Halaman

Sabtu, Januari 23, 2010

BERKABUNG? Inalillah..

Dari www.al-ahkam.net

1. Apakah hukum menetapkan pakaian tertetntu seperti baju hitam/songkok berlilit dll sbg tanda berkabung atas kematian seseorang?

2. Apakah tindakan yang munasabah bagi saya penjawat awam yang diwajibkan memakai pakaian sedemikian atas kematian pembesar negeri saya?

jawapan:
Amalan perkabungan hanya khas bagi wanita sahaja, sebagaimana difahami dalam hadis ini.
Maksudnya: Tidak halal bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkabung atas kematian seseorang, kecuali ke atas suami selama empat bulan sepuluh malam.  Direkod oleh Bukhari (no: 5334), dan Muslim (no: 1487).

Manakala kaum lelaki, tidak disyariatkan berkabung atas kematian. Perkara ini disepakati oleh ulama. Kita boleh lihat dalam kitab-kitab feqah klasik dan moden yang membahaskan hukum berkabung, ulama hanya membahaskan tentang perkabungan wanita.

Cuma, ada segelintir ulama yang mengisyaratkan kepada keharusan berkabung bagi lelaki, dalam tempoh tiga hari sahaja. Contohnya dalam kitab al-Inshaf 6/279 dan Matolib Uli al-Nuha 1/924.  Itupun, hanya bagi individu yang ditimpa musibah kematian dari kalangan saudara maranya sahaja.

Manakala, adat berkabung atas kematian pemimpin, dengan cara seperti merendahkan bendera, memakai pakaian serba hitam, songkok berlilit dan seumpamanya, ia satu perkara yang tidak ada asas dalam syarak dan tidak didapati sumbernya dalam agama, dan perbuatan salaf. Malahan, ketika wafat pemimpin paling agung, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sahabat tidak melakukan perkabungan seumpama ini.

Ini menunjukkan ia tidak syar'ie. Dan lebih dibimbangi amalan umpama ini diceduk daripada adat masyarakat bukan Islam. Sedangkan kita dilarang meniru adat mereka.


Fatwa Shaikh Muhammad Bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah:
Soalan :  Apakah boleh memakai pakaian hitam untuk berkabung di atas kematian seseorang khususnya apabila orang tersebut suami ?
Jawapan:
Memakai pakaian hitam ketika terjadi musibah merupakan syi’ar yang bathil yang tidak ada asalnya dalam Islam. Seseorang ketika terjadi musibah hendaklah melakukan apa yang disyariatkan. Dia boleh mengucapkan :
Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun. Allahuma jurnii fii musiibatii wakhluflii khairan minha..

Ertinya : “Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan benar-benar kepada-Nya kami akan kembali. Ya, ALLAH berilah aku balasan (pahala) di dalam musibahku dan berilah aku ganti yang lebih baik dari musibah tersebut. ”
Bila dia mengucapkan kalimat itu dengan rasa iman dan mengharapkan pahala maka ALLAH Ta’ala akan memberinya balasan atas musibah yang menimpa dan akan mengganti musibah tersebut dengan hal yang lebih baik darinya.

Sungguh pernah terjadi pada Ummu Salamah Radhiallahu Ta’ala ‘anha ketika beliau mendapatkan kematian Abu Salamah Radhiallahu Ta’ala ‘anhu yang merupakan suaminya sendiri yang juga merupakan anak pakciknya dan orang yang dicintainya. Lalu Ummu Salamah mengucapkan doa tersebut, beliau mengatakan : “Saya berkata dalam hati, apa ada orang yang lebih baik dari Abu Salamah.”

Setelah selesai masa iddahnya, beliau dipinang oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang lebih baik baginya daripada Abu Salamah Radhiallahu Ta’ala ‘anhu. Demikianlah, setiap orang yang mengucapkan kalimat tersebut dengan iman dan mengharapkan pahala, maka ALLAH Ta’ala akan memberi pahala atas musibahnya dan menggantinya dengan hal yang lebih baik darinya.

Adapun memakai pakaian tertentu seperti pakaian hitam dan sejenisnya, maka ini tidak ada asalnya dan merupakan perkara yang bathil dan tercela. ( Fatawa Nur’alad Darb Karya Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin hal. 76).

2 ulasan:

  1. aslkm,nice blogg..

    -http://ohmisteri.blogspot.com-

    BalasPadam
  2. Aslmkum.. Mungkin pakaian hitam sebagai tanda berkabung di cedok dari fahaman syiah yang memakai pakaian hitam semasa perayaan 10 muharram sebagai tanda berkabung terhadap kematian Husain r.a.

    Tentang memakai lilitan hitam saya hanya jumpa dalam kitab kisah syeikh Nasiruddin yg pada suatu hari melihat seorang lelaki memakai lilitan hitam dikepala lalu syeikh Nasiruddin bertanya mengapa beliau memakai demikian? kata lelaki itu dia memakai lilitan hitam krn ibunya meninggal.

    Tidak lama selepas itu lelaki tersebut lalu didepan rumah syeikh Nasiruddin dan melihat anak ayam syeikh Nasiruddin diikat dgn kain hitam dikepala, lelaki itu bertanya syeikh Nasiruddin mengapa anak ayamnya dipakai demikian? Kata syeikh Nasiruddin 'semalam induknya telah mati'...

    BalasPadam