Halaman

Rabu, Mei 20, 2015

DEMOKRASI bejat namun dipuja

foto hanya hiasan

KITA hidup dalam kebejatan sistem demokrasi! 

Demokrasi berasal dari dunia Barat dan telah lama dipaksakan kepada semua manusia satu dunia.  Konon dengan kekalahan ideologi komunis, maka sebaik-baik ideologi negara dan masyarakat ialah demokrasi atau kebebasan rakyat!  Demokrasi hanya mengiktiraf keputusan majoriti. Tidak perduli yang majority itu yang terbaik atau terburuk! Sedangkan Al-Quran  menyatakan majoriti atau kebanyakan itu dalam kejahilan atau kesesatan. Lihat ayat 116 surah al-An’am (artinya), “Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.  Yang mereka ikuti hanyalah persangkaan belaka dan mereka hanya berbuat kedustaan.”

Kerna kita meladeni demokrasi secara total, maka ayat-ayat yang busuk sentiasa didengar telinga. Atas nama kebebasan bersuara sebagai asas demokrasi, ayat fitnah, sangka buruk dan umpat menjadi pilihan yang menyeronokkan masyarakat.  Majoritinya suka begitu, maka perlecehan begitu sudah diterima sebagai terma biasa masyarakat. Namun perbuatan buruk tetap buruk di sisi Allah.

Atas nama kekebasan dalam demokrasi maka rakyat diberi peluang menyatakan sikap dan fikiran masing-masing. Lihatlah betapa lelahnya pemerintah meladeni ayat perlecehan orang awam, sedangkan orang awam hanya melihat pemerintahan dari jauh dan sudutnya pun kecil amat. Namun orang awam yang berlakon pintar hanya tahu mendebat dan mengkritik sedalam-dalamnya. Pemerintah terbeban, lantas menggunakan masa yang lama untuk menjawab satu demi satu kritikan berkenaan. Akhirnya tidak ada apa yang istimewa hasil debat dan kritik itu. Habis masa dan modal hidup hanya berdebat atau soal jawab yang tidak bermanfaat.

Tidak ada manusia atau pemimpin yang bersih seperti para Nabi, lantaran itu Rasulullah menyuruh umat menutupi malu atau kelemahan seseorang.  Namun demokrasi memberi seluas-luas peluang orang mendedahkan kesalahan atau aib semata-mata adanya hak bersuara.  Dalam politik, kerja membongkar masalah peribadi orang adalah satu kerja wajib, tetapi agama sudah lama menahan kerja keji begini.  Oleh kerna jaman sekarang orang sedang memuja demokrasi, maka gesaan orang kembali kepada ketertiban beragama akhirnya dilihat seruan ke dunia kuno dan ketinggalan jaman.

Akhirnya apa? Kita sebagai golongan beragama dan majoriti dalam negara sedang berantakan dan bakal kehilangan kuasa pemerintahan.  Bukan sukar menebak, setiap saat umah berantakan, setiap waktu itulah ‘serigala’ sedang bersiap untuk menerkam.  Dan bukan sukar untuk menelah, setiap kita mengikat kesatuan, setiap itu juga ‘serigala’ menyusup dalam kesatuan agar umah berpecah dan terburai.  Walhal, di mana wilayah umat Islam tertindas dan menderita seperti di Myanmar, Pattani, Mindanao, Kashmir, Palestin dan lain-lain, kita di sini berhujah perlunya umat Islam mempunyai kuasa pemerintahan di sana. “Itulah akibat umah tidak ada kekuasaan”. Ironisnya dalam negara, kuasa orang Islam yang ada sedang dirong-rong dan sudah ada yang rela hati menyerahkan kuasa negeri dan negara kepada yang bukan Islam! Sadarkah?

Inilah kehebatan demokrasi dalam negara. Agama sedang dijual untuk mendapatkan kuasa yang secebis, bangsa sedang diperleceh oleh kerakusan segelintir pemimpin yang tidak pernah puas dengan sejarahnya pernah berkuasa.  Umah sedang dikelirukan dengan pelbagai hujah.

Inilah kehebatan penjajah Barat terhadap negara kita. British telah memberi kemerdekaan, tetapi British telah memasang api dalam sekam agar baranya terus menyala dan membakar masyarakat kita. Akhirnya, matlamat British ialah bangsa yang diberi kemerdekaan dahulu akan kembali menjadi lemah dan  diperbudakkan.  Kita satu umah dan bangsa yang merdeka akan diperbudakkan melalui sistem yang dipantau dari Barat.  Kita kelihatan besar, tetapi dikalahkan dalam banyak perkara.

Rupa-rupanya dalam demokrasi, puak minoriti bisa menjadi majoriti apabila lawannya yang majoriti tadi dilemahkan dan dipecah-pecahkan menjadi kumpulan-kumpulan minoriti yang saling berlawanan.  Kelihatannya itu akan berlaku di negara kita. Bersiap siaga menunggu saat itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan