MENGAPA orang seronok berpolitik? Jawabnya kerana politik itu pertarungan, perlawanan dan medan jatuh-menjatuh! Alahhh, jangan nak berlakonlah semua peminat politik dengan mengatakan minat politik untuk menabur bakti dan memperjuangkan hak-hak yang semakin pupus. Ada yang jujur, tapi banyak yang memakai topeng.
Nabi Muhammad juga disebut ahli politik, untuk mewajarkan orang sekarang masuk politik. Dengan mengatakan aktif politik kerana nabi juga ahli politik nampak kudus, waduh-waduhhh. Kalau berpolitik sebagaimana yang digariskan oleh alquran dan sunah, tidak seronok. Pasti tidak ramai yang mahu mengekori isu-isu politik.
Politik sekarang ialah medan mencari pengaruh dan pengikut untuk berkuasa. Untuk itu sesiapa juga yang menjadi penghalang akan diserang dan disingkirkan. Di sinilah kerja memburuk-burukkan lawannya dilakukan secara besar-besaran. Adakah ini sistem pusaka daripada Rasulullah?
Cuba panggil seorang pemidato untuk memperkenalkan diri dan partinya. Mamat yang berpidato pun tahu orang tidak akan berkerumun sampai 10 ribu kalau dia hanya bercerita kebaikan diri dan partinya. Orang akan berkumpul puluhan ribu kalau ada aksi hebat, pendedahan skandal dan kisah-kisah yang sangat panas seperti kisah musuh politiknya ada skandal seks. Ini seperti kisah penjual ubat atau pembuat filem. Kalau isi ucapan atau filem ada unsur ganas dan seks, pasti mendapat sambutan hebat. Begitu jugalah ceramah politik. Semakin banyak cerita dalam kain diselak, semakin banyak orang datang berkerumun. Lepas itu si mamat dan puaknya akan berkata: Ya, puluhan ribu sudah menyokong parti kita dan menolak parti lawan. Inilah kaedah politik yang digemari orang sekarang. Soalnya adakah kaedah ini halal, berpahala dan ada jaminan syurga? Kita patut tanya halal dan haram sebab di atas pentas politik orang Melayu kerap sangat ayat alquran dibacakan dan digambarkan Islam sebagai asas pembangunan dunia akhirat.
Maka ketawalah orang Barat, Yahudi dan musuh-musuh umat Islam. Umat Islam yang dikatakan bersatu benar-benar berpecah, bermusuh dan sudah ada yang mengangkat kayu dan batu. Cuba lihat keadaan di Kuala Terengganu sekarang, ada berapa ribu polis tambahan dikerah berjaga-jaga untuk mengelak berlakunya rusuhan antara dua puak politik. Dua puak itu sama-sama Melayu dan Islam. Mereka mengaku punya Tuhan yang satu, Allah. Mereka yakin kitab ikutan yang satu, alquran. Mereka juga kerap membaca surah al-Hujurat yang menggariskan tatacara bermasyarakat sesama muslim.
Inilah politik cara pilihan raya yang tidak ada sopan dan kudusnya. Kusut masainya banyak sekali. Untuk kerja buruk-memburuk dan salah-menyalah antara satu sama lain pun modalnya bukan air liur saja. Wang berpuluh-puluh juta ringgit. Berapa belanja beli bendera, poster, kain rentang dan peralatan PA sistem? Belum hadiah-hadiah dan sewa-sewa logistik selama sebulan oleh kedua-dua puak.
Untuk apa semua wang puluhan juta, masa beribu-ribu jam, cuti kerja berhari-hari, kertas dan kain berpuluh-puluh tan digunakan dalam satu pilihan raya seperti di Kuala Terengganu? Jawabnya hanya untuk mencari seorang wakil ke Dewan Rakyat. Seorang wakil ini sama ada daripada Pas atau Barisan Nasional tidak akan mengubah apa-apa. Tidak ada perubahan kerajaan, tidak ada penurunan harga barang atau kenaikan gaji pekerja.
Untuk apa menang di sana? Mesej dan imej? Cit, itu saja!
Siapa pun yang menang di Kuala Terengganu tidak akan mengubah keadaan di Palestin. Encik Obama di New York pun tidak perduli siapa menang kalah. Malah Wak Osama yang dikatakan sedang berehat di lereng gunung juga tidak tahu ada pilihan raya di Terengganu.
Jangan marah ya, anda kena tahu juga omelan orang lain.

Aslamualaikum Wak, saya tak mengenali Wak tapi suka mengikuti blog Wak. Betulah apa yang wak kata tu. Itulah hakikat politik. Politic is a dirty game. Satu permainan yang kotor maka cerita soal luar kain dalam kain itu mainan orang politik. Orang politik cakapnya boleh dengar tapi belum tentu boleh pakai. Orang politik punya seribu alasan untuk menghalal cara politiknya asalkan matlamat tercapai untuk menang.Biar berhabis tak mengapa kerana ramai penaja, bukan duit poket mereka. Kenapa mereka ditaja itu panjang ceritanya. Nenek yang bertanding PR dulupun ditaja tapi kali ni tak bertanding kerana telah ditipu oleh penaja. Itulah politik sungguh licik permainan mereka.
BalasPadamsoal halal haram saya tak berani nak komen kerana yang bertanding tu semuanya arif dari segi hukum hakam Allah.
Apa-apa pun orang KT juga untung kerana belum tahu menang kalah lagi kerajaan dah tabur berbilion ringgit untuk pembangunan. Siapa dapat projek tu tentu kenduri besar. Peniga banner, bendera, air miniral, keropok lekor dan hotel serta restauran masa nilah buat duit.Itulah hikmahnya pillihanraya lagi ramai YB yang mati lepas ni lagi banyak pilihanraya kecil. Bukannya doakan ada yang mati pulak tetapi itulah hakikatnya.
Saya sokong parti Wak Suparjo.