BLOG Nobisha memilih tajuk isu pilihan raya Bagan
Dalam blog saya ini ditemui cerita hampir sama, iaitu orang yang sepatutnya bercakap tidak bercakap. Ada antara isi-isi blog ini agak menyimpang dengan pemikiran dan pendirian beberapa pihak institusi agama atau perseorangan. Maka dalam ruangan kecil cbox kerap muncul tulisan mengecam, menghina, mengutuk dan menuduh saya sebagai si jahil yang bercakap hal agama. Terima kasih kerana pengkirit blog ini sentiasa memantau dan mahu berinteraksi dengan saya.
Kalau pengkritik itu sudah mengutuk, mengatakan saya salah dan jahil tentulah pengkritik ini bukan orang biasa, tetapi golongan agama atau bertaraf ustaz. Saya fikir dalam tulisan-tulisan yang diterbitkan di sini disokong oleh mana-mana ayat al-Quran dan hadis, atau setidak-tidaknya bertepatan dengan prinsip kedua-dua sumber utama dalam Islam. Kemudian daripada kedua-dua itu tulisan-tulisan di sini menyentuh isu-isu semasa termasuk hal-hal akidah, ibadah, sejarah, politik, sosial dan ekonomi.
Selain seorang ustaz yang gemar menukar nama samaran, banyak ustaz yang menulis satu dua ayat untuk terus menghukum tanpa memberi alasan. Yalah, satu budaya dalam masyarakat bahawa golongan agama gemar mengeluarkan hukum saja. Dan berkali-kali saya mempelawa supaya penghukum-penghukum ini untuk memperjelas hukumannya dalam sebaris ayat itu kepada huraian yang panjang.
Jadi apa? Sama seperti calon Pas di Bagan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan