Halaman

Khamis, Ogos 25, 2011

KUTIPLAH amal sebesar zarah


KERAP didengar orang mengatakan agar tidak membicarakan hal yang kecil atau remeh-temeh, sebaliknya berbicaralah hal-hal yang besar.  Maksud lain ialah supaya tidak memperjuangkan hal kecil atau perkara ranting dalam agama, sebaliknya perjuangkanlah hal yang besar-besar!  Jika dihalusi, yang dikatakan kecil ialah ialah seperti merapatkan saf solat, benar atau salahnya bacaan dalam solat manakala yang perkara yang dikatakan besar ialah seperti  undang-undang Islam, negara Islam atau sistem ekonomi Islam.

 kaki ketika sujud dalam solat....adakah hal kecil?

Itu semua pandangan orang, yang berkait dengan kepentingan atau kedudukannya.  Kalau dirinya seorang ahli politik yang sedang kuat memperjuangkan sesuatu, maka perkerjaannya dianggap besar dan baginya wajiblah semua menyokong pekerjaannya.  Oleh itu, hal-hal yang tidak ada kaitan dengan politiknya dilihat sebagai hal kecil.  Kalau dibiarkan orang membicarakan hal yang tidak kaitan dengan politiknya, tentulah semakin lama semakin surut sokongan yang diterima.  Orang seperti ini akan pantas berhujah  ‘membicarakan hal ranting dalam agama akan memecah-belahkan umat’.  Walhal tindakan menarik sokongan umat untuk membenci pihak lain adalah jelas pekerjaan memecah-belahkan umat!

Adakah Rasulullah membahagi-bahagikan ajaran Islam kepada perkara kecil dan besar, sehingga nabi hanya mengajarkan ‘sekilas lalu’ terhadap perkara kecil sebaliknya menekuni perkara-perkara besar?  Baginda Rasulullah sentiasa berlaku adil dalam menyampaikan ilmu agama, sebab itulah perkara-perkara yang dikatakan kecil (hari ini) dapat kita laksanakan dengan betul.  Jika kita memahami teguran Allah kepada Rasulullah dalam surah Abasa, sepatutnya orang faham bahawa tidak sepatutnya ada hal-hal yang dianggap kecil atau remeh-temeh.

Allah sendiri telah memberi pengiktirafan besar terhadap amalan yang kecil dengan memberi ganjaran besar sebagaimana  firmannya dalam surah An-Nisa:48 (maksudnya) “Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi seseorang walau sebesar zarah, dan jika seseorang ada kebajikan (sekecil) zarah, nescaya Allah akan mencatatnya dan memberikan pahala yang besar di sisi-Nya.”

Maka janganlah mudah terpedaya dengan ilusi orang yang mempunyai kepentingan tertentu, agar tidak memperbaiki urusan agama atas alasan hal kecil dan iseng-iseng.  Amatlah tidak munasabah tidak perlu membuat teguran saf solat yang lompong atau wuduk yang tercela, dengan alasan lebih baik mendakwah orang melakukan solat kerna banyaknya orang Islam yang tidak solat.  Kemudian diminta agar jangan membicarakan mana yang sunah dan bid’ah atas alasan orang akan keliru sedangkan katanya maksiat besar berlaku secara besar-besaran!

Biarlah mereka yang mendakwa orang besar berjuang besar-besar kerna itu hak dan keupayaannya, dan kepada yang mahu melakukan kerja-kerja kecil, Allah tetap melihat dan akan member ganjaran yang selayaknya.  Di sekeliling kita semua,masih banyak perkara kecil yang boleh dilakukan untuk mendapatkan pahala besar di sisi Allah.

3 ulasan:

  1. bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat

    BalasPadam
  2. Bukan masalah beramal/berbual amal kecil besar, tapi yang tidak kena ialah sifat sempit dada menyerang orang yang tidak sealiran dengan kita, cuma atas hal-hal yang khilafiah. Hal2 yang kedua pihak ada hujjah dan sandaran. Hal tahlil arwah' hal baca yasin malam Jumaat, hal maulidur rasul, hal sambutan isra mi'raj. Mana ada orang mempertikaikan kita menegur merapatkan sof solat, memperbaiki bacaan dalam solat, memperbaiki wudhu'.....?

    BalasPadam
  3. biarlah dia itu..., siapa hendak menjaga diri dia menjaganya.

    BalasPadam