Halaman

Isnin, Disember 12, 2016

DALIL Maulud Nabi itu mimpinya Ibnu Abbas r.a.

Maulud Nabi di Malaysia
BULAN ini banyak cerita Maulidur Rasul atau dahulu disebut Maulud Nabi.  Dahulu-dahulu tidak ada ayat yang kritikal terhadap majlis ini. Jaman sudah banyak orang pinter dan universiti, maka patutlah ilmu bercambah dan membiak dalam masyarakat.  Membahas Maulud Nabi itu sunah atau bid'ah itu normal dalam masyarakat yang berbilang ilmu dan pengalaman.  Jika tidak mahu mengharungi diskusi dan debat, janganlah hantar anak-anak ke sekolah tinggi.

Ini cerita yang saya kutip daripada pidato Maulud Nabi di masjid. Pemidato memberi dalil mimpi seorang Sahabat Nabi iaitu Ibnu Abbas r.a..  Katanya, Ibnu Abbas telah bermimpi ketemu penentang Nabi iaitu Abu Lahab!  Ibnu Abbas dikabarkan oleh Abu Lahab bahwa setiap hari Isnin, iaitu hari lahirnya Muhammad (Nabi s.a.w.), dia diringankan azabnya dalam neraka kerna dahulu pada saat mendengar kabar kelahiran Muhammad dia sangat suka dan kerna itu dia membebaskan seorang hamba atau budak yang dimilikinya.

Ulasan pemidato itu antar lain ialah: Jika orang yang paling kuat menantang Nabi s.a.w. mendapat syafaat kerna meraikan hari lahir Nabi, tentulah kita yang beriman kepada Nabi s.a.w. lebih berhak mendapat kebaikan apabila meraikan hari lahir Nabi iaitu Maulud Nabi.

Biarlah ilmuan membahas dalil sang pemidato.

Foto-foto yang saya sertakan di sini sudah buat hati rasa sebel.  Apakah ini caranya merayakan Maulud Nabi, jika pihak yang mahu mengekalkan perayaan itu melaksanakannya? Apakah di Malaysia akan menuruti caranya di Jogja?

Maulud Nabi di Jogjajakarta


Tiada ulasan:

Catat Ulasan