MASIH menjadi perbincangan kepada umat Islam,
kalimah ‘Allah’ boleh digunakan oleh orang Kristian atau sebaliknya. Di Sabah dan Sarawak, dikatakan tidak menjadi
isu kerna sudah lama diguna pakai, apa lagi di Indonesia. Nampaknya di Tanah Melayu agak sensitif jika
pihak gereja memanggil tuhannya, Allah! Oleh itu dalam kalangan ulama memasang
hujah, antara membenarkan atau menghalangnya.
Tidak ada seorang muslim pun yang suka kalimah nama
Tuhan, iaitu Allah digunakan oleh penganut agama lain sebagai satu perkongsian
Tuhan. Apa lagi pemahaman sifat Allah
yang difahamai oleh muslim sangat berbeda dengan pemahaman umat Kristian. Namun, pasti semua muslim bersetuju jika
dengan meluasnya penggunaan kalimah ‘Allah’, akan membuat mudahnya kerja-kerja
dakwah terhadap pemganut agama lain.
Ulama yang memimpin Pas, Tuan Guru Haji Hadi Awang
nampaknya bersetuju diperluaskan penggunaan kalimah Allah kepada kaum Kristian,
dengan berhujah Islam tidak menghalang mereka yang bukan Islam menyebut kalimah
Allah. Malah beliau menggunakan ayat 64
surah Ali Imran. Kata Tuan Guru, “ Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam
(ahli kitab) dengan penjelasannya:
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan sengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (Para paderi, sami dan pemimpin) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudia jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Ali-imran:64)” –petikan daripada Harakahdaily 8 Januari 2013.
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan sengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (Para paderi, sami dan pemimpin) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudia jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Ali-imran:64)” –petikan daripada Harakahdaily 8 Januari 2013.
Namun bukan rahsia bahawa rakan-rakan ulama kepada
Tuan Guru Haji Hadi tidak bersetuju dengan penyebaran kalimah ‘Allah’ kepada umat
Kristian. Antara yang menolak keputusan
Tuan Guru Haji Hadi ialah Ustaz Dr Haron Din dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.
Orang awam
dan tidak ada kepentingan seperti saya, ada kalanya bersetuju dengan
Tuan Guru Haji Hadi dan kepada Dr Haron juga.
Untuk tujuan dakwah, memang disokong, namun kebimbangannya ialah kerja
dakwah tidaklah sekuat mana untuk mengekori penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam
semua gereja. Berbanding di Indonesia,
rakyatnya sangat terbuka dalam dialog antara Islam dan Kristian, malah ada
orang kuat Islam masuk Kristian dan begitu juga sebaliknya! Di Malaysia, seorang muslim yang masuk
Kristian satu ketika dahulu menjadi isu besar.
Oleh itu fahamlah, suasana di Indonesia dan Malaysia tidak sama.
Dalam al-Quran juga Allah membenarkan wanita Ahli
Kitab (Nasrani dan Yahudi) dinikahi oleh lelaki muslim yang kuat agamanya
(beriman, ustaz?). Sekalipun begitu,
tidak pernah berlaku seorang lelaki Melayu Islam menikahi seorang perempuan
Kristian, kecuali wanita itu memeluk Islam terlebih dahulu. Di Indonesia, bukan suatu yang janggal, malah
penyanyi muslim Jamal Mirdad mempunyai isteri seorang Kristian, Lydia
Kandou. Tidak dapat saya bayangkan apa
akan berlaku jika ada perkahwinan seperti yang dilakukan Jamal Mirdad di
Malaysia!
Di Malaysia juga sukar menemui ulama yang
mengiktiraf bahawa kaum Cina dan India beragama Kristian itu merupakan Ahli
Kitab yang disebut dalam al-Quran. Saya
tidak pasti apakah Tuan Guru Haji Hadi telah memberi keabsahan bahawa umat
Kristian di Malaysia adalah Ahli Kitab seperti kenyataan media yang saya cuplik
di atas.
Apa lagi selepas ini? Pada saya, apabila muslim sudah memberi hak
kepada bukan Islam memberi nama ‘Allah’ kepada tuhan yang dipercayainya, maka
menjadi hak mereka juga untuk menulis nama ‘Allah’ di mana-mana untuk tujuan
peribadatan. Agaknya, termasuk juga
menjadi hak mereka nanti ada yang mengukir patung sebagai sembahan dan diberi
nama ‘Allah’. Ketika itu nanti pasti
akan timbul kritikan atau polemik baru
terhadap penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh bukan Islam.
klu dah isteri bukan islam ..suami islam apa lah namanya..patutlah pelbagai taufan,tsunami,ribut,gempa bumi,banjir yang dasyat dan banyak lagi jenis mala petaka kerap berlaku kerana salah satu penyebab masaalah nya seperti di atas..auzubillah..
BalasPadamuntuk menguji fakta ilmu kita perlu mengkaji sejarah sebelum kedatngan Islam di tanah arab. Segala bentuk hujah harus disertai dengan presedensnya. pada abad pertama masehi, orang kristian sdh bertapak di tanah arab.. jadi bahasa apa yang digunakan dalam upacara kebaktian mereka? Kalimah Allah ini adalah bahasa melayu kah? saling pinjam meminjam sdh menjadi satu tradisi sejak dahulu lagi antara ketiga agama Ibrahim ini. Orang melayu di Asia ini ramai juga yang memeluk Kristian. Agama adalah kebebasan hakiki dan bukan satu golongan.. Oleh itu, sejarah perlu diluruskan. Dan perkara ini bukanlah satu perkara besar, dan tidak perlu lagi diungkit-ungkit, kalau dibiarkan berlarutan boleh menggugat keamanan di asia tenggara..
BalasPadam