Halaman

Sabtu, Februari 01, 2014

YB Exco Pembangunan Desa Selangor, tolong Bagan Terap kita

DARIPADA  11 daerah di Selangor, hanya Sabak Bernam yang masih dikira kawasan pertanian dan desa. Walaupun daerah ini kawasan pertanian utama di Selangor, namun dikategori kawasan bandar sebab seluruh Selangor disifatkan kawasan Bandar!  Cukai pintu sebuah rumah empat bilik Semi-D di Permatang Badak Baru bandar Kuantan masih lebih rendah berbanding cukai pintu  rumah teres empat bilik di pekan Sabak. Harga seekar tanah (Tanah Simpanan Melayu) di Sabak Bernam sudah mencecah  RM100 ribu sedangkan di Bagan Datuh, Perak tidak sampai pun RM50 ribu.  Jika ke Perak, kita masih menemui pekan lama dan usang seperti Tanjung Belanja dan Trong, namun kita masih menemui pekan yang serupa di daerah Sabak Bernam.

YB Ustaz Salehen Muhyi

Sebagian deretan kedai kayu pekan Bagan Terap

Pekan Bagan Terap yang terletak di Sabak Bernam masih usang. Dua deret kedai kayu sangat berhampiran jalan di simpang tiga di jalan Parit 13 dan ke kampung Lubuk Pusing sudah uzur, dan perlukan pelan pembangunan yang baru.

Bagan Terap dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak yang wakilnya ialah Exco Kerajaan Selangor bahagian Pembangunan Desa, YB Ustaz Salehen Muhyi.  Di sebelah pekan usang Bagan Terap itu terdapat dataran untuk pekan sari hari Ahad, di situ juga kerap dijadikan ceramah politik Pakatan Rakyat.  Jadi, sebenarnya pekan Bagan Terap memang dalam pengetahuan para pemimpin tempatan dan negeri Selangor.

Pekan ini mesti dimodenkan secepat mungkin. Inilah masanya, pada waktu Adun Sabak memegang jawatan hal pembangunan desa dan pertanian.  Ini kawasannya!

Kawasan Bagan Terap ini punya masa depan yang cerah, apabila jajaran lebuh raya ‘Latar’ yang ketika ini berhenti di Ijok disambung kelak.  Lebuh raya itu mesti melalui kawasan Sungai Panjang/Bagan Terap untuk sampai ke Perak.


Harap mendapat perhatian segera Exco Selangor YB Ustaz Salehen Muhyi.

1 ulasan:

  1. As nice blog,but you could have made this blog more cool if you could configure the language changer pluigin but all the same you have done a good job:-X

    BalasPadam