Halaman

Jumaat, Jun 06, 2014

MENCARI ruang Islam di China

Catatan orang kecil di Beijing.

Sewaktu di tanah air, fikiran saya tentang negara China ialah mengenai Islam dan komunisme di China. Benarkah banyak masjid di kota Beijing yang saya gambarkan dalam minda seperti banyaknya masjid di tanah air kita Malaysia. Dan apakah benar China sebuah negara yang berlandas ajaran komunis yang mementingkan kesamarataan semua rakyat dan memiliknegarakan semua harta.  Dua pencarian ini kerap muncul kerna maklumat yang sedia ada dari sumber-sumber tidak rasmi dan rasmi terutama melalui sistem pendidikan dalam negara.




Saya berkesempatan melawat kota Berjing awal Jun 2014.  Maka sedikit catatan saya mengenai persepsi di atas.  Seperti di Malaysia yang saya tidak pernah mendapat maklumat yang tepat mengenai jumlah penduduk muslim di China, kebetulan saya bertemu seorang mahasiswa sebuah university ketika menziarahi masjid tua (dibina tahun 1921), Masjid Niujie, dia mendakwa terdapat 20 juta muslim daripada 1.38 juta rakyat China.  Tentulah peratusannya kecil amat. Tambahan pula dia pun bersetuju dengan saya bahawa kebanyakan daripada 20 juta itu tertumpu di wilayah barat (sedang bergolak kerna ada masalah politik dengan kuasa Beijing), Xinjiang dan beberapa wilayah selatan. Ini bermakna jumlah musiim di kota Beijing tidaklah dapat membentuk satu pandangan pentingnya satu kehidupan manusia berbudaya Islam.

Pengunjung-pengunjung muslim akan bermasalah sedikit ketika membersihkan diri setelah membuang air kerna hampir semua tandas tidak menyediakan punca air, kecuali di ruang hadapan.  Ini bermakna kita mesti membawa air dalam botol ke dalam tandas untuk membersihkan diri kita setelah membuang air.

Masjid?  Kita faham munculnya surau dan masjid kerna adanya komuniti muslim. Seperti di jalan Niujie, dahulunya merupakan pusat tinggal muslim di kota Beijing, maka wujudlah sebuah masjid dan sekolah muslim. Menurut dua pemuda bangsa Uighur yang berdagang makanan kepada palancong, terdapat banyak masjid di Beijing tetapi bukanlah masjid sebagaimana yang ada di banyak negara Islam. Masjid Nuijie memang besar seperti di Malaysia, tetapi masjid-masjid lain yang dikatakan banyak itu sebenarnya seperti surau di Malaysia.  Hanya warga Beijing yang tahu kedudukan masjid-masjid berkenaan, dan pelancong muslim hanya diperkenalkan dengan masjid yang agak besar.


Tanda-tanda restoran atau bangunan yang dimiliki oleh muslim ialah warna hijau. Namun dengan jumlah kecil muslim di Beijing, tidaklah mudah menemui restoran muslim yang papan tandanya berwarna hijau.  Untuk rekod, warna tema masjid Niujie yang tertua pun bukan hijau, tetapi merah.  Sebagian hiasan di bumbung masjid juga kedapatan patung seperti yang biasa ada di bangunan-bangunan lain. Patung singa dan naga menjadi symbol budaya orang Cina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan