UNTUK apa berhimpun sehingga sejuta muslim di sebuah stadium? Kita hanya hendak memberitahu bahawa semua muslim bersatu menentang usaha-usaha melemahkan akidah saudara muslim. Perhimpunan ini bukan cara untuk menguatkan akidah muslim. Semua yang hadir pada perhimpunan anti murtad itu, tetap perlu mencari ilmu berdasarkan al-Quran dan Sunah untuk menguatkan akidah dirinya.
Ada orang mengajarkan akidah dengan menerangkan sifat-sifat Allah yang wajib dan mustahil. Ada orang pula mengajarkan akidah dengan menjelaskan penerimaan Allah sebagai Tuhan dan melakukan pengabdian kepada-Nya. Sama ada mempelajari Sifat 20 atau Tauhid Tiga Serangkai (Rububiyah, Uluhiyah dan Asma sifat), semua itu merupakan cara atau kaedah mempelajari tauhid. Tujuannya untuk menjadikan seseorang muslim kuat imannya dalam kehidupan. Seterusnya, jika berlaku cabaran-cabaran semasa, seseorang dapat mengatasi cabaran itu untuk kekal dalam agama Islam.
Jika kaedah mempelajari tauhid yang lebih baik dengan Tauhid Tiga Serangkai kerana dikatakan mudah dan menyeluruh, maka gunakan saja sistem berkenaan. Apa yang berlaku sekarang kepada sesetengah pihak ialah menyalahkan kaedah pembelajaran akidah dan memuji-muji satu kaedah yang sering digunakannya. Lebih dahsyat, ada tuduhan ke tahap ‘kafir’ kerna belajar tauhid dengan cara yang tidak biasa digunakan oleh nenek-moyang!
Lihatlah sekarang yang ada ahli masyarakat muslim yang tidak tahu garis pemisah antara iman dan kufur. Atas nama persahabatan dan keakraban rakyat berbilang budaya, ada muslim yang meraikan, merayakan malah mengambil bahagian dalam upacara keagamaan agama selain Islam. Hal ini sebenarnya isu dasar agama yang telah dijelaskan dalam al-Quran dalam surah al-Kafirun. Allah mengajar kepada muslim supaya memisahkan diri daripada amalan agama kaum yang ingkar atau syirik kepada Allah. Hal ini ada sejarahnya, iaitu tawaran pemimpin Arab (musyrik – penyembah berhala) pada zaman Rasulullah di Makkah. Mereka mahu bertoleransi atau kompromi antara Islam dan kesesatan berakidah. Tawarannya ialah kaum Arab musyrik bersedia meraikan atau mengamalkan mana-mana ibadah Islam, sebaliknya kaum muslim juga patut melakukan sembahan syirik mereka. Semua ini untuk mengutuhkan perpaduan masyarakat dan mewujudkan suasana harmoni! Allah mengajar kita mengatakan: Bagimu agama kamu dan bagiku agama aku!
Ada pula yang memahami bahawa urusan hidup atau perlakuan tidak ada kaitan denga akidah. Bagi mereka yang berfahaman seperti ini asalkan mereka masih tidak goyah dengan Rukun Iman yang enam perkara itu (percaya kepada Allah, Malaikat, Rasul-rasul, kitab-kitab, hari kiamat serta qada dan qadar), apa pun perlakuan mereka sama ada halal atau haram, tauhidnya dikira masih benar!
Penerimaan tauhid Islam sewajibnya terus membedakan diri seseorang muslim dengan orang-orang bukan muslim yang ada di sekitarnya. Apabila seseorang menerima Allah sebagai satu-satunya Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai rasul, maka semua urusan ibadah khususnya selesai. Urusan kehidupannya berekonomi, bermasyarakat, beradat budaya dan berpolitik semuanya selesai dalam rangka al-Quran dan sunah nabi. Tidak masuk akal pun seseorang muslim yang tidak solat dan berjudi masih utuh akidahnya sedangkan Allah mengharamkan perbuatan itu. Bagaimana pula yang mengaku muslim tetapi sentaiasa ingkar solat?
Sungguh, sekiranya akidah itu hanya meminta seseorang percaya mengenai keesaan Allah tanpa dituntut untuk membuktikan dengan perlakuan ibadah kepada-Nya, maka mudah saja seseorang menjadi muslim. Jika akidah cukup sekadar menghafal 20 sifat Allah, tetapi akidah tidak terjejas dengan keingkaran perintah Allah, tidak perlulah ada gerakan dakwah mengajak muslim melakukan amal-amal salih dan menghindari maksiat.
Kesimpulannya, tauhid yang disandarkan kepada al-Quran dan sunah mestilah penerimaan Allah sebagai Tuhan dan membuktikan dengan amalan dalam kehidupan. Amalan itu sama ada berupa melakukan perintah atau menghindari larangan Allah.
KOMENTAR WAJIB BACA !!!
BalasPadam(Boleh dianggap sebagai debat terbuka dengan ‘Aliran Salafy@Wahabi@ Darul hadith@Dhiya’us sunnah @Wahdah Islamiyah@Al-Nidaa’ dll).
Dalam :
1. KENDURI Tahlil adat resam kita (Label : agama /komen oleh : Ishak ponorogo)
2. SAKI baki ajaran Hindu Buddha dalam agama orang Melayu (Label : adat / komen oleh : Amir Hamzah)
3. MENCARI pahala Maulidur rasul (Label : adat / komen oleh : Amir Hamzah)
4. SETELAH maulidur rasul ( Label : adat / komen oleh : berbagai)
5. DOSA warisan Kritian dan hantar pahala muslim (Label : agama / komen oleh : Hj Suparman)
6. HUKUM tahlilan arwah (Label : agama / komen oleh : Ishak ponorogo)
7. JANGAN marah haa kenduri arwah hanya adat Melayu (Label : fikrah / komen oleh : Sm Salim Klang)
8. FIR’AUN orang pertama tidak percaya Allah di langit (Label : akidah / komen oleh : haziq izzat)
Cooolllllllllll
BalasPadamagama bukan begitu sukar difahami sebagaimana yang dihujahkan semula. Hanya kerna orang sudah banyak berfikir dan merasa tidak cukup apa yg Allah dan nabi nyatakan maka banyaklah argumen atau debatnya.
BalasPadamSaya tidak perduli hujahan daripada siapa pun, asalkan hujahan itu kembali ke dasarnya: alquran dan sunah diterima. Hujah dan panjang daripada sekian nama besar pun kalau menyusahkan orang memahami agama, saya pinggirkan dahulu. Bukan menolaknya, tetapi saya mahu beragama yang tidak gawat atau merunsingkan. Dan berapa banyak orang yang runsing kerna memahami agama daripada sekian banyak hujahan ulama dan orang pandai, sedangan maksud asalnya jelas dan nyaman saja dalam alquran.
Dalam beberapa hujahan balas misalnya, penghujah menyatakan sekian banyak kata2 orang besar mengenai bacaan alquran untuk dihantar kepada orang mati. HUjah saya mudah saja, ayat 46 surah fusilat: sesiapa buat baik, pahalanya untuk dirinya sendiri, siapa buat jahat dosanya ditanggung sendiri.
Dengan ayat itu (dan banyak lagi yg semaksud dengan ayat itu) saya tetapkan pendirian.
Salam
BalasPadamKepada Abu Bakar Al Banjari..
Cuba fahami kata2 mujtahid 'agung' ini
"Hujah dan panjang daripada sekian nama besar pun kalau menyusahkan orang memahami agama, saya pinggirkan dahulu..."
Fahami kehebatan si mamat ni.... mengatasi Imam2 besar, spt Imam Syafie, Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Hambali. Ibnu Kathir, Qurthubi, Az Zahabi dan lain2.....
Dahsyat mamat ni.....
Memang sikap orang aliran salafi begitu. Tidak akan terima hujah orang lain. Dia suruh orang berubah, dia sendiri tak boleh berubah. Boleh mengkritik tapi tak bersedia dikritik. Datangkanlah hujah dari Imam2 Besar, malah kata2 sahabat Rasulullah saw pun dia takkan berganjak. Tidak ada sikap berlapang dada sebagaimana kebiasaan orang yang tawadhu' dengan ilmunya. Tidak ada sikap menghormati pandangan orang lain, sebagaimana amalam Imam2 mazhad yang empat itu. Yang dia tahu menyerang, menghentam. Padahal isunya kebanyakannya hal2 khilafiah je.... Ukhuwwah masyarakat Islam pecah dia tak kesah, padahal menjaga ukhuwwah itu wajib, jauh lebih utama dari persoalan sambutan maulidur rasul yang dikatkannya bid'ah umpamanya....
BalasPadamMemecahkan ukhuwwah confirm berdosa, sambut maulud comfirm berdosa ke....?
" Hujah dan panjang daripada sekian nama besar pun kalau menyusahkan orang memahami agama, saya pinggirkan dahulu"
BalasPadamHoi Jo...apa susahnya. Ke Tuhan dah tutup hati kamu untuk menerima kebenaran? Hujah yang mereka bentang straight forward je...Aku yang merempit ni pun faham ?
Daripada Ma’qil Ibni Yasar berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah Yaasiin atas mereka yang meninggal dunia” (HR.Abu Daud dan Al-Nasa’i, Ibnu Kathir).
BalasPadamUntuk apa baca ya...eeek? Sia2...eeek? Apa kena mengena baca Yasin dengan orang yang mati ya...eeek? Amal sendiri2 ya...eeek? Nabi bohong kita ke....eeek?
sila bantu saya memahami ayat 46 surah fusilat. silakan....
BalasPadamAllah berfirman:
BalasPadamإِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Terjemahan: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Surah al-Ahzaab, 33: 56)
Imam al-Bukhari (rahimahullah) berkata:
قَالَ أَبُو الْعَالِيَةِ صَلَاةُ اللَّهِ ثَنَاؤُهُ عَلَيْهِ عِنْدَ الْمَلَائِكَةِ وَصَلَاةُ الْمَلَائِكَةِ الدُّعَاءُ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ
{ يُصَلُّونَ }
يُبَرِّكُونَ
Terjemahan: Abul ‘Aliyah (rahimahullah) berkata: Selawat Allah (ke atas Nabi-Nya) maksudnya adalah pujian yang Allah berikan kepada Nabi di hadapan para malaikat, manakala selawat para malaikat (kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) adalah doa (untuk beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam).
Ibnu ‘Abbas berkata: Maksud dari lafaz “Yushalluna” adalah:
Allah dan para malaikat-Nya memberkahi Nabi. (Rujuk: al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 14/483)
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata:
وقال الحليمي في الشعب معنى الصلاة على النبي صلى الله عليه و سلم تعظيمه فمعنى قولنا اللهم صل على محمد عظم محمدا والمراد تعظيمه في الدنيا بإعلاء ذكره وإظهار دينه وابقاء شريعته وفي الآخرة باجزال مثوبته وتشفيعه في أمته وابداء فضيلته بالمقام المحمود وعلى هذا فالمراد بقوله تعالى صلوا عليه ادعوا ربكم بالصلاة عليه
Terjemahan: al-Hulaimi berkata di dalam Kitab asy-Syu’ab (Syu’abul Iman): Makna selawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah pengagungan terhadap beliau. Maka, apabila kita mengucapkan:
“Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad”:
Maksudnya adalah agungkanlah beliau dan muliakanlah beliau di dunia dengan meninggikan namanya, memenangkan agamanya, dan mengekalkan syari’atnya. Muliakanlah beliau di akhirat dengan melipat-gandakan pahalanya, mengizinkannya untuk memberi syafa’at kepada umatnya, serta menampakkan fadhilatnya dengan memberikannya “al-Maqam al-Mahmud” (kedudukan dan tempat yang terpuji).
Dan atas sebab inilah, Allah berfirman (maksudnya):
“Berselawatlah kamu ke atasnya…” bermakna:
Mohonlah kepada Rabb kamu untuk mengagungkan dan memuliakan beliau. (Rujuk: Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 11/156)
Kalau orang berkumpul ramai2 kat mana2, spt masjid, surau, dewan, padang dll, lalu berselawat, bid'ah ye...eeek? Berselawat ramai2 dalam majlis sesat ye...eeek? Berdosa ye...eek?
kepada Hj Arshad, saya berterima kasih nasihat tuan. Saya hanya memahami agama berdasarkan sumber asalnya. Sila fahami perkara asas dalam komentar yang bersambung2 ini. mengapa tuan2 tidak bersedia menghuraikaan maksud ayat quran yang saya bawakan. Apakah saya perlu menerima pandangan yang menyalahi maksud alquran semata2 untuk seiring jalan denga kebanyak orang. Terus terang saya pun tak suka terasing dengan masyarakat, kerna itu saya tetap ke masjid dan ke ruang sosial masyarakat. Namun apabila ayat quran menyatakan demikian, saya ikutlah ayat itu. Sebab itulah, saya minta supaya tuan2 berikan maksud yang tuan2 fahami mengenai ayat 46 surah fusilat itu. Ada beberapa ayat lagi yg maksudnya sama seperti ayat surah fusilat.
BalasPadamBerkenaan soal pecah belah, saya pun tak suka pecah belah. Dalam surah hujurat Allah nyatakan mukmin bersaudara, kalau berperang wajib didamaikan. pendirian saya ayat itulah yg mengharamkan perpecahan sebagaimana perpecahan politik Melayu islam hari ini. Tuan Hj Arshad, sebenarnya bukan hal khilafiah yg memecahkan umah, tetapi politik. Namun kerna minda orang sudah padat dgn politik secara barat, tak terfikir langsung berpecah dalam politik (sehingga saman menyaman dan caci maki) itu haram. Salah jugakah pemahaman saya tentang perpaduan umah dan kebencian terhadap perpecahan umah itu?
firman Allah swt.dalam surat An-Nahl:116; “ Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta ‘Ini halal dan in haram’ untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah…sampai akhir ayat”
BalasPadam1. Anda kena akur bahawa pertentangan dan berlebihan dalam mengemukakan pandangan dalam hal khilafiah juga adalah penyumbang kepada perpecahan. Kita jangan hanya melihat kesalahan orang lain, lupa kepada diri sendiri. Kesan perpecahan akibat hal khilafiah ini sebenarnya sudah berlaku sejak zaman berzaman. Lebih-lebih lagi jika masing-masing tidak dapat berlapang dada dan menghormati pandangan orang lain (selagi tidak nyata ianya melanggar dasar syariat). Oleh itu sebahagian fuqaha menghukumkan dosa mereka yang memaksakan pandangannya kepada jemaah muslimin, lebih berat dosanya dari penyembah berhala.
BalasPadamCuba lihat kembali tulisan-tulisan kamu. Berapa banyak pengulangan isu yang sama berkisar hal-hal khilafiah, seumpama maulidur rasul, tahlilan dan hal seumpamanya. Kalau sekadar ingin memberi pandangan, tidak perlu mengulang-ulangnya terlalu kerap. Ia seolah-olah sebagai cuba mendoktrin masyarakat dengan fahaman anda. Lebih parah bila anda mengulasnya dalam bentuk pandangan sinis dan memperlekeh golongan lain (contoh : Dalam entri……MENCARI pahala maulidur rasul
‘ Oleh itu, kepada yang sudah tidak boleh mengundurkan diri daripada melaksanakan majlis maulidur rasul itu, lebih elok difahami sebagai majlis keduniaan yang sama taraf dengan majlis ceramah agama biasa yang tanpa bersempena apa-apa.’
Dalam entri……SETELAH maulidur rasul
‘ Kembali kepada perayaan maulidur rasul, eloklah semua yang selama ini merayakan atau tidak merayakan agar berfikir mengenainya. Lupakan dahulu kepada yang tidak mahu merayakannya, biarlah mereka dengan pendapatnya. Kepada yang menerimanya sebagai satu cara mengingat Nabi Muhammad, apa agaknya kesan-kesan yang nyata sekalipun kecil setelah selesai menghadiri majlis yang dikaitkan dengan maulidur rasul? ’
‘ Ambil satu contoh, adakah semakin bertambah orang yang solat berjemaah di masjid akibat kesedaran cintakan nabi melalui agenda maulidur rasul? ’
‘ Kedua, adakah semakin berkurang orang mengumpat atau menggunjing orang lain akibat menerima saran nabi yang kita cintai itu? ’
Dan “ JANGAN marah haa kenduri arwah hanya adat Melayu ”
2. Tuan mengomentar : “ Sila fahami perkara asas dalam komentar yang bersambung2 ini ”.
Perlukah anda diberi faham bahawa yang mereka komen bukan hanya satu isu, sampai atau tidaknya pahala pada orang lain (orang yang dah meninggal) tetapi berpusar banyak isu. (Sila lihat komen Abu Bakar Al Banjari)
3. Tidak salah anda berpegang pada pandangan yang anda yakini. Begitu juga tidak salah mereka yang berpegangan pada pandangan yang berlainan dari pandangan anda, (asal saja masing-masing pegangan tidak menyalahi hukum dasar agama). Tetapi salah jika anda terus-terusan menyerang mereka sambil memperleceh mereka. Kerana masing-masing ada hujah dan sandaran.
Bersambung....
4. Tidak ada yang lebih benar dalam memberi makna dan tafsiran ayat-ayat Al-Qur’an melainkan Rasulullah saw, diikuti oleh kalangan sahabat-sahabat baginda saw. Sementara itu ada juga kedapatan ayat-ayat Al-qur’an yang lain yang dapat menghurai maksud ayat yang lain.
BalasPadamFirman Allah Surat al-Hasyr : 10
“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: “Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan Saudara-saudara kami yang Telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”
Firman Allah Surat Muhammad : 19
“Maka Ketahuilah, bahwa Sesungguhnya tidak ada Ilah (sesembahan, Tuhan) selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal”.
Sabda Rasulullah saw;
‘Bacalah Yaa Siin bagi orang-orang yang (akan atau telah) meninggal diantara kalian (muslimin)’.
Riwayat serupa oleh Abu Hurairah ra juga telah dicatat oleh Abu Ya’la dalam Musnad beliau dan Hafidz ibn Katsir telah mengklasifikasikan rantai periwayatnya (sanadnya) sebagai Hasan/baik (lihat Tafsiir Ibn Katsiir Juz 3 hal. 570).
Al-Baihaqi dalam Sya’bul Iman menjelaskan sebuah hadits riwayat Mi’qal bin Yasar bahwa Rasulallah saw. bersabda :
مَنْ قَرَأ يَس إبْتِغَاء وَجْه اللهِ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ , فَاقْرَؤُاهَاعِنْدَ مَوْتَاكُمْ.
“Barangsiapa membaca Yaa Sin semata-semata demi keridhaan Allah, ia memperoleh ampunan atas dosa-dosanya yang telah lalu. Karena itu hendaklah kalian membacakan Yaa Sin bagi orang yang (akan atau telah) wafat diantara kalian (muslimin)”. (Hadits ini disebutkan juga dalam Al-Jami’us Shaghier dan Misykatul Mashabih).
Ma’aqal ibn Yassaar ra meriwayatkan bahwa Rasulallah saw. bersabda;
“Yasin adalah kalbu (hati) dari Al-Qur’an. Tak seorang pun yang membacanya dengan niat menginginkan Akhirat melainkan Allah akan mengampuninya. Bacalah atas orang-orang yang (akan dan telah) wafat diantaramu.” (Sunan Abu Dawud). Imam Hakim mengklasifikasikan hadits ini sebagai Shohih/ Autentik, lihat Mustadrak al-Haakim juz 1, halaman 565; lihat juga at-Targhiib juz 2 halaman 376.
Bersambung....
Hadits yang serupa juga diriwayatkan oleh Hafidz As–Salafi (Mukhtasar Al-Qurtubi hal. 26).
BalasPadamImam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dalam Musnad-nya dengan sanad dari Safwaan bahwa ia berkata: “Para ulama biasa berkata bahwa jika Yaasin dibaca oleh orang-orang yang akan wafat, Allah akan memudahkan maut itu baginya.” (Lihat tafsir Ibnu Katsir jild 3 halaman 571).
Ma’aqal ibn Yassaar ra meriwayatkan bahwa Rasulallah saw. bersabda;
مَنْ مَرَّ عَلَى المَقَبِرِ وَقَرَأ قُلْ هُوَا الله اَحَدٌ إحْدَ عَشَرَةَ مَرَّةٌ, ثُمَّ وَهَـبَ أجْرُهَا لِلأَمْوَاتِ , أعْطِي مِنَ الأجْرِ بِعددِ الأمْوَات
“Barangsiapa lewat melalui kuburan, kemudian ia membaca ‘Qul Huwallahu Ahad’ sebelas kali dengan niat menghadiahkan pahalanya pada para penghuni kubur, ia sendiri akan memperoleh pahala sebanyak orang yang mati disitu (atau mendapat pahala yang diperoleh semua penghuni kubur)”.
Hadits yang diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Abbas ra berkata:
وَعَنِ ابْنِ عَبَّـاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُـمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ .صَ. يَقُوْلُ مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ
فَيَقُوْمُ عَلَى جَنَـازَتِهِ أرْبَعُوْنَ رَجُلاً لاَ يُشْرِكُوْنَ بِاللهِ شَيْئًا اِلاَّ شَفَّعَهُمُ اللهُ بِهِ (رواه مسلم)
Saya telah mendengar Rasulallah saw. bersabda: ‘Tiada seorang muslim wafat, maka berdiri menyembahyangkannya empat puluh (40) orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, melainkan dapat dipastikan Allah menerima syafa’at dan permintaan ampun mereka itu’. (HR. Muslim)
Hadits dari Martsad bin Abdullah Alyazani berkata:
وَعَنْ مَرْثََـدِ ابْنِ عَبْدِاللهِ اليَزَنِيِّ (ر) قَالَ: كَانَ مَالِكُ بْنُ هُبَيْرَةَ اِذَا صَلَّى عَلَى الْجَنَازَةِ فَتَقَالَّ النَّاسَ
عَلَيْهَا جَزَّئَهُمْ ثَلاَثَةَ أجْزَاءٍ ثًمَّ قَالَ: قَالَ رَسُوْلَ اللهِ مَنْ صَلَّى عَلَيْهِ ثَلاَثَةُ صُفُوْفٍ فَقَدْ أوْجَبَ (رواه ابو داود و الترميذي)
“Adalah Malik bin Hubairoh jika menyembahyangkan jenazah dan melihat orang-orangnya hanya sedikit, maka dibagi mereka tiga (3) baris, kemudian ia berkata: Rasulallah saw. bersabda: ‘Siapa yang disembahyangkan oleh tiga barisan, maka telah dapat dipastikan’ ”. (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi)
Maksud kata-kata dapat dipastikan dalam hadits itu ialah pasti diampunkan mayitnya dan Allah akan menerima syafa’at dan permohonan mereka.
Bersambung....
Hadits dari Abu Hurairah berkata: “Ada seorang tukang sapu masjid, pada beberapa hari tidak terlihat oleh Rasulallah saw. sehingga beliau bertanya tentang orang itu. Dijawab; Ia telah wafat. Nabi bersabda: Mengapakah kamu tidak memberitahu padaku? Tunjukkan padaku kuburannya. Maka orang-orang menunjukkan kepada Nabi saw. kuburan tukang sapu itu, dan disitu Nabi sholat mayat (jenazah). Kemudian setelah sholat bersabda: Sesungguhnya kubur-kubur ini tadi penuh kegelapan, dan Allah telah menerangi padanya dengan sholatku pada mereka”. (HR.Bukhori, Muslim)
BalasPadamHadits-hadits diatas ini menunjukkan juga bahwa seorang yang telah wafat masih dapat tertolong oleh bantuan amalan orang yang masih hidup, dan yang demikian ini terserah pada Allah, karena rahmat Allah dan kurnia-Nya tidak terbatas. Juga hadits terakhir diatas menunjukkan dibolehkannya orang yang ketinggalan sholat jenazah untuk bersholat didepan kuburannya. Ini berlaku untuk semua muslimin karena dihadits itu tidak disebutkan sholat jenazah ditempat kuburan tersebut hanya khusus berlaku untuk Nabi saw. Beliau saw. adalah contoh bagi ummatnya, bila itu dilarang atau khusus untuk beliau saja, maka beliau saw. pasti akan memberitahunya ! Semuanya ini menunjukkan bahwa do’a itu manfaatnya sangat banyak baik untuk orang yang masih hidup maupun yang sudah wafat. Allah swt. sendiri telah menjanjikan siapa yang berdo’a kepada-Nya pasti akan dikabulkannya. Firman-firman Allah swt. agar manusia selalu berdo’a baik untuk dirinya maupun untuk lainnya : “Dan Tuhanmu berfirman; ‘Berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan Kukabulkan bagimu’ ”. (Al- Mu’min :60).
Syaikh Muhammad Al-‘Arabi At-Tibani, seorang ulama Masjidil Haram dalam risalahnya yang berjudul Is’aful Muslimin wal Muslimat bi Jawazil Qira’ah wa Wushulu Tsawabiha Lil Amwat mengatakan membaca Al-Qur’an itu dapat sampai kepada arwah orang yang telah meninggal.
Juga mengenai fadhilah/pahala membaca surat Al-Ikhlas, Abu Muhammad As-Samarkandy, Ar-Rafi’i dan Ad-Darquthni, masing-masing menunjuk sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib kw bahwa Rasulallah saw. bersabda:
Hadits tentang wasiat Ibnu Umar ra yang tertulis dalam syarah Aqidah Thahawiyah hal. 458 :
عَنِ إبْنِ عُمَر(ر) أوْصَى أنْ يُقْرَأ عَلَى قَبْرِهِ وَقْتَ الدَفنِ بِفَوَاتِحِ سُوْرَةِ البَقَرَةِ وَخَوَاتِمِهَا
“Dari Ibnu Umar ra : “Bahwasanya beliau berwasiat agar diatas kuburnya nanti sesudah pemakaman dibacakan awal-awal surat al-Baqarah dan akhirnya..”.
“Dari Ibnu Umar ra: “Bahwasanya beliau berwasiat agar diatas kuburnya nanti sesudah pemakaman dibacakan awal-awal surat al-Baqarah dan akhirnya..”.
Hadits ini menjadi pegangan Muhammad bin Hasan dan Imam Ahmad bin Hanbal padahal Imam Ahmad ini sebelumnya termasuk orang yang mengingkari sampainya pahala amalan dari orang yang hidup pada orang yang telah mati. Namun setelah beliau mendengar dari orang-orang kepercayaan tentang wasiat Ibnu Umar ini beliaupun mencabut pengingkarannya itu (Mukhtasar Tazkirah Qurtubi hal. 25).
Bersambung....
Ada hadits yang serupa dalam Sunan Baihaqi dengan isnad Hasan:
BalasPadam“Bahwasanya Ibnu Umar menyukai agar dibaca diatas pekuburan sesudah pemakaman awal surat Al-Baqarah dan akhirnya”.
Perbedaan dua hadits terakhir diatas ialah yang pertama adalah wasiat Ibnu Umar sedangkan yang kedua adalah pernyataan bahwa beliau menyukai hal tersebut.
Hadits dari Ibnu Umar ra. bahwa Rasulallah saw.bersabda :”Jika mati seorang dari kamu, maka janganlah kamu menahannya dan segeralah membawanya kekubur dan bacakanlah Fatihatul Kitab disamping kepalanya”. (HR. Thabrani dan Baihaqi)
Abu Hurairah ra.meriwayatkan bahwasanya Nabi saw. bersabda :
“Barangsiapa yang berziarah di kuburan, kemudian ia membaca ‘Al-Fatihah’, ‘Qul Huwallahu Ahad’ dan ‘Alhaakumut takatsur’, lalu ia berdo’a Ya Allah, kuhadiahkan pahala pembacaan firman-Mu pada kaum Mu’minin dan Mu’minat penghuni kubur ini, maka mereka akan menjadi penolong baginya (pemberi syafa’at) pada hari kiamat”.
Hadits-hadits diatas atau hadits-hadits lainnya dijadikan dalil yang kuat oleh para ulama untuk menfatwakan sampainya pahala pembacaan Al-Qur’an bagi orang yang telah wafat. Apa mungkin para sahabat Nabi seperti Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah [ra] mengeluarkan kata-kata yang mengandung ilmu gaib (yaitu mengenai imbalan pahala) tidak dari Rasulallah saw. atau meriwayatkan sesuatu amalan yang berbau kesyirikan atau larangan dalam agama Islam? Mereka berdua adalah termasuk salah satu tokoh dari golongan Salaf Sholeh, mengapa golongan pengingkar ini menolaknya ?
Imam Nawawi dalam Syahrul Muhadzdzib mengatakan: ‘Disunnahkan bagi orang yang berziarah kekuburan membaca beberapa ayat Al-Qur’an dan berdo’a untuk penghuni kubur’.
Imam Nawawi menyimpulkan bahwa membaca Al-Qur’an bagi arwah orang-orang yang telah wafat dilakukan juga oleh kaum Salaf (terdahulu). Pada akhirnya Imam Nawawi mengutip penegasan Taqiyyuddin Abul Abbas Ahmad bin Taimiyah (Ibnu Taimiyyah) sebagai berikut :
“Barangsiapa berkeyakinan bahwa seorang hanya dapat memperoleh pahala dari amal perbuatannya sendiri, ia menyimpang dari ijma’ para ulama dan dilihat dari berbagai sudut pandang keyakinan demikian itu tidak dapat dibenarkan”.
Bersambung....
Juga keterangan singkat yang diungkapkan seorang ulama terkemuka di Indonesia Ustadz Quraish Shihab dalam bukunya Fatwa-fatwa Seputar ibadah dan Muamalah halaman 27 mengenai ‘berdo’a dan membacakan Al-Qur’an untuk orang mati’ adalah sebagai berikut :
BalasPadam“Berdo’a untuk kaum Muslimin yang hidup atau yang sudah wafat adalah anjuran agama. Membaca Al-Qur’an juga merupakan salah satu bentuk ibadah yang dianjurkan. Hanya saja, terdapat perbedaan paham di kalangan para ulama masalah bermanfaat atau tidaknya bacaan itu bagi orang yang telah wafat. Memang, dalam kitab-kitab hadits, ditemukan yang menganjurkan pembacaan Al-Qur’an bagi orang yang akan atau telah wafat. Diantara- nya, Abu Dawud meriwayatkan bahwa sahabat Nabi, Ma’qil bin Yasar, menyatakan bahwa Nabi saw. bersabda: ‘Bacalah surat Yaa Sin untuk orang-orang yang (akan atau sudah) mati (dari kaum Muslim)’.
Nilai keshohihan hadits diatas ini dan semacamnya masih ada yang memper selisihkannya. Sekalipun ada golongan yang mengatakan hadits-hadits tersebut lemah atau tidak ada sama sekali tidak ada halangan untuk membaca ayat Al-Qur’an bagi orang yang akan wafat atau telah wafat. Dikalangan para ulama hadits, dikenal kaidah yang menyatakan bahwa hadits-hadits yang tidak terlalu lemah dapat diamalkan khususnya dalam bidang fadhail (keutamaan) !
Para Ulama juga menyatakan bahwa membaca Al-Qur’an pada dasarnya dibenarkan oleh agama dan mendapat pahala, bila (kecuali orang yang sedang junub/haid–pen.) dan dimanapun berada (kecuali di dalam tandas–pen.). Diantara perselisihan ulama itu adalah ‘Apakah dapat diterima hadiah pahala bacaan tersebut oleh almarhum atau tidak! (Jadi bukan masalah pembacaannya! –pen.)
Syekh Muhammad Al-Syarabashi dalam bukunya Yas’alunaka mengutip pendapat Al-Qarafi dalam kitab Al-Furuq bahwa kebaikan yang dilakukan seseorang untuk orang lain yang telah meninggal mencakup tiga kategori :
a). Disepakat tidak bermanfaat: memberi pahala keimanan kepada orang yang telah wafat.
b). Disepakati bermanfaat: seperti shodaqah yang pahalanya diberikan kepada orang telah wafat.
c) Diperselisihkan apakah bermanfaat atau tidak: seperti menghajikan, berpuasa dan membaca Qur’an untuk orang yang telah meninggal.
Sementara madzhab Abu Hanifah, Ahmad bin Hanbal, berpendapat pahalanya dapat diterima oleh yang telah mati. Kemudian Imam Al-Qarafi yang bermadzhab Maliki ini menutup keterangannya bahwa persoalan ini (pahala untuk yang wafat), walaupun diperselisihkan, tidak wajar untuk ditinggalkan dalam hal pengamalannya. Sebab, siapa tahu, hal itu benar-benar dapat diterima oleh orang yang telah wafat, karena yang demikian itu berada diluar jangkauan pengetahuan kita.
Perbedaan pendapat terjadi bukan pada hukum boleh tidaknya membaca Al-Qur’an untuk orang yang akan atau telah wafat, melainkan pada kenyataan sampai tidaknya pahala bacaan itu kepada si mayit!“ Demikianlah keterangan yang diungkapkan oleh Ustadz Quraish Shihab dalam bukunya ‘Fatwa-fatwa seputar ibadah dan muamalah’.
Bersambung....
Untuk mempersingkat halaman, penulis ingin mengutip sebagian saja nama ulama-ulama pakar dan kitab mereka yang mengakui sampainya hadiah pahala bacaan yang ditujukan untuk si mayit diantaranya sebagai berikut:
BalasPadam“Imam Ahmad bin Hanbal; ulama-ulama dalam madzhab Hanafi, Maliki dan Syafi’i; Muhammad bin Ahmad al-Marwazi dalam kitab Hujjatu Ahli Sunnah Wal-Jama’ah hal.15 ; Syaikh Ali bin Muhammad bin Abil Iz (Syarah Aqidah Thahawiyah hal. 457); Dr. Ahmad Syarbasi ( Yasaluunaka fid din wal-hayat 3/413 ); Ibnu Taimiyyah (Yasaluunaka fid din wal-hayat jilid 1/442 ) ; Ibnul Qayyim al-Jauziyyah (Yasaluunaka fid din wal-hayat jilid 1/442) juga Ibnul Qayyim dalam kitabnya Ar-Ruh mengatakan bahwa “Al-Khallal dalam kitabnya Al-Jami’ “ sewaktu membahas ‘Bacaan disamping kubur’ ; Al-Allamah Muhammad al-Arobi (Majmu’ Tsholatsi Rosaail ) ; Imam Qurtubi ( Tazkirah Al-Qurtubi hal. 26 ) ; Imam Sya’bi mengatakan: ‘Orang-orang Anshor jika ada diantara mereka yang wafat, maka mereka berbondong-bondong kekuburnya sambil membaca Al-Qur’an disampingnya (kuburan nya)’. Ucapan Syekh Sya’bi ini dikutip oleh Ibnul Qayyim dalam kitabnya Ar-Ruh halaman 13; Ibnu Taimiyyah dalam Majmu’ Fatawa.
Dan masih banyak lagi ulama-ulama berbeda madzhab yang membenarkan hadiah pahala bacaan ini. Jadi jelas bagi kita setelah membaca dan meneliti kutipan pada lembaran sebelum dan berikut ini banyak hadits Nabi saw. serta anjuran para sahabat dan ulama-ulama pakar tentang dibolehkannya serta sampainya pahala amalan orang yang masih hidup ditujukan kepada si mayyit. Disamping itu, semua madzhab sepakat bahwa pembacaan Al-Qur’an akan mendapat pahala bagi pembacanya bila dan dimanapun, yang mana pahala itu selalu diharapkan oleh setiap muslim.
Kita tidak boleh langsung menuduh semua amalan yang (menurut pendapat sebagian ulama) haditsnya terputus, lemah, palsu, atau tidak ada haditsnya dan sebagainya itu haram untuk diamalkannya. Kita harus meneliti lebih jauh lagi bagaimana pendapat ulama lainnya dan harus meneliti apakah amalan tersebut menyalahi atau keluar dari syariat yang telah digariskan Islam atau tidak ?, bila tidak menyalahi syari’at Islam, boleh dijalankan ! Apalagi amalan-amalan yang masih mempunyai dalil maka tidak ada alasan orang untuk mengharamkan, mensesatkan atau membid’ahkan sesat amalan-amalan tersebut karena tidak sependapat dengan mereka, menghukum suatu amalan sebagai haram, harus mengemukakan dalil yang jelas dan shohih dari Rasulallah saw.
wawww...
BalasPadamnyimak dulu
Maksud ayat 46 surah al-Fusilat, “Barang siapa mengerjakan kebajikan maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barang siapa berbuat jahat maka (dosanya) menjadi tanggungan dirinya sendiri. Dan Tuhanmu sama sekali tidak menzalimi hamba-hamba-Nya.”
BalasPadamMaksud ayat 54 surah Yasin, “Maka pada hari itu seseorang tidak akan dirugikan sedikit pun dan kamu tidak akan diberi balasan, kecuali sesuai dengan apa yang telah kamu kerjakan.”
terpulanglah kepada tuan2, dan setahu saya Imam Syafie pun mengatakan tidak sampai pahala yang dihantar kepada si mati.
nanti, kalau ada kesempatan saya buat rencana mengenai perpecahan sama ada disebabkan kilafiah agama atau politik. terima kasih kerna membaca semua tulisan saya.
Maksud ayat 18 surah al-Fatir, “Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang dibebani berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul bebannya itu tidak akan dipikulkan sedikitpun, meskipun (yang dipanggilnya itu) kaum kerabatnya. Sesungguhnya yang dapat engkau beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada (azab) Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihat-Nya dan mereka juga melaksanakan solat. Dan barang siapa mensucikan dirinya, sesungguhnya dia mensucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan kepada Allah tempat kembali.”
BalasPadamTG Nik Aziz sejak dahulu tak buat tahlil arwah, malah dalam kuliahnya dikatakan itu amalan jahiliah. Saya pula cuma tulis 'pahala tak sampai kpd orang mati'.
BalasPadamKalaulah dah dikatakan amalan jahiliah, patutlah TG itu mahu hal itu dihentikan!
Saya ucapkan terima kasih atas sumbangan maklumat dalam semua respon. Untuk makluman tuan2, saya telah mengalami percambahan hujah ini sejak tahun 1986 lagi, bukan baru setahun dua. Ini saya mula2 pelajari di sebuah madrasah di Kuala Pilah. Jadi salahlah jika ada yang mendakwa saya ini mujtahid. Saya orang kampung saja.
BalasPadamDan kerana telah lama dan meneliti hujahan kedua-dua belah pihak, saya terima hujahan yang dikira paling kuat terutama yang didasari ayat-ayat al-Quran. Sebab itulah saya menyatakan ayat2 alquran sebagai dasar pemahaman saya. Kalau tidak ada ayat2 alquran ini, saya akan meneruskan saja pemahaman nenek moyang yang sedia ada.
Saya hendak beri hujah akal pula. Ini hujah sampingan, yang hendak dibuang pun boleh. Hanya akal! Saya percaya Islam agama yang membawa keadilah. Sebagaimana semua ayat alquran yang saya nyatakan, keadilan yang saya fahami ialah: Setiap orang hanya menerima balasan baik atau buruk berdasarkan amalan masing-masing. Jika saya menerima pemahaman orang-orang mati dapat menerima manfaat daripada ibadah dan kebajikan yang dilakukan oleh orang hidup, bermakna itu sudah melanggar prinsip diri sendiri bertanggung jawab terhadap perbuatan masing2.
Kerna pemahaman orang mati boleh mendapat manfaat daripada hasil ibadah orang hidup, sekarang orang mula berfikir untuk menebus dosa atau menambah koleksi pahala arwah keluarganya. Caranya dengan memberi upah kepada orang2 yang sanggup beribadah yang pahala ibadahnya diserahkan kepada arwah. Sekurang2nya setiap satu kes tahlilan upahnya RM10.00. Dan ada yang mengupah orang pandai mengaji quran RM3000.00 untuk khatam 30 juzuk, yang pahalanya dihantar kepada si mati.
Jika begitu, kita tak dapat menghalang orang kaya daripada mengupah sekian banyak orang pandai agama mengkhatamkan bacaan quran asalkan bacaan itu dapat dimanfaatkan oleh si mati. Maka di mana keadilan kepada orang2 miskin yang tidak mampu mengupah orang membacakan alquran kepada arwah keluarganya. Ini juga seolah2, pahala itu boleh ditentukan dengan banyaknya wang! Saya tidak percaya ini ajaran Islam.
Terpulanglah kepada tuan2 menilai semua maklum balas saya. Pada saya Islam tidak menyuruh umatnya beramal tanpa pengetahuan atau bertaklid saja. Adalah menjadi hak kepada setiap individu muslim beribadah berdasarkan ilmunya.
Jika pun hal ini masih dalam perbincangan, ini meragukan kepada orang awam seperti saya. Jika kita membuka ayat 36 surah al-Isra, cukuplah bahawa kita boleh meninggalkan perkara yang kita sendiri tidak jelas lagi. Maksud ayat itu “Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak ketahui. Kerna pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabkan.”
Wallahu ‘aklam