foto hiasan |
TIDAK ada hari yang terlepas daripada mencabar
keindahan hidup beragama. Orang berusaha menjaga iman agar bertaqwa, namum
setiap waktu ada sahaja cabaran besar yang menggoda jiwanya untuk terjun dalam
kancah keburukan atau terus memilih jalan taqwa.
Sifat-sifat negatif, yang buruk, berdosa dan jalan
hidup yang haram di sisi Allah terbentang luas.
Malah sebagaian orang sudah dan sedang menjayakan perkara-perkara buruk
itu sekalipun sebagai orang yang beragama. Apakah pilihan sebagai muslim yang mencari
jalan pulang terbaik di sisi Allah?
Maksud ayat 133-136 surah Ali ‘Imran, “Dan
bersegeralah kamu mencari keampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga
yang luasnya seluas antara langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang
yang bertaqwa. (iaitu) Orang yang
berinfak sama ada pada waktu lapang atau sempit, orang yang menahan
kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat
kebaikan.
“dan (juga) orang-orang yang apabila
mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingati
Allah, lalu memohon keampunan atas dosa-dosanya. Dan siapa lagi yang dapat mengampuni
dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak
meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka adalah ampunan dari Tuhan
mereka dan syurga-syurga yang ada sungai-sungai mengalir di bawahnya. Mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi
orang-orang yang beramal.”
Semoga kita tidak terpedaya dengan godaan duniawi
yang jelas berlawanan dengan kehendak-kehendak Allah dan rasul-Nya.
Maksud ayat 32 surah Al An’aam, “Dan
kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau, sedangkan negeri
akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?”
Wallahu ‘aklam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan