Halaman

Jumaat, Februari 10, 2017

PAHALA sebesar Uhud pun bisa hilang!

PAHALA merupakan hadiah atau ganjaran kerna melakukan amal ibadah kepada Allah.  Pahala, sama seperti dosa (hukuman) di sisi Allah merupakan perkara ghaib, yang manusia tidak tahu apa-apa kecuali dikhabarkan oleh Allah atau melalui lisan rasul-Nya. Umumnya Allah memberikan pahala sebagai hadiah.  Allah dan rasulnya memberi gambaran sebanyak mana pahala itu dan bagaimana pahala itu juga bisa hilang setelah awalnya dihadiahkan oleh Allah.

Bukit Uhud di Madinah

Oleh kerna manusia menetap di muka bumi maka gambaran banyak atau sedikit atau hilangnya juga dicontohkan melalui apa yang ada di bumi.  Oleh itu mudahlah manusia memahami kuantiti pahala yang disandarkan dengan keperluan manusia.  Mislanya pahala menziarahi jenazah atau mensolati hingga selesai penguburannya.

Daripada  Abu Hurairah r.a.  katanya: "Rasulullah SAW  bersabda (maksudnya): ‘Barangsiapa menziarah jenazah orang Muslim kerana iman dan ikhlas serta turut solat jenazah bersama-sama dan menguruskan pengkebumiannya sampai selesai,  maka orang itu pulang membawa pahala dua qirat (satu qirat kira-kira sebesar Bukit Uhud). Dan siapa yang hanya mengikuti solat jenazah sahaja kemudian dia pulang sebelum pengkebumian maka orang itu pulang membawa pahala satu qirat."
(Hadis Riwayat Imam al-Bukhari)

Diriwayatkan hadis daripada Qatadah,  daripada Zurarah b Aufa , hadith daripada  Said b Hisyam, hadith daripada  A’isyah hadith daripada  Nabi s.a.w  yang bersabda: “Rak’atal fajri khairun minad-dunya wa-ma fiha.’ (bermaksud): Dua rakaat solat  (sunat) sebelum Solat Fajr (Subuh) itu lebih baik daripada dunia  dan seisinya.”  
(Hadis riwayat Imam  Muslim)

Orang menyebut gunung atau bukit Uhud, suatu yang besar. Tentu manusia sangat mahu memiliki barang berharga sebesar gunung.  Begitu juga motivasi kepada orang yang shaat dua rakaat (sunat) sebelum shalat fardu Subuh.  Ganjarannya melebihi satu planet bumi dan segala kekayaan yang ada pada bumi! Raja yang berkuasa dalam negeri dan punya hasil minyak pun sudah sangat mewah, inikan pula satu bumi dia miliki.  Itu di akhirat kelak dia mendapatnya. Jadi orang beriman berlumba-lumba meraih kekayaan di akhirat dengan shalat sunat itu.

Namun jangan dilupa Allah itu Maha  Adil. Jika kita melanggar syarat-syarat pemilikan hadiah itu, Allah akan mengambilnya semula.  Kosonglah kantong pahala yang selama ini tersimpan rapi.  Allah sahaja yang tahu kecuali kita hanya diberi gambaran pasal batu, debu dan air hujan.  Gambaran di sisi kehidupan yang mudah dipahami orang biasa.

Surah al-Baqarah ayat 264 (bermaksud), “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu merusak sedekahmu dengan menyebut dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang menginfakkan hartanya kerna riya’ (pamer) kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.  Perumpamaannya (orang itu) seperti batu yang licin yang di atasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi.  Mereka tidak memperoleh suatu apa pun daripada apa yang dikerjakan.  Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.”


Allahu ‘aklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan