Dalam dunia akdemik Barat, tidak ada perbedaan antara kalimah salafi dan wahabi. Dalam wikepedia dijelaskan timbulnya penggunaan istilah wahabi oleh penentang salafi kerana menganggap pendakwah bernama Muhammad bin Abdul Wahhab sebagai tidak mempunyai kredibiliti untuk diagungkan sebagai tokoh. Maka, sejarah perjuangan Muhammad bin Abdul Wahhab yang bersama keluarga Saud membina kerajaan di Hijaz pada kurun ke-18
Di Malaysia istilah wahabi akan dikaitkan dengan pemikiran dan tindakan radikal yang mengancam ketenangan setiap amal yang popular. Maka apabila ada ustaz yang mengajak umat Islam beramal dengan ajaran al-Quran dan Sunah Nabi, maka ustaz ini akan diperhatikan dengan curiga. Kemudian jika ustaz ini mengajak agar umat Islam meninggalkan amalan yang tidak berlandaskan al-Quran dan sunah, dia boleh saja dilabel wahabi Seorang yang dilihat ada kecenderungan agama dan tidak melakukan ‘solat sunat’ selepas azan Jumaat pertama, jawabnya dicop wahabi.
Begitu mudah dan murahnya label wahabi dijaja atas tiket negatif tanpa usul periksa maka sebab itulah istilah wahabi sangat mudah dilihat hitam, tidak seperti dalam dunia akademik Barat. Jadi agaknya terpaksalah Mantan Mufti Perlis menafikan dirinya beraliran wahabi. Saya pun pernah disaran agar belajar dengan ulama salaf, bukan ulama wahabi. Salafi itu lebih dilihat sejujurnya kembali kepada pegangan zaman Nabi dan para sahabat. Kalau orang tidak suka kepada cara salaf yang meninggalkan beberapa amalan seperti bacaan usalli, tahlil dan talkin, maka barulah salafi itu dikatakan wahabi. Begitulah caranya orang membuat penilaian.
ko tengokkat sini
BalasPadamhttp://www.mesraniaga.com/main/bicara-agama/siapa-wahhabi/sejarah-wahhabi-3/