan Karraamiyyah. Amiirul
Mukminin Ali –radhiallahu 'anhu- berkata : Sesungguhnya Allah telah menciptakan
Al-'Arsy untuk menunjukan kekuasaan-Nya dan bukan untuk sebagai tempat yang
meliputi zat-Nya. Beliau berkata juga : Allah dahulu (sendirian) tanpa ada
tempat, dan Allah sekarang sebagaimana Dia dulu" (Al-Farqu baynal Firaq
hal 33)
Para
pembaca yang budiman, ternyata riwayat-riwayat dari Ali bin Abi Thalib yang
dibawakan oleh Abdul Qahir Al-baghdadi tanpa
ada sanad sama sekali. Dan hal ini tentunya diketahui oleh Asyairah, akan
tetapi mereka tetap saja menampilkan riwayat-riwayat dusta dan tanpa sanad ini
demi untuk mendukung aqidah mereka yang bathil.
Ketiga
:
Selain
riwayat-riwayat tersebut tanpa sanad ternyata Abdul Qahir Al-Baghdadi sama
sekali tidak dikenal sebagai seorang Muhaddith, namun demikianlah Asyairah
tetap sahaja nekad mengambil riwayat dari orang yang tidak dikenali sebagai
Muhaddith.
Keempat
:
Abdul
Qahir Al-Baghadadi tentunya lebih rendah kedudukannya daripada kedudukan
gurunya iaitu Abul Hasan Al-'Asy'ari.
Kelima
:
Kalau
seandainya riwayat-riwayat di atas sahih maka tidak menunjukan bahawasanya Ali
bin Abi Thalib mengingkari adanya Allah di atas langit. Paling tidak, dalam
riwayat-riwayat di atas baginda –radhialllahu 'anhu- hanyalah mengingkari
bahawasanya Allah diliputi oleh tempat, dan pernyataan tersebut adalah
pernyataan yang benar.
IKTIQAD
KITA AHLUS SUNNAH:
Ahlus
sunnah tidak mengatakan bahawa Allah berada di suatu tempat yang meliputi
Allah, akan tetapi mengatakan bahawasanya Allah berada di atas, iaitu di arah
atas.
Wallahu
a'lam.
Disunting
dari kajian Ustaz Firanda Andirja oleh Nasiruddin Abdul Aziz.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan