
Apa ada pada KOSOVO? Ya, Kosovo hanya sebuah wilayah kecil yang dahulunya bersama-sama Bosnia-Hezergovina, Crotia, Serbia, Montegro ,Albania, Mecadonia dan Vojvodina membentuk Persekutuan Yugoslavia. Orang pun tidak mengenal Bosnia jika tidak kerana pembunuhan secara massal terhadap warganya yang muslim. Biasalah setelah tamat Perang Dingin, negara-negara yang dahulunya dibentuk secara tirani oleh kuasa komunis seperti di Yugoslavia merdeka satu persatu. Tidak hairan juga dengan kemerdekaan Crotia. Tetapi yang menyebabkan Bosnia terkenal kerana tragisnya pembunuhan di negaranya oleh pewaris pemerintah di Belgrade iaitu Serbia-Montenegro.

Peristiharan kemerdekaan, jika tidak diiktiraf oleh negara-negara lain bagai tidak berguna dan akhirnya tersisih daripada dunia antar bangsa. Lihatlah nasib negara Chehnya yang mendeklarasi kemerdekaannya seawal tahun 1990-an, tanpa pengiktirafan antar bangsa, nasib muslim di sana entah bagaimana. Amerika Syarikat bagai sepakat dengan Russia untuk menghukum nasib bangsa Chechen.
Kosovo? Ya, Kuasa besar Amerika telah memberi restu negara itu merdeka. Oleh itu mudah difahami mengapa kebanyakan sekutu Amerika di Eropah juga memberi restu kemerdekaan Kosovo. Turki pun sudah. Dan Malaysia juga bersama Amerika dan beberapa negara Eropah. Indonesia dengan alasan tidak menggalakkan pemisahan wilayah di negaranya, sanggup mendiamkan diri daripada mengiktiraf Kosovo.
Russia, Serbia dan China nampaknya membantah kemerdekaan Kosovo. Fahamlah sekarang, Kosovo hanya menjadi satu tanda aras wujudnya persaingan antar Amerika dan Russia. China sudah memihak kepada Russia, bererti dunia sedang bergerak semula ke jalan Perang Dingin yang ditutup tahun 1990.
Tanpa sokongan daripada Russia, Serbia tidak akan berani mendongak kepada Amerika dan Eropah. Sebelumnya pun PBB dan Nato sudah diberi mandat mentadbir Kosovo sejak pengusiran tentara Serbia dari Kosovo oleh Nato. Tanpa Russia, siapalah Serbia. Ya, sebab itu sekarang bantahan terhadap kemerdekaan Kosovo di Serbia sudah membiak. 200 ribu berdemontrasi membantah negara Kosovo menjadi biasa di sana.
Sekadar Perang Dingin antara Amerika dan Russia tidak mengapa, tetapi tragedi berdarah di Bosnia harap jangan sekali berulang. Kuasa-kuasa besar dalam Perang Dingin dahulu kerap menjadikan negara-negara kecil sebagai medan menguji kuasa dan senjata. Maka bagaimana nasib Kosovo? Semoga Allah menyelamatkan negara ini. Sekurang-kurangnya penduduk Kosovo yang muslim sudah bebas daripada Serbia, sekalipun kehebatan penduduk Islamnya tidaklah seutuh zaman silam semasa diperintah oleh daulah Usmaniyyah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan