MARI kita hayati maksud firman Allah ayat 57 surah
al-Ma’idah: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan
pemimpinmu orang-orang yang membuat agamu
jadi bahan ejekan dan permainan, (iaitu) antara orang-orang yang telah
diberikan kitab sebelum kamu dan orang-orang yang kafir (orang musyrik atau
penyembah berhala). Dan bertakwalah
kepada Allah jika kamu orang-orang yang beriman.”
Ayat di atas ada menyebut ‘pemimpin’ iaitu orang yang
menjadi ketua untuk melakukan kerja-kerja kepimpinan dalam hal kenegaraan. Pemimpin selalu dikaitkan dengan orang
politik sebab politik itu berkaitan dengan kuasa, maka pemimpin adalah orang
yang berkuasa. Kuasa sangat penting untuk
melakukan apa-apa perubahan dalam masyarakat.
Dalam negara demokrasi kita, semua warga negara diberi
hak sama rata untuk memilih pemimpin atau mahu menjadi pemimpin tak kira sama
ada seseorang itu muslim atau sebaliknya.
Kerna sistem demokrasi ini juga, sesiapa juga boleh menjual dirinya
sebagai pemimpin yang menjanjikan apa-apa saja kepada masyarakat. Maka terpulanglah kepada masyarakat sama ada
hendak menerima seseorang (dengan tagnya)
atau menolaknya.
Amaran Allah kepada muslim ialah jangan membentuk
sikap pemimpin yang menjadikan agama (Islam) sebagai bahan lelongan. Atau jangan sesekali memilih pemimpin yang
menjadikan Islam sebagai tunggangan untuk mempopularkan diri terutama dengan
memberi wajah kotor terhadap agama Allah ini.
Dalam negara kita, untuk mempopularkan diri sebagai pemimpin mereka
cenderung membuat ucapan atau sikap yang ‘menyentak atau mengejutkan’ kedamaian
masyarakat. Tujuan orang seperti ini
hanyalah untuk dilihat sebagai hero atau pejuang paling hebat. Dia mahu idea dan dirinya menjadi buah bicara
umum, kemudian berharap banyak orang akan menjadi penyokongnya!
Debat subjek Islam bukan hanya dalam kalangan para
pemimpin Islam, malah pemimpin bukan Islam juga sudah masuk dengan jauh
menyatakan sikap terhadap Islam. Pada saat umat Islam sudah faham bahawa dalam
negara yang dihuni oleh umat Islam, undang-undang syariah merupakan paksi
undang-undang negara…., jelas pula pemimpin
bukan Islam yang menyatakan penentangan terbuka terhadap pelaksanaan syariah
Islam dalama negara! Ertinya ialah
mereka memang memusuhi sistem Islam sebagai satu sistem hidup manusia.
Pemimpin bukan Islam tidak anti Islam? Ya
benar, jika Islam itu hanya difahami sebagai ibadah ritual sebagaimana mereka
memahami agama Kristian, Hindu dan Buddha. Ini merupakan fahaman sekular yang
memisahkan agama daripada kehidupan.
Jika ada pemimpin Islam menyatakan negara kita sebagai negara Islam
dengan Islam difahami sebagai agama ritual (hanya ibadah kepada Allah),
pemimpin bukan Islam sangat bersetuju , malah mempertahankan pendirian seperti
ini.
Perhatikan pendirian MCA (parti orang Cina yang bukan
Islam) mengenai negara Islam. Dahulu (tahun
2000), di dalam majlis MCA PM Dr Mahathir telah mengisytiharkan Malaysia sebuah
Negara Islam. Sebenarnya ini usaha PM
untuk mengekang pengaruh Pas yang mahu melaksanakan undang-undang Syariah
menggantikan undang-undang sivil dalam negara.
Puak bukan Islam tidak mahu dinaungi undang-undang Islam atas alasannya mereka bukan Islam. Tambahan pula dalam sistem demokrasi, mereka
pun berteriak menyatakan penentangan terhadap undang-undang Islam. Yang terbaru
MCA Selangor menolak sekeras-kerasnya usaha menjadikan Syariah Islam sebagai
asas pentadbiran. Mereka memberi contoh terbaru
kes Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengeluarkan notis supaya tempat duduk
lelaki dan perempuan dalam pawagam diasingkan!
Bagi MCA (sebenarnya DAP juga), itulah permulaan pelaksanaan Syariah
Islam.
DAP memang sudah lama dan terbuka menentang apa juga
isu idea dan pelaksanaan undang-undang Syariah.
Tag Pengerusi DAP “Langkah mayat saya dahulu untuk tegakkan
Negara Islam’ merupakan ayat yang tidak boleh dipisahkan dengan DAP. Sikap mereka terus disuburkan dalam kalangan
masyarakat bukan Islam. Jangan lupa, bahawa para pemimpin DAP pernah membuat
bantahan terbuka di hadapan pejabat DBKL sebagai protes DBKL melaksanakan ‘pengawalan
moral’ terhadap masyarakat awam. Isu
asalnya ialah dua orang lelaki dan perempuan muda bukan Islam melakukan aksi erotic
(lucah) di tempat terbuka. Oleh kerna
ada undang-undang kecil DBKL yang membolehkan mereka didakwa, maka surat saman
dikeluarkan. Jadi sikap DAP sama dengan MCA atau mana-mana parti politik
atau NGO orang bukan Islam.
Kebimbangan besar orang bukan Islam sama ada dalam
Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) ialah jika semua parti politik
orang Islam (termasuk semua NGO Islam) bersatu untuk melaksanakan pentadbiran
secara Islam, iaitu melaksanakan Syariah Islam.
Sebab itulah jika ada idea untuk Pas dan Umno ditemukan walaupun bukan
untuk tujuan pelaksanaan undang-undang Syariah Islam, maka pasti kedengaran
ugutan daripada perti sekutu Umno dan Pas.
Sebabnya mudah, iaitu jika orang
Melayu dan Islam bersatu, jumlah mereka kembali menjadi majoriti yang
menyebabkan apa kehendak Melayu Islam sebagai majoriti akan mudah dilaksanakan. Sekarang dengan pecahnya Pas dan Umno, orang
bukan Islam sedang menikmati kekuatan politik secara majoriti. Maka jangan hairan jika MCA dan DAP akan
berteriak kuat menyatakan sikap penentangan terhadap apa saja idea atau isu
syariah Islam.
Kembali kepada ayat al-Quran di atas, adakah orang
Islam akan memilih orang yang menjadikan Islam sebagai bahan kecaman? Adakah umat Islam akan terus bermusuhan
sedangkan musuhnya sudah nyata di hadapan mana dan bersedia untuk menindas
Islam dan umatnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan