Sebagian kita bersungguh-sungguh ke masjid untuk bertaraweh, tetapi tidak shalat seperti taraweh setelah tamat Ramadan. Ada yang mengatakan tidak mampu shalat sendiri 23 rakaat dan sebagian berkata, 'kami hanya layak jadi makmum, takut shalat malam sendiri, bimbang tak diterima'. Begitulah tinggi tanggapan shalat taraweh ini. Sebenarnya shalat taraweh ini ialah shalat sunat malam. Shalat sunat seperti shalat sunat sebelum atau selepas shalat fardu.
Jika faham begitu, tidaklah begitu sukar untuk shalat malam setelah tamat Ramadan. Cuma yang afdal, shalat malam ini dibuat setelah kita tidur, atau saat bangun awal sebelum masuk waktu Subuh. Jika pada Ramadan, kita bangun satu jam sebelum Subuh untuk urusan sahur, setelah Ramadan kita bangun waktu yang sama untuk shalat malam.
Mahu baca surah apa? Tidak surah khas dibaca setiap berdiri rakaat. Yang mampu baca surah panjang silakan, yang mampu hanya surah lazim yang pendek, silakan.
Teliti satu hadis daripada riwayat Ibn Umar Radhiallahu anhu,
عَنْ ابْنِ عُمَرَ : " أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَلَاةِ اللَّيْلِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( صَلَاةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى ، فَإِذَا خَشِيَ أَحَدُكُمْ الصُّبْحَ صَلَّى رَكْعَةً وَاحِدَةً تُوتِرُ لَهُ مَا قَدْ صَلَّى ) " . رواه البخاري(946) ، ومسلم (749)
Maksudnya: Daripada Ibnu Umar, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam tentang solat malam. Maka Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Shalat malam itu dua rakaat dua rakaat, maka apabila kamu berasa bimbang masuknya waktu Subuh bershalatlah satu rakaat sebagai witir daripada shalat yang telah dilakukan tadi."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada hadis itu, shalat malam itu dibuat pada sebelum waktu Subuh. Jumlahnya satu kali shalat hanya dua rakaat, dan salam. Jika mahu buat lagi, berdirilah dua rakaat lagi. Malah, jika kesuntukan waktu, sempatnya hanya buat shalat satu rakaat witir, maka rebutlah.
Wallahu aklam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan