BERIKUT adalah dialog yang berlaku antara
seorang guru (dinamakan Cikgu Ron) dengan seorang remaja (dinamakan Remy)
penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam berkenaan tugasan kursus dan markah
yang perlu dicapai.
Cikgu Ron
|
Kenapa Remy berusaha keras menyelesaikan tugasan
pada awal semester?
|
Remy
|
Tugasan ini sudah 15 peratus markahnya. Nanti ada midtest lagi. Jadi kalau nak markah tinggi atau dapat A
kena buat tugasan dengan sempurna.
|
Cikgu Ron
|
Apa faedah jangka panjang kalau dapat A untuk
semua kursus setiap semester?
|
Remy
|
Oh, kalau dapat semua bagus tentulah CGPA saya
melebihi 3.5. Jika tamat pengajian
dengan CGPA 3.5 atau 3.8 tentulah tahap cemerlang. Semua pelajar nak dapat begitu, tapi payah
hendak dapat.
|
Cikgu Ron
|
Tapi nampaknya Remy berusaha keras untuk
mendapatkan markah terbaik atau penuh peratusannya.
|
Remy
|
Eh, tentulah cikgu. Kalau dapat Kelas Pertama senang dapat
kerja. Syarikat boleh tawarkan gaji lebih tinggi.
|
Cikgu Ron
|
Bila Remy akan dapat menikmati akademik yang
cemerlang?
|
Remy
|
Setelah saya berkerja, maknanya kira-kira tiga
tahun lagi.
|
Cikgu Ron
|
Oh begitu, ertinya sekarang Remy sedang bekerja
keras mendapatkan markah terbaik dan hasilnya hanya dinikmati pada masa akan
datang.
|
Remy
|
Ya, kenapa cikgu tanya?
|
Cikgu Ron
|
Ada perbandingan yang boleh disamakan dengan apa
yang Remy cakap, tetapi kita selalu abaikan.
Maksud saya kebanyakan kita tahu perbedaan antara solat sendiri dengan
berjamaah di masjid, tetapi kita tidak mahu mencari pahala yang terbaik
sebagaimana dalam pengajian…..
|
Remy
|
Saya tidak jelas cikgu.
|
Cikgu Ron
|
Kita begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gred
tertinggi akademik kerana yakin memberi pulangan pendapatan yang tinggi pada
masa depan. Kalau tidak ada harapan
itu, pasti kita tidak mahu mencari hasil akademik terbaik. Cukuplah sekadar
lulus.
Tidak ada bedanya dengan jaminan masa depan yang
baik di akhirat dengan kerja keras menunaikan solat berjamaah di masjid
sekarang. Hasil solat berjamaah itu
bukan dinikmati sekarang, tetapi pada masa depan iaitu pada hari
akhirat. Rasulullah s.a.w. memberi
jaminan gandaan 27 kali faedah atau pahala berbanding solat bersendirian.
|
Remy
|
Alamak…, cikgu perli saya la…
|
Cikgu Ron
|
Tidak, saya menyatakan secara umum kepada
semua. Ambil saja iktibar yang
berguna.
Kalau benar kita yakin jaminan pahala
berganda-ganda yang menjamin ‘kekayaan’ hidup di akhirat sana, mengapa banyak
antara kita sekarang tidak perduli solat berjamaah. Apa yang berlaku sebenarnya krisis
keyakinan terhadap Hari Akhirat. Banyak orang kita tak yakin hidup dengan
kekayaan di akhirat daripada usaha keras di dunia sekarang.
|
Remy
|
Aduh cikgu, apa nak buat sekarang?
|
Cikgu Ron
|
Bukan susah. Teruskan keyakinan dengan markah
akademik tertinggi yang membawa lebih kesejahteraan hidup masa depan di dunia. Kemudian, teruskan bersama keyakinan kerja-kerja
ibadah yang menuruti sunah Nabi s.a.w. mesti membawa kemakmuran hidup di
akhirat sana. Sebagai contoh tadi,
jangan lagi mudah mengabaikan solat berjamaah jika memang kita seorang yang
tinggi keyakinan tentang masa depan.
|
Remy
|
Cikgu doakanlah, saya sudah faham sekarang tetapi
macam nampak berat saja.
|
Cikgu Ron
|
Hahahaha, insya Allah. Biasalah… seperti pelajar baru masuk
Semester Satu, masih tak nampak seni dan caranya kerap pengatakan susah
belajar di sini. Apabila sudah dapat
keyakinan dan dimulakan langkah, wah belajar jadi mudah. Saya yakin apabila Remy sudah mulakan solat
berjamaah, selepas itu fikiran kita pun akan meletakkan solat berjamaah itu
menjadi salah satu sasaran kerja utama hidup kita. Allah akan membantu kita.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan