Lelaki muslim ikuti sunah Nabi s.a.w. |
DI MANA-mana pelabuhan udara atau airport kota
negara Barat atau Timur, telah ada tempat muslim menunaikan shalat. Katakanlah
ibadah shalat ini mahu disamakan dengan ritual penyembahan mengikut agama-agama
lain seperti Kristian, Hindu dan Buddha,
tidak pula tersedia tempat beribadah untuk penganut-penganut agama lain
selain Islam. Selain kewajiban muslim
beribadah di serata dunia sudah diakui dan dihormati, tampak masyarakat antara
bangsa menerima perbedaan antara muslim dan bukan muslim.
Penting diketahui bahawa masyarakat dunia yang
pelbagai agama itu tidak bersungguh-sungguh mahu kelihatan berbeda antar satu
sama lain, seperti penganut Hindu dan Kristian.
Namun mereka menerima jika penganut-penganut semua agama itu dikumpulkan
untuk berbeda dengan penganut Islam.
Tersiratnya, inilah kemenangan dan keindahan Islam di pentas antara
manusia pelbagai budaya.
Hanya hiasan: Muslim jangan begini |
Al-Quran telah awal mendidik muslim agar berbeda
akidah apabila muslim menafikan apa-apa ketuhanan (seperti yang dipercayai
penganut agama lain), sebaliknya kental mengakui hanya Allah sebagai
Tuhan. Tidak ada toleransi dalam
kepercayaan, Islam menolak total unsur ketuhanan dan pemujaan sekalipun
terhadap manusia hebat. Malah Nabi
Muhammad sendiri meminta umatnya tidak memuja dirinya seperti kaum Nasrani
memuja Nabi Isa al-Maseh.
Surah
a-Kafirun dalam al-Quran sangat
jelas membedakan keagamaan ibadah antara Islam dan agama lain. Kepada muslim, agama kami inilah dan agama
kamu itulah. Tidak ada penerimaan kaedah ibadah agama lain dalam Islam
melainkan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Hal ini mungkin bisa terjadi antara penganut
Hindu dan Buddha, dan bukan menjadi kesalahan beragama sesama mereka.
Shalat sebagai tiang utuh beragama tidak bisa
ditinggalkan dalam kehidupan muslim seharian. Lima waktu sehari wajib
dilaksanakan. Sebab itulah masyarakat
bukan Islam memahami kewajiban ini dan memberikan peluang dan tempat muslim
menunaikan kewajiban asasi beragama itu.
Shalat itu dinding pemisah antara muslim dan bukan muslim. Maksud sabda Nabi s.a.w. “Pemisah antara
seorang hamba / manusia (dengan hamba lain), iaitu antara kekufuran dan
keimanan adalah shalat. Apabila dia
meninggalkan shalatnya, maka dia melakukan kesyirikan.” (HR At-Tabarani
dan disahihkan oleh Al-Albani).
Begitu juga dalam kehidupan bergaul sesama manusia
pelbagai agama, muslim diperintahkan membedakan diri dengan gaya yang mudah
dikenal. Jangan ada persamaan dengan
penganut agama lain. Baginda Nabi s.a.w.
mewajibkan lelaki muslim berjanggut dan menipiskan kumis atau misai. Maksud hadis, Abdullah bin Umar r.a.
mengakatan Rasululah s.a.w. bersabda, “Janganlah kamu menyerupai orang-orang
musyrikin, peliharalah janggut dan tipiskan kumis kamu.” HR Al-Bukhari, Muslim dan al-Baihaqi.
Lagi ketegasan daripada Rasulullah s.a.w.,
Dari Abi Imamah dia mengatakan Rasulullah s.a.w. bersabda, “Potonglah kumis
kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkanlah (jangan meniru) ahli Kitab.” HR Ahmad dan At-Tabarani.
Begitu juga kaum perempuan yang diwajibkan memakai
jilbab sangat ketara perbedaan antara muslimah dengan perempuan penganut agama
lain. Sekalipun ada golongan perempuan
di biara berpakian hitam dan berjilbab, ulama Islam sudah sepakat fesyen mereka
yang di biara tidak bisa ditiru sama sekali.
Jelasnya, apabila Rasulullah memerintahkan ‘jangan meniru penganut agama
lain’ para ulama Islam pantas memberikan nasihat kepada umat berkaitan pakaian
khas bukan Islam yang tidak boleh disamai atau ditiru.
Itulah identiti muslim di mana-mana pun. Akhirnya wajah muslim dapat dikenal dan
diberi ucap salam oleh saudara muslimnya yang lain.