Pengikut

Selasa, Ogos 30, 2011

"HEBATKAH Perang Badar zaman Rasulullah?"


DUNIA telah melalui dua perang yang sangat hebat iaitu Perang Dunia Pertama (1914-1919) dan Perang Dunia Kedua (PD2 1939-1945). Dalam PD2 dua butir bom nuklear diletupkan dan membunuh jutaan manusia.  Jika itulah pengetahuan kita mengenai kedahsyatan dan kehebatan perang, apakah nilaian kita terhadap perang yang berlaku secara depan-depan antara 300 orang terhadap 1000 orang? Itulah Perang Badar kurun ke-7!
 Ketua-ketua PKM semasa rundingan di Baling Kedah, 1951.

Jika kita menggunakan kaca mata kurun ke-20 untuk memahami kehebatan perang, maka Perang Badar yang menggunakan jentera haiwan bagai tidak ada nilainya. Namun jika kita melihat dan memahami berdasarkan budaya kurun ke-7 itu, kita faham itulah salah satu perang yang hebat pada zamannya.  Dengan memahami berdasarkan alam waktu itu, kita akan lebih adil membuat nilaian sesuatu peristiwa sejarah.

Begitu juga kita menilai perilaku Hang Jebat terhadap Sultan Melaka pada kurun ke-15 dahulu. Jika kita menggunakan kaca mata demokrasi zaman kini, Hang Jebat adalah hero berbanding Hang Tuah.  Namun jika kita dapat membayangkan berada pada zaman dan budaya abad itu, nilaian kita akan lebih adil dengan tidak menganggap Hang Jebat sebagai pahlawan keadilan.

Hari ini komunisme sudah berkubur dan semakin tidak difahami prinsip-prinsip dan amalan sebenarnya dalam sesebuah negara.  Generasi muda juga semakin tidak faham apa itu zaman darurat yang merakamkan pemberontakan bersenjata pengganas komunis di Malaysia.  Menilai zaman darurat yang berlaku dari tahun 1948 hingga 1960, yang waktunya sebagian masih zaman British dan sebagian lagi pada zaman merdeka tidak mudah kepada anak-anak kelahiran 1990-an. Puncanya kerana kita kurang diajar memahami sejarah berdasarkan zaman sejarah itu berlaku.

Maka berlaku jurang pemahaman sejarah antara generasi muda dengan tua.  Ketika generasi tua masih terasa semua peristiwa sejarah zaman darurat, generasi muda melihat sejarah pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) berdasarkan perspektif masa kini.  Akhirnya generasi muda sedang melihat sesiapa saja yang melawan British, termasuk PKM merupakan pejuang kemerdekaan.  Tokoh-tokoh PKM merupakan pahlawan kemerdekaan!

Untuk menambah jelasnya penerimaan PKM sebagai pejuang kemerdekaan, ada generasi muda melihat berdasarkan hak dan kesamarataan rakyat kurun ke-21 ini.  Isu perkauman yang tebal pada tahun-tahun 50-an dahulu yang melabelkan suatu kaum tertentu dalam keganasan komunis, kian menipis pada zaman setelah 50 tahun merdeka.  Maka tidak hairanlah, atas nama meleburkan perkauman dalam negara, apa juga yang masih berbau perkauman (PKM lebih kepada kaum Cina), maka gerakan ganas yang dilakukan PKM mesti diubah tafsir kepada gerakan keadilan dan kemerdekaan.

Begitulah apabila kita gagal melihat sesuatu peristiwa zaman dahulu berdasarkan zaman berkenaan. Jika kita jujur melihat semua sejarah dunia berdasarkan zaman berkenaan, kita juga mesti jujur melihat semua sejarah negara berdasarkan zaman-zamannya. Jangan lupa, jika hari ini kita menilai sejarah negara masa lalu berdasarkan kaca mata sekarang, apa yang kita lakukan hari ini akan menjadi bahan ketawa generasi 50 tahun akan datang.  Pasti generasi 50 tahun akan datang melihat dengan kaca mata zaman berkenaan, dan mereka menafsir kita sekarang begitu naïf dan bodoh sekali!

11 ulasan:

  1. Tuan kalau nak ulas satu2 isu faham betul2 apa isunya. Jangan tunjukkan kebodohan kita pada orang. Elok2 orang tak tau kita bodoh...dah tau..

    BalasPadam
  2. Ini dua statement bodoh tuan.
    1. Maka tidak hairanlah, atas nama meleburkan perkauman dalam negara, apa juga yang masih berbau perkauman (PKM lebih kepada kaum Cina), maka gerakan ganas yang dilakukan PKM mesti diubah tafsir kepada gerakan keadilan dan kemerdekaan.
    2. Jangan lupa, jika hari ini kita menilai sejarah negara masa lalu berdasarkan kaca mata sekarang, apa yang kita lakukan hari ini akan menjadi bahan ketawa generasi 50 tahun akan datang. Pasti generasi 50 tahun akan datang melihat dengan kaca mata zaman berkenaan, dan mereka menafsir kita sekarang begitu naïf dan bodoh sekali!
    Yang pertama tiada sesiapa pun di Malaysia yang mengatakan PKM sebagai gerakan keadilan dan kemerdekaan, kecuali kalau tuan mencedok bulat2 fakta fitnah dari akhbar arus perdana. Orang cuma menimbulkan kisah Mat Indera yang berbetulan ada waktu serangan. Yang pastinya (menurut adik kandungnya yang masih hidup) Mat indera bukan kuminis.
    Yang kedua, Sejarah adalah fakta (peristiwa apa yang sebenar berlaku) bukan kenyataan (statement) kata-kata yang mungkin boleh ditafsir kepada berbagai maksud.

    BalasPadam
  3. Yelah...En Hamid....
    Manusia ni kadang2 terpesona dengan diri sendiri. Perasan diri hebat. Berfikiran global, mendahului zaman. Melihat kerdil orang lain. Pandangannya saja mesti di terima... biasanya orang macam ni salafi punya group...Biarkan dia terjun dengan labu2nya En. Hamid

    BalasPadam
  4. Aku tengok tulisan-tulisan engkau ni.... banyak sangat hentam orang. Hampir semua orang salah. yang tak ada engkau ...cuma diri engkau sorang je......Aku rasa elok engkau kempen engkau tu mujaddid abad ini.

    BalasPadam
  5. Pembetulan...
    Aku tengok tulisan-tulisan engkau ni.... banyak sangat hentam orang. Hampir semua orang salah. Yang tak ada engkau hentam ...cuma diri engkau sorang je......Engkau maksum ye? Aku rasa elok engkau kempen engkau tu mujaddid abad ini

    BalasPadam
  6. Nilah masalahnya rasa pandai dalam semua perkara...serba tahu,pandang kerdil orang lain.

    BalasPadam
  7. Aku ada jumpa karekter macam dia ni....
    Proffessor serba tahu dalam Majalah Gila-Gila......... Sebiji sama

    BalasPadam
  8. ahli politiklah yang mengajar orang melihat siapa di luar kandangnya sebagai salah.

    BalasPadam
  9. kenyataan adik Mat Indera itu tidak ada unsur kepentingan kekeluargaan ke? Itu sahaja sandaran untuk menafikan Mat Indera bukan komunis?

    BalasPadam
  10. Saya hanya menulis apa yang diajarkan juga oleh ahli2 agama. Mereka pun selama ini komen di hadapan kita begitu-begitulah. Apa tujuannya? Tidak lain memberikatu itu salah dan ini salah. Oleh itu, mengapa hanya disalahkan saya yang menulis dalam blog apa yang selama ini bebas diucapkan oleh ahli2 agama di masjid, surau aatau dalam mana2 ceramah?

    Antara yg kerap saya dengar kritikan di mana2 tempat:
    1.mengutuk hukum jahiliah dan mendesak dilaksanakan hukum syariat (hudud, qisas dan takzir)
    2. pendedahan aurat.
    3. rasuah.
    4. judi.
    5. mengumpat.
    6. penipuan.
    7. curi, rogol, maksiat.
    8. ibu bapa tidak ajar agama kepada anak2.
    9. program TV maksiat dan melalaikan.
    10. fitnah untuk jatuhkan ahli politik.
    11. melepak di kedai kopi.
    12. merokok membazir, haram. Malah dijadikan khutbah jumaat.
    13. malas solat berjamaah.
    14. anak2 banyak tidak solat.
    15. pergaulan bebas.
    16. berpakaian tapi telanjang.
    18. politik jahiliah.
    19. siapa tidak berhukum dengan hukum Allah, kafir!

    Itu antara yg sering ditulis atau diceramahkan. Dan ahli-ahli agama begitu banyak menyeru agar manusia kembali kepada Islam. Muslim diseru kembali kepada ajaran alquran dan sunah. PAS sendiri menulis perlembagaannya untuk mendaulatkan alquran dan sunnah. Pas sendiri orang umno mendedahkan aurat, melakukan fitnah, tidak mahukan hudud.

    Maka saya pun berperangai seperti mereka ahli-ahli agama. Bukankah ahli-ahli agama itu idola, dan yang berstatus ulama itu disebut pewaris nabi.

    Maka saya menulis ayat al-Quran dan hadis nabi yang selama ini disebut (lisan saja) oleh ahli agama. Hanya kerna saya tidak terdahulu memaparkan sijil atau ijazah agama, maka apa yg saya tulis (walhal sama seperti yg diajarkan oleh ahli agama), saya digelar sebagai 'profesor serba tau'.

    Maka saya minta kepada mereka yang tidak mahu saya menulis seperti itu lagi, eloklah juga menasihati ahli-ahli agama termasuk yang juga memasuki dunia politik agar tidak lagi mengkritik perbuatan orang lain.

    Terima kasih atas teguran itu, semoga sangat berguna kepada saya. Dan semoga Allah merahmati tuan2 yang sangat prihatin kepada saya. Kalau tidak ada teguran, tentulah saya akan terus terbabas.

    Biarlah..., orang lain...mereka terus melakukannya tanpa apa-apa teguran. Kita pun sebenarnya taka mampu menegur orang yang dirasakan lebih hebat. Mujur Allah menghidupkan saya dan mentakdirkan saya menulis di blog, maka adalah ruang yang bebas dan terbuka tuan2 menegur saya. alhamdullah.

    wallahu aklam.

    BalasPadam