Halaman

Ahad, Jun 22, 2014

TAHLIL arwah: Ikut Perlis atau Pulau Pinang?

JANGANKAN dua orang atau dua kumpulan berselisih faham mengenai amalan sesuatu agama, malah dua negeri pun berbeda pendapat besar.  Perbedaan pendapat ini bukanlah berkaitan hukum makruh iaitu antara perkara yang bagus ditinggalkan atau tidak bagus dilakukan. Perbedaan hukum ini antara sunah yang wajib ditegakkan dan haram dilakukan berkaitan satu perkara!

Jabatan Agama Islam Perlis mengambil keputusan bahawa amalan nenek-moyang bertahlil arwah itu sebagai perbuatan bid'ah iaitu tercela dalam agama. Mudahnya perbuatan itu sekalipun berbau ibadah kepada Allah adalah haram.  Jabatan Agama Islam Pulau Pinang pula mengambil keputusan tahlil arwah itu bukan bid'ah, bukan haram atau bukan berdosa. 

Dalam satu ceramah sebelum Khutbah Jumaat di desa saya, ustaz berhujah bahawa menghadiri kenduri arwah dapat pahala sekalipun dia mengakui ada orang tidak mahu melakukannya.

Ya ulama, habib, ustaz dan budak-budak yang belajar agama, ajarlah agama kepada masyarakat dengan bersumberkan  dalil al-Quran dan Hadis sahih. Tuan-tuan belajar agama untuk dapatkan ijazah sampai empat tahun. Yang belajar di sekolah pondok atau pesantren pun ada yang empat hingga enam tahun. Kemudian tuan-tuan mengumpul kitab agama berjilid-jilid di rumah sebagai rujukan....maka tidak cukupkah lagi untuk menyampaikan ilmu agama yang jelas sumber hukumnya.  Apakah tidak malu kepada anak-anak muda dengan jawaban begini: "Ini amalan turun-temurun nenek moyang yang disusun oleh ulama-ulama zaman silam. Maka janganlah dipertikaikan lagi."  Maaf ya tuan-tuan alim, jika itu jawabannya, itu adalah jawaban orang yang tidak ada sijil, diploma atau ijazah dalam agama. Mudahnya itu mungkin jawaban petani-petani di kedai kopi dalam bab agama! 

Jika tuan-tuan mahu memilih jawaban seperti orang di kedai kopi, janganlah tuan-tuan memfatwa haram dan dosa kepada wanita muslim yang memakai baju sendat, tidak berjubah labuh dan memakai tudung kepada kecil.  Sesungguhnya pakaian wanita melayu kita secara turun-temurun dan warisan nenek moyang ialah kebaya, kain batik, berselendang di bahu atau meletakan saja segumpal kain di kepala.  Tidakkan pakaian mereka sebagai perselisihan pendapat di sisi para ulama dan fuqaha?

dari Perlis
dari Pulau Pinang

1 ulasan:

  1. Majlis Agama Perlis atau Pejabat Mufti Perlis yg keluarkan Fatwa kata Majlis Tahli tu Haram ? mohon pencerahan :) Terima kasih

    BalasPadam