Rencana Mingguan Tanahair 1987 |
AGAK membakar juga Pas dikaitkan dengan Syiah.
Syiah dan Pas bukan cerita baru, malah sudah ada ceritanya selepas tahun 1979
selepas Revolusi Iran yang dipimpin oleh Khomeini. Pengaruh Revolusi Iran nampaknya begitu
besar. Tahun 1981 semasa saya di
Tingkatan Empat, Ustaz yang mengajarkan Pengetahuan Agama Islam pun menyebut
kehebatan Khomeini memimpin revolusi di Iran. Tahun lepas saya tersua kembali ustaz
berkenaan dan meminta saya mengundi PR!
Saya paparkan rencana dalam akhbar Mingguan
Tanahair (akhbar politik bebas) berkenaan Pas dan Syiah yang terbit tahun 1987,
zaman Ustaz Nakhaie masih dalam saf kepemimpinan Pas. Dalam rencana itu penulis menyatakan hampir
semua pemimpin Pas waktu itu sudah membuat lawatan ke Iran, dan dalam Pas sudah
wujud fahaman Syiah yang mengeji para Sahabat utama Nabi s.a.w.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan