PILIHAN RAYA KE-13 akan dilaksanakan. Inilah janji
demokrasi di Malaysia, satu bentuk pemilihan pemerintah atau sistem
politik. Demokrasi dan pilihan raya
bukan berasal daripada Tamadun Melayu atau Islam. Secara jelas penjajah British
yang memperkanalkan sistem pilihan raya seperti yang dilakukan di British. Adakah British jujur terhadap negara kita
apabila hendak memberi kemerdekaan dengan mengajar rakyat bahawa sistem
demokrasi dengan pilihan raya?
Pilihan raya sudah dilaksanakan di Britain sejak
kurun ke-16! Britain, seperti negara Barat yang lain mendakwa penjajahan bukan
untuk mencarikekayaan, tetapi untuk menyebarkan tamadun. Lebih dari itu ada yang mendakwa menjadi
beban orang kulit putih untuk mengajar bangsa Asia mengenai peradaban atau
tamadun!
Wilayah pertama diduduki British di Malaysia ialah
Pulau Pinang, tahun 1786. Berdasarkan
catatan sejarah, tujuan Francis Light menguasai Pulau Pinang bukan untuk
mengajar peradaban kepada rakyat Pulau Pinang atau Kedah. Yang mereka mahu ialah sebuah pulau untuk
dijadikan pelabuhan dan pangkalan tentera.
Selepas itu satu persatu wilayah Melayu dikuasai British, namun sehingga
tahun 1942 (sebelum serangan Jepun di Malaya), tidak ada rekod apa-apa British
mengajar rakyat berpolitik secara demokrasi seperti yang diamalkan di British
sejak kurun ke-16. Itu menjelaskan British
memang tidak berniat langsung menjajah wilayah Melayu untuk mengajar tamadun
demokrasi.
Hanya pada tahun 1949, apabila semakin banyak
wilayah jajahan Barat di Asia mencapai kemerdekaan, dan mengetahui suara
penduduk Melayu yang mahu merdeka, barulah idea mengajar erti demokrasi dan
pilihan raya timbul. Sebelumnya pun sudah ada parti politik. Parti politik yang
awal misalnya Parti Komunis Malaya (1931) dan Kesatuan Melayu Muda (1937). Ada beberapa parti lain seperti Awas, Pemuda
Insaf dan Hizbul Muslimin, tetapi British tidak pula mengajak diadakan pilihan
raya sebelum Jepun datang.
Jadi mengapa mula tahun 1949 baru British berfikir
hendak mengajar rakyat berpolitik dan pilihan raya? Ini ada kaitan dengan
tujuan penjajahan dan terpaksa memberi kemerdekaan. Tujuan penjajahan ialah mengaut kekayaan di
wilayah Melayu, maka British membuat apa saja termasuk mengusung buruh dari
India dan China. Jika wilayah Melayu merdeka tanpa orang Cina dan India, jelas
kemerdekaan ini merugikan British sebab selama masa penjajahan, orang
India dan Cina yang membantu British mengaut kekayaan Tanah Melayu. Maka British memaksa semua pemimpin Melayu
seperti Dato Onn Jaafar supaya menerima orang Cina dan Melayu sebagai rakyat. Itulah syarat utama kemerdekaan, penerimaan
Cina dan India sebagai rakyat. Maka
British membenarkan penubuhan parti politik kaum-kaum berkenaan. Dari situlah, British mengajar bagaimana
hendak membuat pilihan raya, dengan pilihan raya bandar Kuala Lumpur tahun
1952.
Apabila pilihan raya sudah menjadi sistem dan
diterima, maka nyata niat British sudah tercapai. Pertama, beban mereka membawa
semua buruh Cina dan India sudah dipindahkan kepada orang Melayu. Tanah Melayu
yang asalnya 100 peratus hak orang Melayu, terpaksa dikongsi dengan 35 peratus
bukan Melayu. Kedua, British tahu orang
Melayu ada tamadun dan budaya sendiri yang sangat berbeda dengan budaya
British. Dan British tahu kaum Cina dan
India lebih mudah menerima peradaban atau tamadun Barat, berbanding orang
Melayu. Oleh itu, British memberi jalan
kepada keturunan buruh Cina dan India untuk mengurangkan apa juga kehendak
penduduk asal, iaitu Melayu. Jalannnya
ialah demokrasi dan pilihan raya.
Melalui pilihan raya banyak penjajahan British
terus berlangsung walaupun Tanah Melayu mendapat kemerdekaan.
Pertama, inilah caranya memecahkan penguasaan orang
Melayu dalam politik di Tanah Melayu.
Dengan pilihan raya, orang Melayu tidak akan sepenuhnya berkuasa, mereka
mesti berkongsi kuasa. Dengan cara ini
orang bukan Melayu menjadi pengawas atau
pendesak utama jika ada usaha menjadikan Tanah Melayu sebagai negara tulen
tamadun Melayu atau Islam. Alasannya,
suara bukan Melayu dalam demokrasi mesti didengar.
Kedua,
inilah caranya melemahkan kuasa yang ada (65 peratus bangsa Melayu) di
Malaysia (dulu Tanah Melayu). Dengan membenarkan penubuhan beberapa parti
Melayu, maka 65 peratus bangsa Melayu berpecah-pecah sehingga tiada lagi kuasa
politik 65 peratus. Oleh itu pilihan
raya yang diajarkan British pasti memberi keuntungan kepada sekutunya di negara
ini iaitu kaum bukan Melayu. Lihatlah
saja hari ini, semua usaha parti politik Islam/Melayu hendak menguatkuasakan
nilai-nilai dan budaya Islam mesti ditentang oleh kaum bukan Melayu. Mana-mana parti Melayu/Islam mesti menagih
pertolongan parti-parti bukan Islam/Melayu untuk berkuasa. Apa lagi kuasa yang ada? Inilah yang British mahu dahulu.
Walaupun al-Quran mengajar orang Islam/Melayu
supaya bersatu dan mengharamkan perpecahan, namun semua tidak
menghiraukannya. Demokrasi dan pilihan
raya adalah segala-galanya dan kepuasan hakiki.
Jika orang Islam/Melayu berpegang kuat kepada
ajaran al-Quran, mereka pasti bersatu dalam satu parti. Oleh itu mereka masih
mempunyai kuasa yang besar (65 peratus) walaupun tidak semua 100 peratus. Orang bukan Islam pun sentiasa sedar keadaan
ini, sebab itulah mereka akan mengikat mana-mana parti Islam/Melayu agar tidak
membuat apa-apa persetujuan antara satu sama lain.
Itulah
sebabnya pertelingkahan orang Melayu dalam politik sentiasa hangat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan