SELAMAT Tahun Baru Cina. Saya tahu yang membaca blog ini terlalu sedikit daripada keturunan Cina. Dalam al-Quran surah al-Hujuraat ada menceritakan Allah menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa supaya saling kenal-mengenal antara satu sama lain. Maka TBC ini sebagian daripada budaya hidup bangsa dan keturunan Cina. Di Malaysia, keturunan Cina merupakan etnik kedua banyak selepas Melayu. Maka wajar sangat orang Melayu (Islam) meneliti cara hidup kaum ini kerana dengan memahami cara hidup mereka memudahkan mengenali perwatakannya. Dengan mengenali perwatakan dan tasawur hidupnya, memudahkan para duat menyampaikan dakwah Islam.
Dahulu saya mengangggap bahawa TBC adalah upacara agama Buddha. Tanggapan ini pun daripada ustaz yang mengajarkan dalam salah satu kuliah agama. Katanya kita dilarang berada dalam majlis TBC kerana dianggap turut merayakan agama lain. Saya pun faham tafsir surah al-Kafirun itu: Bagi kamu agama kamu, bagai kami agama kami. Baru-baru ini pun seorang rakan saya yang memilih manhaj salaf masih beranggapan seperti itu. Tak tahulah, apakah setelah saya menerangkan TBC itu budaya bangsa, bukan agama, dia akan menerima atau tidak.
Jiran saya baru memberi saya kuih-muih kebesaran mereka. Oh ya, semasa hari raya lepas, saya memberikan jiran saya ini (Keluarga Ong) kuih-muih Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan