Halaman

Rabu, Oktober 22, 2014

MELAYU bukan pendatang, Cina pendatang!

ORANG Melayu pendatang di Malaysia? Tidak. Seluruh kepulauan Nusantara adalah wilayah dan alam Melayu. Dahulu beberapa kerajaan Melayu besar seperti Sriwijaya, Majapahit, Pattani, Melaka, Acheh, Brunei dan Sulu mempunyai wilayah yang melangkaui sempadan negera-negara moden hari ini. Perubahan politik dunia yang menyebabkan wujudnya negara moden bersempadan dan berkastam. Apabila ada sempadan dan passport maka tiba-tiba keluarga-keluarga Melayu dipisahkan oleh sempadan antara negara  dan passport tadi. Adakah orang Melayu di Malaysia pendatang? Tidak.

Melaka abad ke-15

Sriwijaya sebelum zaman Melaka

Yang bercakap Melayu pendatang adalah orang yang jelas datang ke Nusantara atau alam Melayu. Bapanya (dan angkatannya) datang dari selatan negara China.  Nusantara bukan alam China, maka dia adalah pendatang.  Lagi pula tiada kerajaan zaman dulu berpusat di China yang mempunyai wilayah di Nusantara, yang menyebabkan orang-orang dari wilayah China berhijrah ke mana-mana wilayah di Nusantara yang dalam kekuasaan kerajaan berpusat di China. Tidak ada .

Majapahit kerajaan sebelum zaman Melaka

Ambil contoh kekuasaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera, yang wilayahnya juga meliputi sebagian Tanah Melayu. Malah kajian arkeologi menunjukkan ketamadunan di Lembah Bujang di Kedah adalah menunjukkan sebagian wilayah Sriwijaya. Maka tidak hairanlah ada penduduk dari  wilayah Sriwijaya di pulau Sumatera yang berhijrah ke Tanah Melayu, sebab pergerakan itu dalam satu kerajaan atau negara (negara konsep zaman moden). Contohnya, pergerakan dan penghijrahan penduduk Kelantan ke Pahang dan Selangor kerana masih dalam wilayah negara Malaysia. Adakah penduduk Kelantan di Selangor dan Pahang itu pendatang? Tidak. Namun orang Vietnam dan Nepal yang ada di Malaysia sekarang adalah pendatang. Orang Nepal dan Vietnam adalah pendatang di Malaysia sekarang (sampai bila-bila pun) sebab penghijrahan mereka tidak ada kaitan dengan politik kerajaan dan kesamaan budaya. Maka kena fahamlah penghijrahan orang-orang dari China dahulu sama seperti dilakukan oleh orang Nepal dan Vietnam. Mereka adalah pendatang.

Untuk rekod, kerajaan Majapahit (abad ke-14) yang berpusat di Jawa mempunyai wilayah yang luas sehingga ke Tanah Melayu. Tidak hairan pergerakan orang dari pulau Jawa hingga ke Tanah Melayu.  Kemudian setelah kejatuhan Majapahit diganti kerajaan Melaka (abad ke15). Wilayah kerajaan Melaka pula sehingga ke Pattani (selatan Thailand) dan sebagian besar wilayah timur Sumatera. Maka berlaku penghijrahan pula penduduk Melayu dalam semua wilayah itu.  Setelah Melaka muncul pula kerajaan Acheh (abad ke-17) berpusat di utara Sumatera. Wilayah Acheh pula meliputi sebagian besar Tanah Melayu. Maka zaman itu penduduk Melayu bebas pula bergerak dalam wilayah Acheh. Tak timbul ‘engkau Sumatera atau Tanah Melayu’.  Dalam masa yang sama kerajaan Johor pula meluaskan wilayah meliputi Pahang dan kepulauan Riau (Riau dalam Indonesia sekarang). Maka pergerakan orang Melayu dalam kerajaan Johor bebas antara Pahang sampai ke Riau dan Karimun. Adalah keturunan orang Pahang di Karimun dan Riau adalah pendatang di Indonesia?

Di pulau Borneo kerajaan Brunei asalnya kuat dan seluruh negeri Saawak sekarang dulunnya adalah wilayah Brunei. Separuh negeri Sabah pun di bawah kuasa Brunei. Adakah keturunan Brunei yang tinggal di Sabah dan Sarawak sekarang hendak dicop pendatang? Tidak sama sekali.

Kerana sejarah kerajaan di Nusantara begitu rupa selama beratus-ratus tahun, maka biasalah hari ini penduduk Melayu seluruh Nusantara berbudaya sama. Agama mereka Islam dan berbahasa Melayu. Yang lelakinya memakai sarung ketika solat, bersongkok hitam, berbaju melayu bersampin. Senjata kebanggaan mereka adalah keris dan seni silatnya ada di semua wilayah Nusantara. Kain batiknya ada di Mindanao, Pattani, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Ketupat dan lemang ada pada hari raya semua negara berkenaan kerana itu kesamaan budaya Melayu.

Adakah persamaan yang ada pada orang-orang yang datang dari China itu sama seperti yang dimiliki dan dirasai oleh masyarakat Melayu seluruh Nusantara?


Jadi siapa pendatang di Malaysia?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan