Halaman

Sabtu, Mei 17, 2014

BERI rasuah untuk bertaubat?

GELENG kepala membaca berita kakitangan Lembaga Tabung Haji didapati bersalah kerana menerima rasuah untuk mempercepat 27 orang menunaikan haji.  Bukan geleng kepala kerana kerani itu menerima rasuah (perangai itu ada di mana-mana kepada yang tak pernah puas duit), tetapi kepada calon hujaj!

petikan akhbar Sinar Harian

Berhaji adalah menunaikan ibadah, maka di sana bukanlah untuk berseronok umpama melancong.  Sesiapa yang pernah menunaikan haji pasti merasai pengalaman sukar sepanjang menunaikan rukun Islam kelima disebabkan banyaknya manusia, debu, masalah kesesakan dan seribu macam lagi. Ada yang asalnya sihat pun di sana ditimpa sakit.  Namun semua hujaj bersabar kerana mahu membersihkan diri dan mendapat keampunan Allah. Mendapat keampunan dan reda Allah itu adalah matlamat utama setiap muslim menunaikan haji.

Apabila mengetahui ada yang sampai melakukan rasuah untuk mendapatkan keampunan Allah, itu yang membuat orang geleng kepala.  Apakah selama hidup di Malaysia tidak berpeluang bertaubat dan bangun solat malam.  Tidak berpeluang beristighfar memohon keampunan daripada-Nya sehingga merasakan jika tidak bertaubat di hadapan kaabah, maka Allah tidak menerima taubatnya?

Aduhai..... cukuplah berita memberi rasuah untuk bertaubat, sebagai berita kartun yang terakhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan