HARI itu sewaktu Encik Obama menang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, sahabat-sahabat dalam www.al-fikrah.net juga rancak berforum menilai dan meramal pendekatan manusia kulit hitam itu. Obama memang menjadi isu baru kepada banyak pihak, termasuk dijadikan hujah supaya golongan minoriti dalam negara kita yang mahu menjadi Perdana Menteri. Macam Obama itulah, yang keturunan pendatang dan hamba abdi kulit hitam sudah bakal Presiden sebuah negara paling berkuasa!
Dalam rancak mengharap ada awan cerah daripada manusia bernama Obama, saya juga masih tidak faham dan tidak mahu menaruh apa-apa harapan kepada si Obama ini. Saya masih kuno kerana menggunakan sifir lama iaitu sesiapa juga Presiden Amerika, mesti menjadi pembela nombor wahid Israel! Puncanya mudah: Yahudi menguasai ekonomi dan media di Amerika. Mereka menjadi pelobi terkuat di sana. Gerombolan Yahudi yang elit ini sebenarnya menjadi penentu dasar luar Amerika. Maka Obama pun akan ganas seperti Si Bush anak beranak.
Ohoo.., saya dipujuk supaya melihat sejarah Si Obama. Bapak Obama kan orang Islam, maka tentu Obama ada perasaan simpati kepada orang Islam. Nama Obama pun ada ‘Hussein’. Nama Hussein tidak ada dalam Bible, tapi nama itu masyhur sebagai cucu Nabi Muhammad yang mati dalam tragedi Karbala, Iraq. Tak mungkin Obama akan menghancurkan umat Islam, umat yang menjadi saudara mara ayah dan ibunya. Ya, itulah harapan kepada Obama sekalipun Obama bukanlah seorang muslim.
Sekarang rupa-rupanya musim rejim Yahudi di Israel menyembelih dan menghapuskan umat Islam Palestin. Dan Amerika masih menjadi penyokong dan pembela medan pembunuhan ini. Sekali lagi, Si Obama yang bapaknya muslim dan Obama ini ada membawa nama Hussein telah merestui pembantaian terhadap para muslim Palestin. Walhal berapa banyak nama Hussein dalam bangsa Palestin, itu pun Obama tidak perduli. Sudah, sudah, jangan pandang Obama masih membawa nama Hussein lagi.
Sekarang nak cari siapa setelah Obama? Nampaknya masyarakat Islam sedang mencari Osama pula. Dalam keadaan tiada negara Islam atau Arab yang mampu mengatasi kezaliman Yahudi Israel, seolah-olah semua sedang meratap: Kalaulah ada Osama! Kalau ada Osama, dialah yang akan menghapuskan arang di muka.
Eh, macam dialog Sultan Melaka dahulu apabila Hang Jebat bermaharaja lela dalam istana sehingga baginda Sultan pun terpaksa menumpang di rumah Bandahara, begitulah bahasa baginda: Kalaulah Hang Tuah ada…. Hang Tuahlah yang akan menghapuskan arang di muka beta. Setelah diamat-amati oleh Bendahara maka dibukalah rahsia Hang Tuah belum mati. Maka Baginda Sultan Melaka pun meminta Bendahara memanggil Hang Tuah buat membasuh malu di muka Sultan.
Sekarang siapakah yang akan pergi memujuk Osama kembali ke istana OIC yang selama ini disembunyikan di hulu Sungai Melaka? Adakah Osama akan benar-benar bertarung dengan Yahudi Israel di Palestin dan membunuh semua Yahudi itu.
Saya masih tidak percaya yang Osama itu adalah Hang Tuah, penyelamat yang ditunggu-tunggu. Namun geng-geng Osama mungkin ada yang yakin bahawa Osama adalah Imam Mahdi! Fuh, dahsyat beb.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan