Pengikut

Sabtu, Disember 30, 2017

MAHU berdoa sama imam atau tidak?


ADA satu hadis menjelaskan imam shalat adalah untuk diikuti. Ada yang memahami mengikuti imam itu sehingga dia habis berzikir dan berdoa yang diaminkan.  Ada yang mengatakan selepas habis shalat,  semua bebas hendak bangun atau berzikir, sekalipun imam sedang berzikir. Malah jika sang imam hendak bangun setelah tamat shalat pun tidak mengapa. Ini hanya kelihatan aneh pada adat bangsa,  bukan pada agama.

Imam asy-Syafie menerangkan:
  ثم يقوم وإن قام قبل ذلك أوجلس أطول من ذلك فلا شيء عليه، وللمأموم أن ينصرف إذا قضى الإمام السلام قبل قيام الإمام
".... Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu atau duduk lebih lama di situ, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam , sebelum imam bangun...."
- Mausu’ah al-Imam asy-Syafie: al-Umm, jilid 1, ms. 355.

Kenyataan Imam asy-Syafie ini berlandaskan kepada hadith berikut:   عَنْ جَابِرِ بْنِ يَزِيدَ بْنِ الأَسْوَدِ عَنْ أَبِيهِ, أَنَّهُ صَلَّى مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاَةَ الصُّبْحِ فَلَمَّا صَلَّى انْحَرَفَ.  Jabir bin Yazid Ibnu Aswad berkata, daripada ayahnya bahawa dia pernah shalat bersama Rasulullah Shallallu Alaihi Wasallam dalam shalat Subuh. Setelah selesai shalatnya, baginda segera meninggalkan tempat shalatnya.
- Shahih Sunan an-Nasa’i, no. 1334.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan