Halaman

Ahad, Februari 09, 2014

APA dalil agama menurunkan Khalid daripada kerusi MB Selangor?

Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor
DALAM sistem demokrasi, parti-parti yang tidak bersama parti pemerintah sangat berharap dapat memecat pemimpin atau parti yang memerintah. Perlu diingat bahawa demokrasi tidak mengutamakan dalil agama, maka sebenarnya yang beriman sepenuhnya dengan demokrasi telah meminggirkan aturan agama, khasnya Islam.

Bolehkah seorang pemimpin dipecat dengan apa cara juga sebagaimana yang ditunjukkan dalam amalan demokrasi luar negara dan yang sedang berkembang dalam negara kita Malaysia?  Saya paparkan daripada Tafsir Ibnu Katsir tentang masalah ini. Ketika mentafsir ayat 30 surah al-baqarah mengenai kehendak Allah swt mencipta manusia sebagai khalifah di bumi, penulis terus membicarakan hal kekhalifhan umah.

Penulis mengatakan bahawa seorang pemimpin muslim tidak boleh dipecat brdasarkan satu hadis Nabi s.a.w. bermaksud, “…kecuali jika kalian telah melihat kekufuran jelas, sedangkan kalian memiliki dalil yang daripada Allah mengenai kekufuran itu.” (Riwayat Imam al-Bukhari).

Jelasnya, jika pemimpin itu masih seorang muslim (bukan kufur) maka dilarang muslim lain memecatnya.  Malah baginda Nabi s.a.w. jelas melarang adanya orang yang menganggu kedudukan seorang pemimpin muslim dalam hadis baginda. Maksudnya, “Sesiapa saja yang mendatangi kalian ketika semua urusan sudah menyatu (di bawah seorang pemimpin) dengan maksud ingin memecah-belah di antara kalian, maka bunuhlah dia, bagaimanapun keadaan orang tersebut.” (Riwayat Imam Muslim)

Semua ini dalam dalam Tafsir Ibn Katsir jilid 1.

Tan Sri Khalid Ibrahim seorang muslim, dan dia pula masih mahu bertugas sebagai Menteri Besar Selangor, maka tidak ada dalil agama yang membolehkan beliau ditekan-tekan supaya meletak jawatan.  Pihak-pihak yang menganggu kedudukan beliau sebagai pemimpin di Selangor berada dalam posisi yang salah berdasarkan hadis nabi di atas.


Dengan mengamalkan siasah cara Islam, masyarakat aman damai dan tidak berpolemik atau bertelingkah berkenaan kepemimpinan.  Sebaliknya, dengan mengamalkan demokrasi Barat sepenuhnya, maka masyarakat sentiasa dihasut untuk membenci seseorang yang dimuliakan Allah sebagai pemimpin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan