Halaman

Selasa, Jun 24, 2014

PUASA bukan adat resam Melayu

BERSYKURLAH kerana hampir semua ustaz yang berceramah mengenai  puasa pada bulan Ramadan pasti berdalilkan ayat al-Quran.

Dalil puasa satu ibadah kepada Allah. Ayat 183 al-Baqarah: “Wahai orang-orang beriman, diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum  kamu agar kamu bertaqwa.”

Dalil pelaksanaan dan kekecualiannya. Ayat 184 al-Baqarah: (Iaitu) beberapa hari tertentu.  Maka sesiapa antara kamu sakit atau dalam pengembaraan (lalu tidak berpuasa), kawa (wajib mengganti) sebanyak hari (yang dia tidak berpuasa itu) pada hari-hari lain. Dan bagi orang yang berat melaksanakannya wajib membayar fidyah iaitu memberi makan seorang miskin.  Namun sesiapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan maka itu lebih baik baginya, dan puasamu itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

Bukan sahaja diterangkan maksud dalil-dalil berkenaan, malah dalam solat juga dibacakan ayat-ayat berkenaan.  Sungguh inilah cara pengajaran yang baik, iaitu memberikan dalil daripada sumber yang tulen iaitu al-Quran perihal puasa.  Sebenarnya berpuasa dalam kalangan orang Melayu mungkin saja sebagiannya memahami dan mengamalkannya sebagai tradisi atau adat resam.  Namun dengan kaedah para ulama dan ustaz yang tetap memberikan dalil al-Quran, maka kefahaman bahawa puasa sebagai adat resam Melayu sangatlah kecil bilangannya.

Pencaramah juga pasti akan memberikan dalil hadis nabi s.a.w. apabila meminta orang yang akan berpuasa pada siang hari, bersahur dahulu sebelum masuknya waktu Subuh.  Walaupun secara logik akal, boleh saja dihujah bahawa sahur sangat perlu kerana selepas Subuh orang akan berlapar selama 12 jam.  Antara dalil hadis nabi s.a.w. ialah hadis ini: (maksud sabda Rasulullah s.a.w. “Perbedaan antara puasa kita dan puasa ahlul kitab adalah makan sahur.” (riwayat Muslim)

Dengan dalil-dalil ini tidak syak lagi bahawa bersahur dan berpuasa adalah sunah nabi dalam beribadah, bukan tradisi Melayu sejak zaman silam.

Tiada ulasan: