Halaman

Ahad, Januari 07, 2018

TAAT dan membela pemerintah

ADA kumpulan yang mendakwa berpegang kepada alquran dan sunnah, membawakan hadis-hadis antibid'ah, menolak amalan yasinan dan tahlilan serta menolak akidah asya'irah tetapi melupakan nas mentaati dan membela pemerintah.

Foto untuk hiasan

Ada yang telah tertipu sejak awal, menubuh parti politik yang dikatakan berpaksi alquran dan alhadis, namun menjadi pengkritik dan melawan pemerintah Islam.

Di bawah ini wacana seorang ustaz pengamal sunnah Nabi Shallallahu alaihi wasallam.

Sanggahan Terhadap Syubhat:
"TAAT PEMERINTAH TAK PERLU SAMPAI MENYOKONG DAN MEMPERTAHANKAN MEREKA."

Oleh: Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman

Demikianlah syubhat sebahagian kelompok yang JAHIL akan MANHAJ SALAF.

Kenyataan ini salah dan keliru.

Para ulama menegaskan, ketaatan kepada pemerintah menuntut supaya umat Islam menyokong pemerintah Islam dalam hal makruf dan mempertahankan mereka daripada segala anasir pembangkang dan pemberontak yang mahu mengganggu-gugat dan menjatuhkan mereka.

Lihat kitab: Hubungan Rakyat dengan Pemerintah menurut Al-Quran dan Sunnah oleh Dr Abdul Salam Birjis. Beliau menukilkan 10 kewajiban rakyat terhadap pemerintah dan sepuluh kewajipan pemerintah terhadap rakyat.

Sebagaimana sabda Nabi:

اذا بويع لخليفتين فاقتلوا الآخر منهما

"Jika dua khalifah dilantik maka bunuhlah yang kedua." [Riwayat Muslim]

Sabdanya lagi:

إنه سيكون هنات وهنات فمن أراد ان يفرق أمر هذه الأمة وهي جميع فاضربوه بالسيف كائنا من كان

"Akan timbul kerosakan dan kejahatan, barangsiapa ingin memecah belahkan perpaduan umat ini, hendaklah kamu memenggalnya dengan pedang walau sesiapa pun dia." [Riwayat Muslim]

Kedua-dua hadis di atas menegaskan tuntutan mempertahankan pemerintah ke tahap yang paling tinggi.

Baginda memerintahkan supaya segala anasir yang mahu memecah belahkan masyarakat dan menimbulkan perbalahan dan kekacauan dihapuskan sama sekali. Demi menjaga perpaduan dan kekuatan umat ini.

Di samping itu, dakwaan "taat pemerintah tanpa mempertahankan mereka daripada ancaman pembangkang dan pemberontak" adalah ibarat "SYAITAN BISU" yang menyaksikan kemungkaran tetapi tidak berbuat apa-apa.

Bukankah perbuatan tersebut seolah-olah merestui apa yang dilakukan oleh pihak pembangkang dan pemberontak?

Hal ini bercanggah dengan sabda Nabi:

"Barangsiapa melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya." [Riwayat Muslim]

Umat Islam juga diperintahkan supaya menolong pemerintah dalam hal-hal yang makruf.

Sejajar dengan keumuman firman ALLAH:

وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الاثم والعدوان

"Dan tolong-menolonglah dalam hal kebaikan dan ketakwaan, dan jangan pula bantu-membantu dalam hal dosa dan permusuhan." [Surah Al-Maa'idah, 2]

Bahkan menolong pemerintah dalam hal kebaikan termasuk dalam kebaikan yang paling utama kerana maslahatnya besar dan akan dirasai oleh seluruh masyarakat negeri.

Apa yang benar tetap benar.

Saranan ini tiada kaitan dengan kebatilan demokrasi dan kepartian hizbi.

Wallahul muwaffaq.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan