BUKAN
rahsia, ustaz atau ulama muda yang berjuang atas manhaj sunah dan menyelisihi
bid’ah rupa-rupanya sedang berselisih faham.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) mewakili satu pihak dengan Ustaz
Fathul Bari (UFB)- foto kiri, di satu pihak lain.
Perselisihan mereka sebenarnya hanya aplikasi Islam dalam politik. Umum sedia maklum UFB antara mereka yang
disebut 40 ulama muda dalam Umno, manakala Dr Maza pula cenderung kepada
politik Pakatan Rakyat (PR). Di situlah
gelanggang perbedaan pendapat mereka.
Golongan
UFB mendakwa Dr Maza seorang rasionalis apabila mendakwa Islam membenarkan
pemerintah dikritik secara terbuka seperti sekarang ini, dalam bentuk ceramah
awam dan debat di institusi Perundang-undangan (Parlimen dan Dewan Undangan
Negeri). Bagi UFB dan sahabat-sahabat
ulama mudanya itu, pemerintah muslim tidak boleh ditegur atau dikritik di depan
khalayak ramai. Kumpulan ini bukan
suka-suka berpegang kepada pendirian berkenaan, yang kepada pihak Dr Maza (foto bawah) pemahaman itu memandulkan pemikiran umah dan menjadikan pemerintah memerintah ‘beraja
di mata bersultan di hati’.
UFB
meletakkan dalil al-Quran dan hadis sahih, seperti wajib mentaati pemerintah
dalam surah an-Nisa ayat 59. Kemudian beberapa hadis lain yang jelas bermaksud
muslim dilarang menentang pemerintah.
Hadis
‘Irbadh bin Sariyah, (maksud sabda nabi s.a.w.): “Suatu hari
Rasulullah s.a.w. solat bersama kami. Selesai solat, beliau menghadap
kami lalu memberikan peringatan yang sangat mendalam, membuat berlinangan air
mata dan menggetarkan hati. Hingga ada yang bertanya: ‘Wahai Rasulullah,
seakan-akan ini nasihat dari orang yang akan pergi. Lalu apakah yang engkau
wasiatkan kepada kami?’. Beliau bersabda: ‘Aku wasiatkan kalian untuk bertaqwa
kepada Allah, serta mendengar dan taat kepada pemimpin, walaupun dia adalah
seorang hamba Habsyi…’” (HR Abu Daud 4607, disahihkan Al-Albani dalam Sahih
Abi Dawud)
Maksud
sabda nabi s.a.w.: “Mendengar dan
taatlah kalian (kepada pemerintah kalian), kecuali bila kalian melihat
kekafiran yang nyata dan kalian memiliki buktinya di hadapan Allah” (HR. al-Bukhari
dan Muslim)
Maksud
sabda nabi s.a.w.: "Barangsiapa yang mentaati aku maka dia telah
mentaati Allah, barangsiapa yang bermaksiat kepadaku maka ia telah bermaksiat
kepada Allah. Barangsiapa yang mentaati amir/pemimpin maka ia telah mentaatiku,
barangsiapa yang bermaksiat kepada amir/pemimpin maka ia telah bermaksiat
kepadaku." (HR. al-Bukhari dan
Muslim)
Kepada
UFB, pemerntah adalah pihak berkuasa bermula daripada Yang Dipertuan Agung
sebagai Ketua Negara dan Badan Pelaksana atau Eksekutif. Eksekutif itu
bermaksud kerajaan yang memerintah, yang kebetulan adalah Umno/Barisan
Nasional. Dr Maza juga mengakui
pemerintah sebagaimana pemahaman UFB tetapi pemerintah masih boleh ditegur oleh
muslim lain di depan khalayak terbuka.
Beliau juga memberikan dalil sahabat nabi s.a.w. iaitu Salman al-Farisi
yang menegur Khalifah Umar secara terbuka.
Kepada Dr Maza ini adalah dalil generasi sahabat yang boleh diteladani
dalam menegur pemerintah. Namun pihak
yang sefahaman dengan UFB pantas menyatakan bahawa kisah sahabat itu tidak
mempunyai sanad, yang dalam pengkajian ilmu hadis, hadis tidak bersanad tidak
boleh dijadikan dalil atau hujah!
Pada
saya, UFB telah membawa satu pemahaman Islam berdasarkan amalan generasi salaf
(terdahulu) yang cuba diaplikasikan dalam sistem demokrasi moden Malaysia. Oleh itu manhaj UFB dan sahabat-sahabatnya
sangat berlawanan dengan fikrah demokrasi yang dibawa oleh mana-mana ahli
politik kepartaian termasuk ulama-ulama dalam Pas. Maka tidak hairan, mereka yang berfikrah Islam
alademokrasi (seperti zaman sekarang) pasti memberi gelar buruk seperti ‘kaki
ampu dan penjilat pemerintah’ kepada UFB dan sahabat-sahabatnya.
Dr
Maza dan kalangan sefikrahnya dalam Pas (misalnya) mahu membawa Islam dalam
demokrasi berparti politik, maka mereka terpaksa menerima juga ayat 59 surah
an-Nisa dan semua hadis bab ketaatan kepada pemerintah, tetapi difahami dalam ‘konteks
semasa’. Maknanya, semua dalil al-Quran
dan sunah tidak boleh difahami secara harfiah atau literal,
melainkan difahami berdasarkan zamannya.
Oleh kerna zaman sekarang sistem politiknya berasaskan demokrasi yang
membenarkan teguran atau kritikan terbuka kepada pemerintah, maka sesiapa yang
memahami dalil secara harfiah digolongkan sebagai ‘literalis’ atau jumud
(kaku), tidak dapat memahami hal keduniaan yang sentaiasa berubah.
Saya
pernah bertanya kepada salah seorang sahabat UFB, “bagaimana sekiranya Pas
berjaya memerintah negara?” dan jawaban daripadanya ialah “wajib memberi
ketaatan kepada pemerintah waktu itu (Pas)”.
Nampaknya UFB dan sahabat-sahabatnya berjalan atas prinsip.
Begitulah
adanya di negara kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan