Pengikut

Selasa, September 30, 2014

MANTAN Pengarang Harakah tahu kekuatan kesatuan Melayu

ZULKIFLI Sulong merupakan mantan editor akhbar Harakah. Harakah adalah media rasmi sebuah parti Islam. Senang difahami bahawa sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam tidak memilih seorang yang berjiwa nasionalis mengurus berita dalam media rasmi.  Oleh itu dapatlah diterima bahawa Zulkifli Sulong adalah seorang yang berfahaman Islam dan sangat mencintai apa   juga agenda Islam. Sudah tentu Islam yang difahami oleh seorang pengarang media sebuah parti Islam adalah yang berteraskan al-Quran dan Sunah Nabi s.a.w.  Tambahan pula parti Islam itu sangat kerap mendakwa kedudukannya bukanlah semata-mata sebagai parti politik tetapi sebuah jamaah Isam, satu gerakan Islam. Dan memang pun dalam perlembagaan parti berkenaan sangat jelas tercatat rujukan utamanya adalah al-Quran dan Hadis Nabi (Sunah).

Saya merekodkan di sini sebagai tanda kesal dan kaget apabila seorang yang lahir daripada sebuah organisasi yang sangat kuat mendakwa pergerakan Islam telah menulis kepada seorang pemimpin parti politik yang jelas tidak sukakan Islam, untuk mempertahankan parti Islam daripada tersingkir dalam gabunngan beberapa parti politik. Malah rasa kesal dan kaget itu lebih dirasai apabila Zulkifli menyatakan ketakutannya jika orang Melayu (bacalah sebagai orang Islam) bersatu membentuk pemerintahan yang kuat, maka dia menjadi bimbang terhadap nasib (yang disangkanya buruk) akan menimpa kaum bukan Islam.


Saya percaya pandangan Zulkifli Sulong ini bukanlah terpencil malah sedang dan sentiasa dibaja supaya kesatuan Melayu dalam politik negara diangap satu mala petaka kepada negara. Walhal pandangan seperti itu tentulah menyalahi firman-firman Allah dalam al-Quran. Lihat ayat 109 surah Ali Imran (maksudnya): "Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (agama) dan jangan bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu dahulu  (sewaktu jahiliah)  bermusuh-musuhan, lalu ALlah mempersatukan hati kamu sehingga dengan kurnianya menjadi bersaudara. (hingga akhir ayat)"

Larangan umat Islam berpecah-belah ada dalam ayat 105 surah yang sama, "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang bercerai-berai dan berselisih setelah sampai kepada mereka keterangan yang jelas.  Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat."

Mengapa mesti mempromosikan perpecahan antara Melayu yang beragama Islam sedangkan dia sendiri mengakui kesatuan Melayu itu satu kekuatan. Di Malaysia semua Melayu adalah Islam.

Pandangan Zulkifli  Sulong boleh dibaca sepenuhnya dalam Malaysian Insider.

http://www.themalaysianinsider.com/opinion/zulkifli-sulong/article/surat-untuk-saudara-lim-kit-siang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan