Pengikut

Sabtu, April 15, 2017

TIDAK berjilbab itu hak asasi dalam negara demokrasi?

TANPA diduga pemikiran beragama kita ditandai dengan jilbab wanita.  Kiyai atau ustaz tidak pernah kepenatan untuk memberi contoh wanita yang tidak berjilbab sebagai dosa dan berpikiran jahilyah modern.  Sehingga anak-anak sekolah pun menghafal hadis palsu perihal wanita yang digantung di nereka dengan rambutnya kerna mendedahkan rambut kepada publik tatkala hidup di dunia.
 
foto hanya hiasan
Maka artis wanita yang dahulunya paling menjaga fesyen rambut sebagai mercu tanda mempamer wajah cantiknya, kini mereka juga mencari kain untuk membungkus rambut dengan pelbagai fesyen dan warna pula.  Kenapa ini berlaku walhal undang0undang negara tidak memaksa pemakaian jilbab. Malah dalam peraturan persekolahan, kekal murid perempuan tidaklah diwajibkan berjilbab!

Tidak ada pula dalam undang-undang syariah negeri-negeri bahawa mendedahkan rambut itu satu kesalahan syariah.

Walhal dalam Perlembagaan Persekutuan negara kita, telah dijamin hak dan kebebesan kepada warganya.  Ini yang membawa tidak ada pemaksaan berjilbab kepada mahasiswi dan anak sekolah.

Ustaz dan kiyai tidak menerima langsung hujah wanita untuk ‘free hair’ sebagai hak asasi dalam negara yang mengamalkan demokrasi-liberal.  Malah tanpa silu, mereka mencemuh golongan yang mendedahkan aurat sebagai berpikiran liberal barat yang persis jahiliyah Arab sebelum Islam!  Tidak-tidak, wanita Islam mesti patuh syariah yang ada dalam  al-Quran surah An-Nur ayat 31. Ustaz dan kiyai seluruh pelosok negara tidak ada kompromi soal demokrasi dan hak asasi untuk tidak berjilbab!  Mau kufur dengan ayat Allah?

Namun mengapa ustaz  dan kiyai itu menggunakan hujah negara demokrasi-liberal untuk berpolitik sehingga melawan pemerintah muslim?  Tidakkah sangat jelas ada perintah syariah dalam al-Quran (kitab yang sama adanya ayat wajibnya berjilbab). Atau ustaz dan kiyai itu juga yang memutar maksud ulil-amri supaya tindakannya dipikir tidak melawan ayat 59 surah An-Nisa dan ayat 103 surah Ali-Imran.

Boleh saja golongan ustaz dan kiyai saling berpuak-puak dan bertelingkah antara satu sama lain, atas nama hak asasi di negara demokrasi liberal.  Walhal, jika anak-anak berkumpulan dan bertengkar-tengkar, dimarahnya pula, dikatakan tidak ada adab dan berakhlak buruk.

Lagi, golongan seperti itu melihat orang yang mentaati perintah-perintah Allah dalam hubungan antara rakyat dan ulil-amri sebagai ‘buta mata, buta hati’, ‘dungu’ atau ‘pengampu’. Apa sebenarnya yang mereka mahu?


Untunglah yang beriman dan beramal dengan semua ayat itu demi kesaksian Allah itu satu-satunya Tuhan yang benar. Ayat  wajib jilbab, taat ulil-amri dan kesatuan umah adalah ayat-ayat perintah. Demokrasi dan hak kebebasan individu itu hanya cabaran menguji keimanan kepada Allah dan rasul-Nya.  Moga kita kembali ke jalan Allah dan rasul-Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan