Halaman

Selasa, Februari 16, 2016

KEMBARA Astora Jabat di Sabak Bernam

Pertama kali berbicara dengan Astora Jabat

SIAPA tidak kenal Astora Jabat, terutama kalangan politik Melayu Umno dan Pas. Beliau pernah menjadi pengarang di Mingguan Malaysia pada ketika politik Malaysia dalam dilema akibat pemecatan Anwar Ibrahim daripada Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno tahun 1989.  Astora menjadi benteng tindakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, sedangkan orang Melayu banyak memihak kepada Anwar Ibrahim.

Tulisan-tulisan Astora Jabat dalam Mingguan Malaysia bersifat politik mempertahankan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dr Mahathir dan menyerang Pas dan golongan Reformasi.  Dalam pertemuan saya dengan beliau baru-baru ini, Astora mengakui menempuh jaman sukar waktu krisis politik itu. Keselamatannya agak terancam dan terpaksa diiringi anggota polis untuk urusan-urusan kehidupan.

Tanggal 15 Februari 2016 jam 4.30 sore Astora tiba di Sabak Bernam setelah lebh 20 hari menunggang basikal dari kampung halamannya di Pattani, Thailand.  Saya menemui beliau selepas shalat Isyak.  Tidak kekok dengan beliau kerna sebelum ini sudah berbalas tulisan melalui Facebook.  Kami lancar berbicara soal politik dan sejarah bangsa, serta masa depan Pattani.

Astora dalam rangka bertualangan ke 10 negara Asean.  Mulai memasuki Kedah pada awal Februari, beliau mengayuh basikalnya menelusuri desa-desa, daerah bersejarah untuk memadankan fakta sejarah bangsa Melayu Pattani dengan puing-puin sejarahnya.

Setakat ini beliau merasa aneh dengan budaya Melayu Kedah yang banyak dipengaruhi budaya Melayu Siam Buddha ketimbang ketulenan Melayu Pattani.  Secara berseloroh beliau berkata, “patut Kedah diperintah Thailand dan Pattani berada dalam Malaysia.”

Program beliau dari Sabak Bernam akan ke Kuala Lumpur atau Putrajaya. Di sana sahabat-sahabat wartawan akan meraikannya, termasuk Tan Sri Zainudin Maidin.  Kemudian beliau akan turun ke Johor dan pulang melalui pantai timur balik ke Pattani.  Seterusnya kembara berbasikalnya akan ke Kemboja, Vietnam, Laos dan Myammar.  Setelah tamat kembara bahagian tanah besar, barulah akan mengharungi negara kepulauan seperti Indonesia dan Filipina.

Itu cita-citanya. Astora mengakui sebelum bertualanga seperti ini, dia bukanlah seorang pelumba basikal atau pernah mengharungi siri kembara basikal untuk 200 km atau 400 km.  Hanya berbekal semangat dan kudrat tanaga usia lebih setengah abad, beliau akan terus bertualangan.

Bagi sesetengah orang, itu kerja gila. Bagi yang berjiwa kembara dan kewartawanan, berbasikal ke lorong-lorong adalah sebagian kerjaya sampai hujung usia.


Semoga suksen dan tercapai misi. BRAVO ASTORA JABAT.


2 ulasan: