Halaman

Jumaat, Disember 18, 2009

BUKU Syarah aqidah Ahlus Sunnah



AKIDAH merupakan perkara paling penting kepada manusia beragama.  Maka keabsahan berakidah adalah hal paling pokok kerana melalui pemahaman akidah muslim ini akan tergambar dalam pemikiran, pertuturan dan tingkah laku seseorang.

Blog ini mencadangkan agar pembaca mentela’ah kitab atau buku bertajuk ‘Syarah Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah’ oleh Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas terbitan Pustaka Imam Asy-Syafi’i dari Indonesia.  Buku ini berkulit keras dan setebal 261 muka surat.

Ustaz Yazid memperincikan penjelasan akidah yang sahih berdasarkan al-Quran dan Sunnah Nabi serta pemahaman oleh golongan salafus salih. Wajar sekali semua muslim menyamakan pemahaman akidahnya berdasarkan dua sumber asal dan bagaimana generasi awal zaman Rasulullah dan sesudah baginda memahaminya. Pembaca juga didedahkan sejarah penggunaan perkataan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (AWSJ) berdasarkan sejarahnya. 

Dengan bahasa yang mudah (tetapi versi Indonesia) yang disertai dalil al-Quran dan Sunnah Nabi, pembaca akan menambah kuat pemahaman akidah yang sah di sisi Allah dan rasul-Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan