Soalan:
Assalamualaikum ustaz, ana nak tanya pendapat ustaz tentang doa di bawah.
“Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia. Jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia. Jika ia berada di dalam lautan, munculkanlah. Sekiranya rezeki kami di tempat yang jauh, dekatkanlah ia. Jika ia sedikit, banyakkanlah ia.. Dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan."
Jawapan (Ustaz Abdul Kadir Sahak)
Doa ini tidak terdapat di dalam kitab-kitab hadis Nabi SAW, tidak juga diriwayatkan dari perkataan salah seorang sahabat baginda RA mahupun dari para tabi’ien. Cuma ia merupakan satu doa yang dibaca oleh seorang wanita Arab Badwi di ‘Arafah. Hal ini berdasarkan riwayat daripada al-Dainoori di dalam al-Majalisah wa Jauhar al-‘Ilmi dengan sanadnya (Hal: 727) dari al-Asma’ie yang berkata:
سمعت أعرابية بعرفات وهي تقول : اللهم إن كان رزقي في السماء فأنزله ، وإن كان في الأرض فأخرجه ، وإن كان نائيا فقربه ، وإن كان قريباً فيسره
Maksudnya: “Saya telah mendengar seorang wanita badwi ketika berada di Arafah berdoa: Ya Allah sekiranya rezeki saya berada di langit, maka turunkanlah ia, jika ia berada di bumi, maka keluarkanlah ia, jika ia berada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia, jika ia dekat, permudahkanlah ia.”
Inilah yang dinukilkan oleh al-Hafidz di dalam al-Bayan wa al-Tabyin (517), demikian juga al-Zamakhsariy di dalam Rabi’ al-Abrar (178) dan selain mereka berdua. Doa ini secara keseluruhan merupakan permohonan memperolehi rezeki dan dipermudahkan, ia termasuk dalam perkara yang tidak ada masalah.
Sekalipun begitu, di dalam doa ini terdapat unsur takalluf (memberat-beratkan) dan al-Tasyqiq (mereka-reka ibarat ayat) dalam permintaan. Perkara ini menyalahi petunjuk yang paling sempurna dari Nabi SAW dan para sahabat baginda di dalam berdoa. ‘Aisyah RA berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَحِبُّ الْجَوَامِعَ مِنْ الدُّعَاءِ وَيَدَعُ مَا سِوَى ذَلِكَ
Mafhumnya: “Adalah Rasulullah SAW menyukai doa yang al-Jawami’ dan baginda meninggalkan doa yang lainnya.” (HR Ahmad 27649, dan Abu Daud 1482. Hadis ini dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’)
Yang dimaksudkan dengan doa yang al-Jawami’ iaitulah doa yang menghimpunkan kebaikan di dunia dan di akhirat, ia merupakan doa yang lafaznya pendek tetapi memiliki makna yang luas, seperti doa di dalam al-Quran, firman Allah SWT:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِي الْآخِرَة حَسَنَة وَقِنَا عَذَاب النَّار
Mafhumnya: “Wahai tuhan kami kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhilah kami dari azab api neraka.” Demikian juga doa lain yang memohon keselamatan di dunia dan di akhirat.
‘Ali al-Qari berkata:
وَهِيَ الَّتِي تَجْمَعُ الْأَغْرَاض الصَّالِحَة ، أَوْ تَجْمَعُ الثَّنَاء عَلَى اللَّه تَعَالَى وَآدَاب الْمَسْأَلَة
Maksudnya: “(Doa yang al-Jawami’) iaitulah doa yang menghimpunkan permintaan-permintaan (hajat-hajat) yang baik atau yang menghimpunkan pemujaan kepada Allah dan adab-adab dalam permohonan.” (‘Aun al-Ma’bud 4/249)
Daripada Anak Sa’ad bin Abi Waqqas katanya:
سَمِعَنِي أَبِي وَأَنَا أَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعِيمَهَا وَبَهْجَتَهَا وَكَذَا وَكَذَا ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ النَّارِ وَسَلَاسِلِهَا وَأَغْلَالِهَا وَكَذَا وَكَذَا ، فَقَالَ : يَا بُنَيَّ ، إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ( سَيَكُونُ قَوْمٌ يَعْتَدُونَ فِي الدُّعَاءِ ) ؛ فَإِيَّاكَ أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ ؛ إِنَّكَ إِنْ أُعْطِيتَ الْجَنَّةَ أُعْطِيتَهَا وَمَا فِيهَا مِنْ الْخَيْرِ ، وَإِنْ أُعِذْتَ مِنْ النَّارِ أُعِذْتَ مِنْهَا وَمَا فِيهَا مِنْ الشَّرِّ !!
Mafhumnya: “Bapaku mendengar doa daripadaku: Ya Allah aku memohon kepadaMu syurga, nikmat-nikmat dan kegembiraannya sedemikian dan demikian, aku juga memohon perlindungan dengan Engkau dari neraka, rantai-rantai dan belenggu-belenggunya sedemikian dan demikian. Mendengar doa aku ini, Sa’ad berkata: Wahai anakku, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Akan ada satu kumpulan yang melampau-lampau di dalam berdoa.” Oleh kerana itu, jaga-jagalah kamu (jauhilah) dari termasuk dalam kalangan mereka. sesungguhnya, sekiranya engkau dikurniakan syurga, engkau juga telah dikurniakan semua kebaikan yang ada di dalamnya, dan sekiranya engkau dijauhkan dari neraka, maka engkau juga telah dijauhkan dari apa-apa keburukan yang ada di dalamnya.” (HR Ahmad 1486 dan Abu Daud 1480. Dinilai Sahih oleh al-Albani)
Contoh doa baginda Nabi SAW pula yang dimulai dengan memuji, memuja Allah dituriti dengan permintaan, seperti:
اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنْ الْفَقْرِ
Mafhumnya: “Ya Allah Engkaulah yang terawal dan tiada sesuatupun sebelum daripadaMu, Engkaulah yang Akhir, tiada sesuatupun selepasMu, Engkaulah yang Zahir (yang maha tinggi dan teratas), tiada sesuatupun yang lebih tinggi dan atas daripadaMu, Engkaulah yang Batin (yang Maha hampir), tiada sesuatupun yang lebih hampir daripadaMu. (Ya Allah) selesaikanlah hutang kami dan selamatkan kami dari kefakiran.” (HR Muslim 2713)
Daripada ‘Ali RA pula:
أَنَّ مُكَاتَبًا جَاءَهُ فَقَالَ : إِنِّي قَدْ عَجَزْتُ عَنْ كِتَابَتِي فَأَعِنِّي ؟! قَالَ : أَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ عَلَّمَنِيهِنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، لَوْ كَانَ عَلَيْكَ مِثْلُ جَبَلِ صِيرٍ دَيْنًا أَدَّاهُ اللَّهُ عَنْكَ ؟! ، قَالَ : قُلْ : ( اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
Mafhumnya: “Bahawa seorang hamba Mukatib (Hamba yang diletakkan syarat oleh tuannya untuk bebas dengan sesuatu bayaran) datang kepadanya dan berkata: Sesungguhnya aku telah tidak mampu untuk memenuhi bayaran yang ditetapkan oleh tuanku (الكتابة), bantulah aku! Jawab ‘Ali RA: Mahukah kamu aku mengajarkan kepadamu beberapa kalimat yang diajar kepadaku oleh Rasulullah SAW? Sekalipun kamu memiliki hutang seumpama bukit yang besar, Allah akan melangsaikannya darimu. ‘Ali berkata: Bacalah: Ya Allah cukupkanlah daku dengan perkara-perkara halal dari yang haram, dan kayakan daku dengan kelebihanMu berbanding dari selainMu.” (HR al-Tirmizi 3563. Dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Tirmizi. Sila lihat Tashih al-Doa oleh al-Syeikh Bakr Abu Zaid, Hal: 61-63)
Jelas dari contoh doa-doa Nabi SAW ini tiada ciri-ciri melampau atau memberat-beratkan dan mereka-reka ibarat yang tidak perlu di dalam berdoa. Oleh yang demikian kita mencadangkan kepada semua orang untuk memilih doa-doa Nabi SAW dan petunjuk dari baginda dalam berdoa dengan menjauhi doa yang melampau-lampau dan ibarat bahasa yang tidak ada keperluan.
Dalam masa yang sama, kita tidak menafikan doa yang ditanya di dalam soalan ada dicadangkan oleh sebahagian ulama RH terutama dari fuqaha yang terkemudian dari mazhab al-Syafie. sebahagian mereka mengkhususkan doa ini untuk dibaca selepas solat Dhuha. Namun perbuatan mengkhususkan sesuatu doa untuk dibaca di tempat tertentu memerlukan dalil dan petunjuk dari Nabi SAW. Malangnya pengkhususan itu tidak ada, tambahan pula doa ini memiliki ragkapan ayat-ayat yang melampaui dari adab berdoa yang diajar oleh Baginda SAW.
Wallahu a’lam.
Nukilan jawapan dari laman Islam-qa.com. terjemahan beserta olahan dari Bin Sahak.
" Dalam masa yang sama, kita tidak menafikan doa yang ditanya di dalam soalan ada dicadangkan oleh sebahagian ulama RH terutama dari fuqaha yang terkemudian dari mazhab al-Syafie. sebahagian mereka mengkhususkan doa ini untuk dibaca selepas solat Dhuha. Namun perbuatan mengkhususkan sesuatu doa untuk dibaca di tempat tertentu memerlukan dalil dan petunjuk dari Nabi SAW. Malangnya pengkhususan itu tidak ada, tambahan pula doa ini memiliki ragkapan ayat-ayat yang melampaui dari adab berdoa yang diajar oleh Baginda SAW."
BalasPadamMembaca ungkapan di atas, agaknya para fuqaha yang terkemudian dari Imam Syafie semuanya tak terjumpa dalil2 yang Uztaz Abdul Kadir Sahak kemukakan.?
Nurul Farhana.... Anda jangan terkejut dengan pandangan macam tu.... Itulah style orang yang mendakwa golongan Salafy. Bercakap benda2 yang bukan fundamental. Kesannya sudah banyak dalam masyarakat kita. Perpaduan umat pecah atas perkara2 khilaf ini. Bercakap dan kemukankanlah hal2 lebih besar....umpama bagaimana nak selamatkan ramai umat islam yang murtad, bagaimana nak membantu mujahidin di seluruh dunia yang dihimpit oleh kuffar kuasa dunia...
BalasPadamJiwa dia orang ni ..... kerdil dan ciput.
Yelah Supinah...
BalasPadamSaya baca banyak entries mamat ni banyak sangat menyalahkan orang lain, ulama'2 macam semuanya silap...
Aku kenal mamat ni selalu lalu masa nak sembahyang Maghrib kat Masjid Sabak. Lalu depan budak kolej kumuniti yang couple tepi jalan waktu azan, lak tu sambil main gitar, tak pulak dia tegur atau tegur / tulis dalam blog dia.
BalasPadamAgaknya couple2 ni tak pe kot... masalah orang tahlil arwah lagi besar pada dia kot...?
Aku tiap waktu tengok dia lepas je salam...terus bangkit dari barisan saf. Agaknya mendengar dan sama-sama Imam berzikir masa lepas solat tu boleh sebabkan dia masuk Neraka. Bid'ah kot....
BalasPadamKOMENTAR WAJIB BACA !!!
BalasPadam(Boleh dianggap sebagai debat terbuka dengan ‘Aliran Salafy@Wahabi@ Darul hadith@Dhiya’us sunnah @Wahdah Islamiyah@Al-Nidaa’ dll).
Dalam :
1. KENDURI Tahlil adat resam kita (Label : agama /komen oleh : Ishak ponorogo)
2. SAKI baki ajaran Hindu Buddha dalam agama orang Melayu (Label : adat / komen oleh : Amir Hamzah)
3. MENCARI pahala Maulidur rasul (Label : adat / komen oleh : Amir Hamzah)
4. SETELAH maulidur rasul ( Label : adat / komen oleh : berbagai)
5. DOSA warisan Kristian dan hantar pahala muslim (Label : agama / komen oleh : Hj Suparman)
6. HUKUM tahlilan arwah (Label : agama / komen oleh : Ishak ponorogo)
7. JANGAN marah haa kenduri arwah hanya adat Melayu (Label : fikrah / komen oleh : Sm Salim Klang)
8. FIR’AUN orang pertama tidak percaya Allah di langit (Label : akidah / komen oleh : haziq izzat)
Kenapa 'orang sepintas' tidak mahu terus berjumpa saya untuk menyelesaikan 'masalah'nya melihat saya. Membuat ptaduga/prasangka itu telah diajarkan oleh agamakah? Adakah muka saya bengis saja di masjid sehingga anda tidak mahu menghukur salam dan terus memperkenalkan diri. Saya boleh mendengar semua yang anda mahu terangkan.
BalasPadamSaya atau anda yang tertutup? Saya sedang tunggu anda....itu yang terbaik. kesempatan juga untuk saya terangkan kedudukan sebenar. Jangan bimbang, saya bukan mahu pengaruhi sesiapa, sebab anda sudah mantap dalam dunia agama.
supinah, sila hubungi saya melalui emel ini mubinsiraj@yahoo.com Saya tak perlu terangkan banyak2 persoalan anda di ruang terbuka ini. Jangan lupa perkenalkan nama sebenar, jadi saya tidak tersalah orang. Saya yakin anda jujur kerana Allah, bukan sekadar memancing2 isu.
BalasPadam