foto hanya hiasan |
RAMADAN dalam fasa akhir. 10 hari terakhir yang di
dalamnya terdapat satu malam yang ditunggu-tunggu untuk direbut tawaran
hebatnya. Sekalipun syaitan dikurung,
namun sikap sebagian antara orang yang berpuasa seperti di kelilingi syaitan
juga. Seperti dirancang, isu politik
dipanaskan untuk 10 hari terakhir Ramadan kali ini. Maka, akhbar cetak dan maya pun meletakkan
berita utamanya akisah politik negara.
Semua seperti tergoda membuka sekian banyak akhbar,
mencari sebanyak mungkin ulasan politik yang memihak pendiriannya. Jiwa tidak
pernah puas, maka berjumpa rakan dan saudara-mara pun ceritanya pasal politik
negara. Jika musim pilihan raya yang ada
kempen untuk mengundi calon atau parti mungkin munasabah, tetapi sembang
politik dalam 10 hari terakhir tahun 2015 ini tidak ada manfaat keagamaan. 10 hari terakhir adalah ruang dan peluang ‘sembang’
keagamaan untuk meraih ganjaran pahala besar di sisi Allah.
Tidak ada ada faedahnya orang desa atau yang tidak
ada kepentingan dan kedudukan politik bicarakan politik tertinggi di
Putrajaya. Tukarlah masa tadarus al
Quran selepas solat Tarawih dengan forum politik, itu tidak dapat mengubah atau
mengekalkan seseorang di kerusi Perdana Menteri. Apa yang orang dapat dengan sembang, forum
dan mendengar ceramah politik pada 10 hari akhir Ramadan? Tidak ada apa,
kecuali kepuasan nafsu. Nafsu yang cuba dipuaskan tetapi tidak pernah puas.
Eloklah balik ke jalan agama saat genting menunggu
Malam al Qadr. “Sesungguhna Kami telah menurunkannya (al Quran) pada malam Al Qadr.
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik
daripada 1000 bulan. Pada malam itu turun
malaikat dan ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua
urusan. Sejahtera (malam itu) sehingga
terbit fajar.” (Surah al-Qadr: 1-5)
Lebihkan masa membaca al Quran dan memanjangkan
berdiri solat malam atau tarawih kita. Kita menambah harapan dan doa
kepada-Nya. Moga-moga kita dalam
kebaikan iaitu diampuni semua dosa dan diredai oleh sebenar-benar Tuhan.
Wallahu ‘aklam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan