Halaman

Jumaat, Julai 31, 2009

ULAMA banyak pentingkan remeh-temeh

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) - Ulama hari ini memberi lebih banyak tumpuan kepada isu-isu remeh berkaitan individu berbanding masyarakat, sekaligus membantutkan kemajuan dunia Muslim, kata Ketua Pengarah Institut Kemajuan Islam Malaysia (Ikim) Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas.

Beliau berkata daripada memberi tumpuan kepada fardhu kifayah, ulama ini sebaliknya menghadkan pandangan mereka kepada fardhu ain, atau memberi tumpuan kepada "apa yang perlu dibuat dan yang dilarang" oleh kaum Muslim. "Dalam dunia Muslim, apa yang dibangkitkan mereka ialah isu yang tidak penting, isu pakaian, apa itu pakaian Islam, dan kemudian muncul banyak pihak yang beritahu macam-macam mengenai apa yang perlu dipakai, dan apa itu kod pakaian Islam mengikut pandangan mereka.

"Ini bukan isu yang akan memberi manfaat kepada masyarakat, ia akan menguntungkan sesetengah individu sekiranya anda ingin memakai pakaian ini. Ia sebenarnya terpulang kepada individu, jika tidak mahu berpakaian begini juga ia terpulang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan antarabangsa mengenai "Umat Islam dan Ruang Ilmu Abad ke-21: Isu, Prospek dan Cabaran" di sini.

"Jangan salah anggap, saya bukan katakan yang fardu ain tidak penting; kedua-duanya fardhu ain dan kifayah adalah penting, tapi fardhu ain lebih berupa individu," katanya. Beliau berkata dari satu sudut, pandangan sempit ulama ini turut melahirkan kumpulan ekstrem dalam masyarakat. "Mereka (ekstrem) terpukau oleh simbol-simbol seperti McDonalds, k-Mart, Disneyland, internet...semua ini adalah simbol, simbol teknologi dari barat, dan mereka diberitahu yang ini tidak boleh, ini tidak baik, perlu ditampilkan yang Islam.

"Hasilnya muncul kumpulan dalam masyarakat yang mendengar kata-kata ulama ini, yang menjadi ekstrem, dan mereka inilah yang membangkitkan masalah, yang membunuh orang, mereka inilah pengganas. Mereka dipukau oleh simbol-simbol, mereka berjuang menentang simbol dan melupakan asasnya," katanya.

Syed Ali juga berpendapat bahawa pemimpin politik mengabaikan ulama sebenar, manakala barat mempergunakan sepenuhnya pengetahuan ulama sebenar ini. "Contohnya di mana pemenang hadiah Nobel untuk fizik ketika ini? Dia berada di University of California, dia seorang Muslim dari Mesir, tapi mereka (Mesir) tidak mempedulikannya, sebab itu dia ke sana," katanya.

"Barat bergantung kepada Muslim. Barat sering bergantung kepada dunia Muslim, dan mereka masih bergantung kepada Muslim sekarang ini. Sekiranya Muslim ingin maju, mereka perlu bergantung kepada ulama sebenar ini," tambahnya.

Beliau berkata ketika ini ulama dilihat bergantung kepada pemimpin politik sebelum memberikan pendapat. "Mereka tidak seharusnya merujuk kepada pemimpin politik, sebaliknya pemimpin-pemimpin politik ini yang perlu merujuk kepada ulama... ulama sebenar.

Pemimpin politik seharusnya mendapatkan nasihat daripada para ulama, bukan sebaliknya," tambahnya.

Khamis, Julai 30, 2009

AGAMA, kenderaan, DVD: Yang tulen dan palsu

DALAM diri manusia ada satu fitrah yang mahukan hal-hal terbaik, yang asli atau tulen. Sebagai contoh, pemilik kenderaan seboleh-bolehnya mahu mencari alat ganti kenderaan yang tulen, bukannya yang palsu. Mana-mana pemerintah juga mempunyai pendirian menyokong hal-hal tulen dan membanteras perkara palsu. Di negara kita misalnya kerajaan bertungkus-lumus memerangi cetak rompak khasnya produk palsu hiburan. Banyak premis perniagaan diserbu untuk menyita barangan palsu. Pendek kata, daripada golongan atasan hinggalah masyarakat marhaen, kecenderungan mencari ketulenan adalah satu tabii dan kerja terpuji. Sebaliknya orang yang suka mencari perkara-perkara palsu, dipandang rendah dan dianggap tidak siuman!

Setelah berlalu lebih 1400 tahun, dan Islam merentas pelbagai wilayah dan budaya, adakah umat Islam tetap kepada fitrah mencari yang tulen atau sudah tidak perduli sama ada hal akidah dan ibadahnya diselaputi kepalsuan? Apabila ada majlis berkaitan dengan al-Quran, maka diseru umah supaya berpegang kepada ajaran al-Quran. Kemudian pada musim sambutan Maulidur Rasul, diseru pula agar mencontohi sunah Rasulullah. Hanya sebutan retorik itu sahajalah yang dihafal, namun masyarakat masih tidak diajak mencari ketulenan dalam beragama.

Mencari ketulenan dalam agama pasti merujuk kepada sumber asal iaitu al-Quran dan sunah. Jika amalan agama disandarkan kepada pendapat ulama, amalan biasa masyarakat dan warisan nenek moyang, jelaslah amalan agamanya tidak tulen sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah. Oleh itu mempelajari al-Quran dan sunah adalah wajib, dan menilai kembali semua amalan supaya sesuai dengan dua sumber itu juga wajib. Ya, wajib kepada yang mahu ketulenan, yang asal daripada nabi. Yang sudah tidak mahu kepada ajaran nabi (yang asal) tentulah mencari helah dan taktik termasuk mentakwil atau mentafsir mana-mana ayat al-Quran dan hadis nabi supaya disesuaikan dengan amalan barunya.

Perkara agama yang tulen dan sah untuk dicontohi ialah pada zaman Rasulullah dan sahabat, tabi’en (selepas zaman nabi) dan selepas tabien. Menurut Imran bin Hussein, bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya): Sebaik-baik zaman ialah zamanku (termasuk sahabat), kemudian zaman sesudahku (tabi’en) dan kemudian sesudah mereka (sesudah tabi’en).” Hadis riwayat Bukhary.

Manakala ayat al-Quran yang mengesahkan contoh daripada Rasulullah cukup jelas. Perhatikan maksud ayat 21 surah al-Ahzab, “Demi sesungguhnya bagi kamu, diri Rasulullah itu contoh ikutan yang bagi yang sentiasa mengharap (keredaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat, dia (yang mencontohi nabi) banyak menyebut dan mengingati Allah.”

Amalan pada malam Jumaat yang tulen dan sah dicontohkan oleh Rasulullah ialah membaca surah al-Kahfi, manakala yang palsu atau tidak sah daripada Rasulullah ialah membaca surah Yassin! Sekarang apabila menghampiri bulan Ramadan, banyak orang Melayu kita membuat kenduri arwah iaitu menjamu orang makan dan membaca beberapa ayat al-Quran yang pahalanya diposkan kepada arwah-arwah. Perkara ini tidak ada contoh daripada zaman yang disebutkan oleh nabi. Jelaslah kenduri arwah rekaan atau amalan palsu sahaja. Lalu orang bertanya: Jika kenduri arwah tidak dilakukan oleh Rasulullah, kami hendak buat apa? Jawabnya ialah: Kalau sudah tahu Rasulullah tidak berbuat kenduri arwah, maka tidak buat hal itu samalah mengikuti Rasulullah.

Oleh kerana dalam minda dan budaya sudah sebati dengan kenduri arwah sejak zaman sebelum datangnya Hindu-Buddha lagi, maka masyarakat Melayu kita sangat curiga jika tidak melakukan kenduri arwah! Kata mereka, bagaimana nasib roh nenek-moyang kita di sana? Jawaban Rasulullah begini: Daripada A’isyah r.a, Nabi bersabda (maksudnya): “Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan kami (urusan agama) perkara yang tidak ada padanya, maka hal itu tertolak.” Hadis riwayat Bukhary. Berdasarkan sabda Rasulullah kenduri arwah sekalipun disolek dengan bacaan ayat-ayat al-Quran, tidak berguna di sisi Allah dan rasul-Nya. w.a.

Selasa, Julai 28, 2009

YB SAARI Sungip tagih jawaban mufti

MAJALAH I bulan Julai 2009 mengutarakan isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di bawah tajuk DEBAT Pro Kontra ISA dilaporkan mengenai satu majlis diskusi antara pihak yang mengatakan halal dan haramnya ISA menurut prinsip Islam. Laporan itu menyatakan hanya ADUN Hulu Kelang iaitu Yang Berhormat Saudara Saari Sungip atau Abu Urwah yang hadir memberikan hujah. Umum tahu bahawa Sdr Saari sebagai orang yang paling aktif menentang ISA ini.

Apa yang menarik ialah kenyataannya yang direkodkan sebagai berikut: “Penahanan tanpa bicara (adalah) salah satu perkara yang tidak boleh dipertahankan. Ini kerana semua piagam antara bangsa dan semua agama mengutuk sekeras-kerasnya penahanan tanpa bicara,” bahas beliau menegaskan bahawa ISA bercanggah dengan amalan dan arahan yang ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Saari pernah dua kali ditahan di bawah ISA pada tahun 1999 dan 2001 lalu menyambung, sewaktu dalam tahanan beliau pernah menghantar hujah-hujahnya kepada Majlis Fatwa Kebangsaan mengapa akta itu perlu dimansuhkan.

Selepas dibebaskan dari tahanan, Saari cuba mendapatkan alasan berhubung perkara tersebut dengan bertemu sendiri mufti-mufti di seluruh Malaysia.

“Namun sehingga hari ini tidak ada jawaban….”
(muka surat 12)

Isunya yang terserlah ialah kredibiliti para Mufti (ada 14 orang Mufti di Malaysia) yang terjejas apabila membisu terhadap isu pokok dalam umah. Kalau isu orang tidak melafaz niat tentulah dibuang saja kerana hal terlalu kecil, namun hal penahanan tanpa bicara bertahun-tahun tanpa kepastian, adakah Islam tidak mempunyai jawaban?

Inilah sebagian sikap para elit agama yang tidak responsif terhadap hal yang diajukan. Kalau para mufti pun sudah meletakkan soalan di bawah bantal, para ustaz di bawah level mufti lagilah…..

Atau, dari sudut lain semua mufti yang telah ditemui oleh Sdr Saari sedar tidak mempunyai keupayaan dan ketinggian daya seperti Adun Hulu Kelang itu. Sdr Saari bukan ustaz atau ulama, tetapi telah berjaya memimpin satu jemaah Islam. Mufti manakah yang pernah memimpin pergerakan Islam, yang para ahlinya terdiri daripada kalangan intelektual pelbagai latar belakang? Mufti manakah yang telah menghasilkan siri buku rujukan untuk diteladani oleh anak muda di universiti? Tidak ada, tetapi Sdr Saari seorang Jurutera telah menulis sejumlah buku berkenaan kefahaman Islam dan buku rujukan diskusi Islam dalam pembentukan jiwa penggerak Islam. Tidak keterlaluan dikatakan Sdr Saari menulis dengan tenaga, keringat dan usia sehingga merengkuk dalam tahanan. Semua ini menjadikan dirinya berani berhadapan dengan sesiapa, termasuk mencabar kredibiliti para mufti.

Apa masalah elit agama kita?

Isnin, Julai 27, 2009

KORBAN-korban politik

KEMATIAN politik, bukanlah sudah tidak boleh berpolitik. Maksudnya ialah kematian itu sebagai jalan berpolitik bagi pihak yang masih hidup. Itu sahaja yang dapat disimpulkan dengan kematian Sdr Teoh Beng Hock, berjawatan Setiausaha Politik seorang Exco Negeri Selangor pada 16Julai 2009. Secara fakta kebetulan mayatnya ditemui di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebelumnya dia disiasat di sana. Untuk melengkapkan premis ‘kematian politik’ ini ialah SPRM di bawah kuasa kerajaan Persekutuan (baca BN) manakala Teoh Beng Hock bertugas di Selangor (baca PR). Semua ini ramuan yang cukup sempurna untuk menjadi jualan politik pihak PR.

Bukan tidak ada tokoh politik lawan BN mati, sama ada mati mengejut atau mati kerana sakit-sakit biasa. Presiden Pas Almarhum Fadzil Noor pun meninggal sewaktu menjawat Ketua Pembangkang, tapi tidak ada langsung ciri-ciri ‘kematian politik’ maka kematiannya berlalu begitu saja. Peristiwa Memali bulan November 1985 sebenarnya lebih tragis berbanding kematian Teoh Beng Hock, tetapi Pas tidak berupaya untuk mengangkat sebagai tragedi kematian atau korban politik. Tidak ada tokoh-tokoh politik daripada pembangkang bukan Melayu yang mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja. Pas sendiri terkontang-kanting dan dalam keadaan tertekan, diserang pelbagai sudut oleh BN. Akhirnya hanya Kertas Putih dikemukakan di Parlimen!

Mungkin suasana politik tahun 1985 jauh berbeda dengan tahun 2009, tetapi saya yakin jika 18 orang yang terbunuh itu bukan Melayu, bukan sekadar kertas Putih yang disediakan oleh kerajaan (baca BN).

Begitulah orang politik, kematian pun dijual kepada rakyat untuk meraih keuntungan. Hal ini sudah semacam ada dalam semua kitab politik sedunia. Pembunuhan Benigno Aquino yang merupakan pengkritik nombor wahid Presiden Firdinand Marcos (1985) telah menyebabkan Marcos tumbang dan balu Benigno pula menjadi Presiden Filipina. Pembunuhan Putera Mahkota Empayar Austria Archduke Franz Ferdinand di Sarajevo (1914) oleh seorang Serbia juga cukup ramuan sebagai tragedi kematian politik menyebabkan Perang Dunia Pertama meletus.

Sebagai orang biasa, kebimbangan ialah adanya korban yang disengajakan untuk dilelong sebagai jualan murah secara besar-besaran bagi mendapatkan political mileage. Tidak hairan, kerana Amerika pun sengaja membiarkan Pearl Habour di Hawaii dimusnahkan Jepun (1941) untuk mendapat simpati dunia. Akhirnya apabila serangan (ujian?) bom nuklear secara hakiki ke atas Hiroshima dan Nagasaki dianggap sah oleh masyarakat dunia kerana Pearl Habour telah dimusnahkan dahulu oleh Jepun!

Islam tidak pernah mengajar penganutnya bermuka-muka dan mengadakan konspirasi politik, apa lagi dengan melibatkan korban nyawa. Itulah jalan Islam yang sangat profesional. Syukurlah kepada yang menjaga jalan Islam ini.

Jumaat, Julai 24, 2009

ANTARA sebatan syariah Islam dan Barat



ORANG selalu memberi contoh hukum syariah hudud Islam ialah hukuman sebat bagi penzina. (Dari satu sudut, seolah-oleh satu gambaran bahawa jika tiada orang yang disebat 100 kali kerana berzina maka tiada hukum hudud). Tulisan ini hanya cuba memberi gambaran beza antara sebatan yang disarankan oleh syariat Islam berbanding sebatan rotan oleh undang-undang jenayah dalam mana-mana akta dalam negara yang diluluskan oleh Parlimen.

Dalam alquran ayat 2 surah an-Nur bermaksud, “Perempuan dan lelaki yang berzina, maka deralah setiap seorang 100 kali dan janganlah merasa kasihan kepada mereka (yang boleh) mencegah kamu daripada menjalankan agama Allah, jika kamu beriman kepada Alllah dan hari akhirat. Dan hendaklah pelaksanaan hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan daripada orang-orang beriman.”

Ketua Pendakwa Syariah Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahim Jaafar menjelaskan bahawa sebat rotan berdasarkan syariah Islam tidak mudarat. Jelasnya lagi, umpama ‘guru merotan pelajar’. Kata Abdul Rahim bahawa dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002, alat untuk menyebat pesalah syariah adalah ranting kecil pokok yang tidak beruas atau rotan. Jelasnya lagi bahawa sebatan hanya meninggalkan kesan merah dan tidak memecahkan kulit. Pesalah juga mesti berpakaian berdasarkan syariat Islam.

Berdasarkan kenyataan medianya, sebatan pesalah terbaru di Pahang itu akan dilaksanakan di penjara Penor, Kuantan. Hal ini difahami sebatan tidak dilaksanakan di tempat terbuka.

Sekurang-kurangnya masyarakat boleh membuat penilaian melalui bandingan hukuman sebat bagi kesalahan jenayah mahkamah sivil dengan jenayah mahkamah syariah. Kerap benar apabila digambarkan hukuman sebat berdasarkan alquran, maka ada golongan yang cepat memberi gambaran yang tidak senonohnya hukuman daripada syariat Islam. Kalau pesalah berdasarkan akta yang diluluskan oleh Parlimen, sebat maksimum 24 kali sehingga pecah kulit, berdarah, atau hancur daging punggung pun tidak ada yang hendak mengatakan cara itu ganas atau langsung tidak mendidik.

Rabu, Julai 22, 2009

ADAKAH jin mengetahui perkara ghaib?

Oleh: Al-Lajnah Ad-Daimah lil Buhutsi Al-'Ilmiyyah wal Ifta.
Pertanyaan: Apakah Jin mengetahui ilmu ghaib? Kami mengharap penjelasan dalam waktu yang tidak lama.
Jawaban: Ilmu ghaib termasuk kekhususan dalam kerububiyahan Allah, maka tidak ada yang mengetahui ilmu ghaib di langit atau di bumi kecuali Allah. Allah berfirman dalam Surat Al-An'am 59
وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ
“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia.”
Allah jalla jalaluhu juga berfirman dalam Surat An-Naml:65
قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ
Katakanlah: "Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah."
Jin tidak mengetahui yang ghaib, dalilnya adalah firman Allah dalam surah Saba':14
فَلَمَّا قَضَيْنَا عَلَيْهِ الْمَوْتَ مَا دَلَّهُمْ عَلَى مَوْتِهِ إِلَّا دَابَّةُ الْأَرْضِ تَأْكُلُ مِنْسَأَتَهُ فَلَمَّا خَرَّ تَبَيَّنَتِ الْجِنُّ أَنْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ الْغَيْبَ مَا لَبِثُوا فِي الْعَذَابِ الْمُهِينِ
"Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali rayap (anai-anai) yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, tahulah jin itu bahwa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam siksa yang menghinakan."
Dan barangsiapa yang mengaku mengetahui ilmu ghaib maka dia kafir, dan barangsiapa yang membenarkan orang yang mengaku mengetahui ilmu ghaib maka dia juga kafir karena berarti ia mendustakan Al-Quran.
Hanya Allah yang memberi taufik. Salawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, juga kepada pengikut dan para sahabatnya.
Lajnah Daimah lil Buhuts Al-'Ilmiyah wal Ifta.
Ketua: 'Abdul 'Aziz bin 'Abdullah bin Bazz
Wakil: 'Abdul 'Aziz Alu Syaikh
Anggota: Shalih Fauzan, Bakr Abu Zaid.

Selasa, Julai 21, 2009

BERGADUH dan jual hak bangsa

KATA orang, sejarah adalah perjalanan kemanusiaan. Oleh itu perisitwa yang dilalui oleh manusia pada masa silam kerap berulang semula. Patutlah orang mengatakan sejarah adalah guru yang bijak. Ini ada cerita sejarah kehilangan hak bangsa kerana kegilaan pemimpin dan tidak sanggup menjadi manusia biasa.

Pulau Singapura asalnya milik mutlak kerajaan Melayu Johor. Namun apabila mangkatnya Sultan Johor, Tengku Hussein yang sepatutnya mewarisi takhta tidak dilantik kerana berada jauh di Pahang. Maka pembesar yang dalam pengaruh penjajah Belanda melantik adik Tengku Hussein sebagai Sultan Johor yang sah. Tentulah Tengku Hussein sangat tidak puas hati dan berusaha juga untuk menaiki takhta Sultan Johor.

Maka Tengku Hussein mencari pihak yang boleh menyokongnya menjadi Sultan Johor yang baru. Stamford Raffles sebagai wakil British memang sangat memahami situasi perbalahan takhta ini dan terus menyambar peluang. Hal ini berlaku tahun 1819. Tengku Hussein mahu megah sebagai Sultan Johor dan bersedia memberi habuan kepada British. Habuan itu adalah Singapura yang selama ini adalah hak bangsa Melayu.

Bagi Raffles cukup memiliki pulau Singapura yang sebelumnya milik Kesultanan Melayu Johor. Bagi Tengku Hussein, menjadi Sultan tanpa kuasa dan tinggal di Singapura sudah cukup, yang penting imej bagus dan dapat melepaskan dendam terhadap adiknya, Tengku Abdul Rahman yang sebelumnya ditabal sebagai Sultan. Untuk Tengku Hussein, Singapura diambil British pun tidak apa, malah dirinya tidak ada apa-apa kuasa dan pengaruh terhadap kerajaan Johor pun masih tak apa juga!

Moral cerita sejarah ini ialah ada pemimpin bangsa Melayu yang sepatutnya menjaga hak bangsa sanggup menjualnya kerana mahukan imej dan hidup glamour semata-mata. Akhirnya apa? Sultan Hussein terpaksa keluar dari Singapura dan keturunannya tidak pun menjadi pewaris Kesultanan Johor. Singapura pula tergadai sehingga kiamat kot!

Hari ini ada orang terdesak mahu menjadi Perdana Menteri (PM) kerana dahulu dia dikira sudah hampir menaiki takhta PM. Nasibnya tidak baik, dia dipecat. Dia dibuang daripada partinya, maka terpaksalah membina parti baru untuk membawa dirinya ke takhta PM. Untuk mendapatkan kuasa PM, dia juga macam Tengku Hussein yang menyerahkan hak bangsanya kepada bangsa lain demi sokongan. Tidak bolehkah dia bertegas menjaga hak-hak bangsanya sambil berusaha menjadi PM?

Di sebelah sana pula sudah menjadi PM tetapi tercabar dan takut kehilangan kuasa. Maka dia pun sudah mula melepaskan hak bangsanya kepada pihak lain semata-mata mahu sokongan agar kekal sebagai PM. Tidak bolehkah dia berusaha mengekalkan kedudukannya sambil menjaga hak bangsanya?

Kesimpulannya, sejak dahulu perbalahan mendapatkan kuasa itulah punca kelemahan bangsa Melayu hingga tergadainya negeri dan hak-hak kehidupan sebagai salah satu bangsa di dunia. Entah berapa kali sejarah seperti ini akan berulang? Agaknya sehingga habis sisa-sisa yang ada.

WADUH Pak Anwar!

Di Malaysia ada satu peristiwa besar yang bersejarah dan mempunyai pengertian tersendiri. Kesannya juga besar dan panjang, sama ada dilihat dari sudut politik pro-Umno atau kontra-Umno. Pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatannya Timbalan Perdana Menteri (1998) dan kemudian tuduhan-tuduhan salah laku seksnya menjadikan keadaan yang asalnya damai menjadi kacau-bilau.

Asalnya cuma pemecatan jawatan, namun Anwar tidak berhenti di situ sebaliknya membawa rakyat di belakangnya. Oleh kerana Anwar mahu berkuasa sebagai Perdana Menteri juga, maka dia memilih jalan di luar Umno dan mencari sokongan musuh-musuh Umno-Barisan Nasional. Untuk menarik sebanyak mungkin sokongan rakyat terutamanya bukan Melayu, tentulah Anwar menawarkan hal yang tidak mungkin diperoleh melalui BN. Melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar menjanjikan sesuatu yang BN tidak boleh memberikannya.

Kesannya besar dan memecah budaya politik kaum-kaum di Malaysia. Pertama: Sebelum pemecatan Anwar, orang Melayu dan bukan Melayu percaya bahawa hanya orang Melayu yang menjadi pemerintah negara. Tidak mungkin Perdana Menteri dan menteri-menteri utama daripada bukan Melayu. Pilihan raya 2008 yang dipimpin oleh Anwar telah memberi harapan besar bahawa orang bukan Melayu boleh memerintah negara melalui seni politik dan faktor nasib.

Kedua: Sebelum pemecatan Anwar, amalan Umno dalam BN yang diterima oleh majoriti rakyat ialah Melayu dominan. Maka apa juga dasar dalam negara memperlihatkan kecenderungan memberi kelebihan kepada rakyat Melayu dan bumiputera. Selepas Anwar dipecat dan menggerakan pakatan pembangkang melalui Pakatan Rakyat (PR), dasar partinya lebih terbuka dan tidak menjanjikan dominan Melayu. Hal ini sangat menarik minat bukan Melayu dan menyebabkan banyak pengikut BN menyeberang ke PKR-PR. Oleh kerana PRU 2008 menyaksikan 50 peratus memihak kepada PR, maka boleh disimpulkan bahawa pemikiran liberal (bukan Malay dominant) menjangkau 50 peratus rakyat Malaysia.

Ketiga: Sebelum pemecatan Anwar manhaj politik Pas bersifat lokal dan dasarnya sangat mencurigakan masyarakat bukan Melayu. Melalui peranan Anwar, Pas menanggalkan baju tradisionalnya dan membuka pendekatan baru dalam politik sehingga begitu banyak pengundi bukan Melayu memilih calon-calon Pas. Maka nampaklah hasilnya, Wakil-wakil Rakyat Pas muncul di Selangor, Perak dan Negeri Sembilan.

Keempat: Sebelum pemecatan Anwar, secara majoriti suara orang Melayu melalui Umno dan dilaksanakan oleh BN. Namun selepas pemecatan Anwar, pemikiran orang Melayu bergerak ke arah Pas-PKR dan Umno-BN. Kini suara orang Melayu yang sama seperti suara liberal DAP itu sudah merebak dengan pantas termasuk dalam Pas. Di balik itu, suara bukan Melayu sebenarnya tidak berpecah kepada DAP-PKR dan MCA-MIC kerana apa juga isu yang menyentuh hal mereka disantuni dengan baik tanpa mengira daripada parti politik mana.

Pergerakan pemikiran politik, ekonomi dan sosial ini dijangka akan berterusan sehingga PRU 2013. Banyak penganalisis melihat PRU 2013 kelak sebagai penentu jaya gagalnya antara dua mazhab politik Umno-BN atau PKR-PR. Untuk lebih difahami ialah perang ideologi antara Melayu Dominan (BN) atau Liberalisme (PR). PRU juga dilihat penentu masa depan PR kerana itu sahaja peluang Anwar untuk menjayakan misinya sebagai PM. Perlu diingat, sejak merdeka tidak ada manusia yang berjaya menggerakkan DAP dan Pas dalam satu misi negara tetapi Anwar berjaya sepenuhnya mengurus konflik ideologi PR. Namun persoalan besarnya, Anwar belum menunjukkan pengganti yang berwibawa sepertinya.

Isnin, Julai 20, 2009

MINUM arak dapat enam sebatan

BERITA di Kuantan Pahang ialah Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhi hukuman denda RM5000.00 dan enam sebatan kepada Kartika Sari Dewi Shukarnor (namanya pun hebat, macam nama anak Presiden Sukarno: Kartika Sari anak dengan Ratna Sari Dewi). Kartika mengaku salah meminum arak di Cherating Bay Lounge, hotel Legend. Saya pun pernah beberapa kali menginap di hotel itu. Sebenarnya di mana-mana hotel, kalau rajin menyiasat akan ditemui anak-anak Melayu (tentulah muslim), yang meneguk arak. Pernah sekali saya di sebuah resort di Cherating, mendengar suara perempuan meracau jam 11 malam di tepi kolam mandi. Heh, rupa-rupanya mabuk kerna minum arak.. Tengok mukanya Melayu dan daripada risikan, memang ada beberapa orang Melayu tempatan sengaja masuk ke lounge hotel waktu malam untuk minum.

Saya ada pengalaman di Pekan Pahang semasa banjir tahun 1997. Oleh kerana bandar Pekan digenangi air dan saya memang perlu untuk ke kedai menjual alatan memancing, terpaksalah masuk ke laluan kedai pancing melalui sebuah restoran milik orang Cina. Kebetulan saya memakai pakaian kerja rasmi dan bersongkok hitam. Apabila saya masuk ke restoran itu, saya pun terkejut melihat beberapa orang lelaki Melayu macam kaget dan seperti hendak beredar melihat saya. Oh rupa-rupanya di atas mejanya ada botol arak. Dan mereka menyangka saya ini pegawai penguatkuasa agama!

Sebenarnya semakin lama arak itu biasa diteguk oleh orang Melayu Islam, bukan hanya di pub, lounge atau restoran bukan Islam. Misalnya di Perkampungan Permatang Badak Kuantan, pernah kedai Seven Eleven menjual arak sedangkan kawasan itu 100 peratus penduduk Islam. Saya tegur dan rasa marah dengan penjual di kedai berkenaan. Sebelum kedai itu menghentikan jualan araknya, banyak botol arak ditemui di kawasan tempat tinggal saya itu. Dan pernah melihat dengan mata sendiri dua lelaki muda Melayu sengaja membuang botol arak di tepi jalan waktu siang, dalam kawasan rumah yang semua muslim. Saya yakin mereka minum arak di rumah dan membuang botolnya di simpang jalan.

Berkenaan hukuman sebat enam kali di Malaysia, tidak pasti pula bolehkah hukuman ini dilaksanakan terhadap perempuan. Berdasarkan pengetahuan saya, kalau kesalahan jenayah yang hukumannya ada sebatan rotan, hukuman rotan ini tidak dikenakan terhadap perempuan.

Sabtu, Julai 18, 2009

BAGAIMANA hamil sebelum nikah?

PERUBAHAN nilai. Hanya itu yang dapat disimpulkan mengenai penerimaan hamil sebelum nikah, sekalipun dalam masyarakat bukan Islam. Berdasarkan pemahaman tradisi kaum Cina, seks luar nikah adalah larangan. Namun perubahan dunia modern mula mengubah pemikiran dan nilai hidup sesuatu masyarakat.

Inilah yang berlaku rentetan kematian Teoh Beng Hock. Tunangnya, Soh Sher Wei sudah hamil sedangkan mereka belum berkahwin. Mungkin itu mengejutkan, tetapi yang lebih mengejutkan ialah apabila ayah mendiang Teoh Beng Hock iaitu Teoh Liang Fai yang berusia 61 tahun telah menerima keadaan ini sebagai biasa. Katanya, "perkara biasa, tolong jangan pandang serong,"

Kalau seorang lelaki berusia 61 tahun boleh menerima seks luar nikah, tentulah generasi muda hari ini dalam kalangan mereka lebih terbuka. Semua ini sedang berlaku dalam sebuah negara bernama Malaysia, yang terletak di Asia Tenggara. Dalam sejarah konflik nilai antara tamadun Barat dan Timur senantiasa berlaku. Namun sedikit demi sedikit, nilai Barat mula diterima.
Penerimaan nilai Barat dalam masyarakat bukan Islam di negara ini juga menjelaskan mengapa pembuangan bayi tidak berlaku dalam kalangan mereka. Masyarakat Melayu Islam masih tidak dapat menerima kehamilan luar nikah, akibatnya banyak bayi tidak dipinta kehadirannya dibuang begitu saja!

Soalnya yang benar-benar ialah bolehkah budaya barat seks sebelum kahwin diterima di Malaysia sekalipun dalam kalangan masyarakat bukan Islam?

UNTUNGnya bukan Melayu dalam PR

SAYA menghantar tulisan dalam forum di http://al-fikrah.net berkenaan masa depan kuasa dan hak-hak orang Melayu di negara ini. Percaya atau tidak bahawa sejarah terlepasnya kuasa Melayu ke atas Pulau Pinang (1786), Singapura (1819) dan Perak (1874) sedang berlaku. Memang orang Melayu tidak memanggil British untuk diberikan apa-apa hak Melayu, tetapi sedang berkira-kira dengan pihak lain. Untuk meneruskan pembacaan klik http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=120680.html#120680

Rabu, Julai 15, 2009

HUKUM berjemaah subuh dan imam berqunut

Oleh: Syaikh Rabi bin Hadi

Pertanyaan:Jika kita berma'mum pada imam yang melakukan qunut dalam shalat subuh dan berdoa serta mengangkat tangan, apakah kita mengikutinya berqunut? Dan jika shalat istisqa dilakukan di masjid (tidak di tanah lapang), apakah kita tetap shalat istisqa bersama mereka?

Jawaban:Jika seorang imam shalat dengan berqunut, maka qunutlah bersama imam tersebut. Perbedaan imam dengan ma’mum -bahkan jika sekalipun ma’mum menganggap bahwa shalat imam tidak sah menurut madzhab ma’mum - shalatnya sah menurut madzhab imam akan tetapi tidak benar menurutmu, maka tetap bermak’mumlah kepadanya. Rasul saw memerintahkan bermakmum kepadanya dan Beliau bersabda:

“Mereka (imam) shalat untuk kamu, apabila mereka benar maka untuk kamu (pahalanya) dan apabila mereka salah maka untuk kamu (pahalanya) dan (dosanya) menjadi tanggungan mereka.” (HR. Bukhari dari hadits Abu Hurairah)

Dahulu para salaf, yakni datang Rasyid (Khalifah Harun Ar-Rasyid) untuk berhaji dan singgah di Madinah kemudian beliau berbekam, kemudian bertanya kepada Imam Malik “Saya baru berbekam, apakah aku shalat tanpa harus wudlu lagi?” Imam Malik berkata “Benar, shalatlah (tanpa wudlu lagi)”.
Maka Beliau mengimami manusia untuk shalat dalam keadaan tidak wudlu lagi setelah berbekam.

Di satu sisi ada perbedaan pendapat tentang berbekam apakah hal tersebut membatalkan wudhu atau tidak. Kemudian ditanyakan kepada Imam Abu Yusuf (Ulama madzhab Hanafi), “Bagaimana dengan shalatmu yang bermakmum kepada Rasyid sedangkan Beliau shalat dalam keadaan tidak berwudlu setelah berbekam?” Abu Yusuf menjawab “Subhanallah, dia itu amirul mukminin!”

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berpendapat, “Anda shalat bermakmum pada seorang imam yang ada perbedaan pendapat antara engkau dengan imam dalam suatu permasalahan. Engkau berpendapat bahwa pendapat imam bathil, shalatnya tidak benar, akan tetapi imam mempunyai pijakan dan dalil-dalil yang dengan itu imam berpendapat bahwa shalatnya benar. Maka bermakmumlah kepadanya walapun engkau menganggap bahwa shalatnya tidak benar, kecuali jika engkau telah melakukan konfirmasi (penetapan) sehingga yakin bahwa imam shalat dalam keadaan tidak berwudhu (misalnya),” dia berkata kepadamu “Sesungguhnya saya tidak berwudhu dan shalat tanpa wudhu, maka shalatnya batal menurut engkau dan juga menurut imam”.

Ahad, Julai 12, 2009

NATRAH: Hati yang luka

NATRAH Hertogh atau Maria Hertogh baru saja meninggal dunia. Koran Berita Minggu hari ini memaparkan rencana ‘Natrah hidup dalam sejarah Melayu’. Mungkin masa akan datang peristiwa Natrah 1950 akan menjadi sebagian sastera Melayu seperti perlawanan antara Tuah dan Jebat.

Kisah Natrah adalah hati yang luka. Peribadi Natrah sendiri yang terluka apabila dipisahkan dengan suamainya Mansor Adabi tahun 1950. Beberapa tahun setelah dibawa ke Belanda apabila diberitahu Mansor berkahwin lain, Natrah sangat marah sekalipun dia tidak memberi harapan untuk kembali kepada Mansor. Kemudian apabila media Belanda menayangkan kebahagiaan dan kemewahan Mansor, Natrah menjadi tidak karuan sehingga berkeinginan untuk membunuh suaminya, walhal waktu itu dia sudah anak 10 di Belanda!

Orang Melayu Islam lagi terluka. Isunya ialah Natrah dimurtadkan, dijadikan kristian Katholik. Orang Melayu boleh menerima Natrah dipulangkan kepada keluarga Hertogh tetapi foto-foto Natrah dipaksa sujud dalam gereja yang disiar dalam akhbar NST tahun 1950 menyebabkan amarah tidak tertahan. Hasilnya 19 maut dalam rusuhan dan ratusan cedera.

Bangsa Timur juga terluka apabila Barat memaksakan undang-undangnya di Timur sekalipun sebagian tanah jajahan sudah merdeka. Belanda seperti menggunakan isu Natrah untuk membalas dendam fizikal dan psikologi terhadap Malaya dan Indonesia. Sejak 1945 Indonesia berperang dengan Belanda (ayah Natrah adalah soldadu Belanda di Indonesia sebelum kedatangan Jepun) sehingga tahun 1949 Belanda terpaksa mengakui kedaulatan Indonesia. Dalam mahkamah di Singapura, hakim mengatakan undang-undang Belanda tidak memberi kebebasan kepada remaja bawah 18 tahun untuk menentukan agama, maka agama Natrah adalah hak mutlak ayahnya. Lagi, hakim juga tidak mengiktiraf perkahwinan antara Natrah dan Mansor, bermakna undang-undang keluarga Islam tidak dipandang langsung kepada Barat!

Apa pun Natrah adalah mangsa pertikaian antara Timur dan Barat, sampai kapan pun tetap menjadi ikon debat pertembungan tamadun antar dua wilayah dunia ini.

Sabtu, Julai 11, 2009

ANTARA akidah Nabi Musa dan Firaun: Di manakah ALlah?

Jika kita menanyakan kepada sebagian saudara kita mengenai di manakah Allah, maka muncul berbagai versi jawaban mengenai hal ini. Ada yang mengatakan bahwa Allah bersemayam di atas ‘Arsy. Ada pula yang mengatakan bahwa Allah ada di mana-mana. Ada pula yang mengatakan bahwa Allah ada di hati setiap insan. Padahal senyatanya, jika kita menelusuri Al Qur’an, kita akan mendapati bahwa Allah sendiri telah menceritakan tentang keberadaannya bahawa Dia berada di atas ‘Arsy, di atas langit, di atas seluruh makhluk-Nya.
Ahmad bin ‘Abdul Halim Al Haroni rahimahullah mengatakan bahwa sebagian ulama besar Syafi’iyah mengatakan,

في القرآن ألف دليل أو أزيد تدل على أن الله عال على الخلق وأنه فوق عباده وقال غيره فيه ثلاثمائة دليل تدل على ذلك
“Di dalam Al Qur’an ada 1000 dalil atau lebih yang menunjukkan Allah berada di atas seluruh makhluk-Nya dan di atas seluruh hamba-Nya.” Selain mereka (ulama Syafi’iyah) mengatakan bahwa ada 3000 dalil yang menunjukkan hal ini. (Bayanu Talbisil Jahmiyah, 1/555)
Adapun di antara dalil Al Qur’an yang membicarakan hal ini adalah dalil tegas yang menyatakan Allah fis samaa’.
Menurut Ahlus Sunnah, maksud fis samaa’ di sini ada dua:
• Fi di sini bermakna ‘ala, artinya di atas. Sehingga makna fis sama’ adalah di atas langit
Sama’ di sini bermakna ketinggian (al ‘uluw). Sehingga makna fis sama’ adalah di ketinggian.
Dua makna di atas tidaklah bertentangan. Makna fis sama’ tidak boleh dipalingkan ke makna selain itu. Contoh dalil tersebut adalah firman Allah Ta’ala,

أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ
“Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di (atas) langit bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersamamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?” (QS. Al Mulk 67:16)
Juga terdapat dalam hadits,
الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا أَهْلَ الأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِى السَّمَاءِ
“Orang-orang yang penyayang akan disayang oleh Ar Rahman. Sayangilah penduduk bumi, niscaya (Rabb) yang berada di atas langit akan menyayangi kalian.” (HR. Abu Daud no. 4941 dan At Tirmidzi no. 1924. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih)
Dalil lainnya adalah dalil yang menyatakan bahwa Allah menceritakan mengenai Fir’aun yang ingin menggunakan tangga ke arah langit agar dapat melihat Tuhannya Musa. Lalu Fir’aun mengingkari keyakinan Musa mengenai keberadaan Allah di atas langit. Allah Ta’ala berfirman,

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الْأَسْبَابَ (36) أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِبًا
“Dan berkatalah Fir’aun: “Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, (yaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta.” (QS. Al Mu’min 23:36-37)
Ibnu Abil ‘Izz mengatakan, “Barangsiapa yang mendustakan ketinggian Dzat Allah di atas langit yaitu dari golongan Jahmiyah, maka mereka termasuk pengikut Fir’aun. Sedangkan yang menetapkan ketinggian Dzat Allah di atas langit, merekalah pengikut Musa dan pengikut Muhammad.” (Syarh Al ‘Aqidah Ath Thohawiyah, 2/441)
Keyakinan ini juga merupakan keyakinan Imam Malik bin Anas, Imam Darul Hijrah. Dari Abdullah bin Ahmad bin Hambal ketika membantah faham Jahmiyah, Abdullah bin Nafi’ berkata bahwa Imam Malik bin Anas mengatakan, “Allah berada di atas langit. Sedangkan ilmu-Nya berada di mana-mana, segala sesuatu tidaklah lepas daripada ilmu-Nya.” (Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, 138. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa riwayat ini shohih)
Sedangkan Imam Abu Hanifah bersikap keras terhadap orang yang mengingkari keberadaan Allah di atas langit. Dari Abu Muthi’ Al Hakam bin Abdillah Al Balkhiy -pemilik kitab Al Fiqhul Akbar, beliau bertanya pada Abu Hanifah mengenai orang mengatakan, “Saya tidak tahu Rabbku di atas langit ataukah di bumi.”
Imam Abu Hanifah lantas mengatakan, “Orang tersebut telah kafir karena Allah Ta’ala sendiri berfirman (yang artinya), ‘Allah menetap tinggi di atas ‘Arsy’ dan ‘Arsy-Nya berada di atas langit.” Orang tersebut mengatakan lagi, “Aku berkata bahwa Allah memang menetap di atas ‘Arsy.” Akan tetapi orang ini tidak mengetahui di manakah ‘Arsy, di langit ataukah di bumi. Abu Hanifah lantas mengatakan, “Jika orang tersebut mengingkari Allah di atas langit (Arsy Allah di langit), maka dia kafir.” (Diriwayatkan oleh Al Faruq dengan sanad dari Abu Bakr bin Nashir bin Yahya dari Al Hakam. Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, 135-136)

Semoga Allah memberi taufik kepada kita sekalian agar memiliki aqidah yang benar. Amin Yaa Mujibas Saa’ilin.Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat. Wa shallallahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.
(Sumber: Mediu-Jogja, 28 Jumadil Ula 1430 Hal Faqir Ilallah: Muhammad Abduh Tuasikal)

Selasa, Julai 07, 2009

PANDANG foto TG Nik Aziz dapat pahala?

UNTUK apa ulama dan ustaz masuk politik? Untuk apa wanita-wanita meredah kepayahan terlibat dalam politik? Untuk apa anak-anak muda bersengkang mata, berkorban masa dan tenaga dalam politik?

Jawabannya indah: Untuk melaksanakan amanah Allah. Allah mewariskan bumi ini kepada manusia yang beriman, bukan manusia ingkar (ingkar perintah Allah). Jawaban lain: Untuk mentadbir negara, untuk menyumbang bakti kepada nusa dan bangsa. Semua kerja mulia.

Pas dengan susah payah sejak sekian lama masuk politik pun tentu kerana panggilan dari langit. Maka berbondong-bondong manusia menjadi tetamu ceramah Pas di mana-mana. Tampillah tokoh-tokoh ulama menjadi pemimpin dan diterima oleh rakyat Islam dan bukan Islam.

Saya tidak sangka menerima maklumat yang Tuan Guru Nik Aziz dianggap ikon paling mulia sehingga ada imam (tentulah imam solat, tentulah imam ini pakar agama: akidah dan ibadah) sudah percaya Allah memberi pahala kepada sesiapa yang memandang foto TG Nik Aziz. Tentulah maksud pahala ini, ganjaran istimewa daripada Allah berbanding memandang foto Datuk Husam Musa misalnya. Dapat pahala ini difahami seperti mendengar bacaan alquran berpahala. Pahalanya lebih berbanding pahala mendengar suara emak kita. Itulah maksudnya yang saya faham. Kalaulah tidak sebab ada keistimewaan pahala kerana memandang foto TG Nik Aziz, saya yakin Penasihat Pilihan Raya Pas Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah tidak akan mendedahkan hal demikian.

Inilah berita berkenaan Wan Abdul Rahim dan pahala memandang foto TG Nik Aziz.

Beliau secara terbuka mengakui ia merupakan strategi parti tersebut kerana penduduk di Kelantan khususnya Manek Urai menganggap Nik Abdul Aziz sebagai ikon dan apa yang dikatakan terhadapnya akan memberikan kesan sebaliknya.Katanya, penghormatan masyarakat terhadap Menteri Besar Kelantan itu begitu tinggi sehingga ke tahap ada yang percaya bahawa menatap potret pemimpin itu sudah dapat pahala.

Kata Wan Abdul Rahim, "Di Manek Urai, saya dengar seorang imam mukim kata dia tengok muka Nik Abdul Aziz dapat pahala, boleh jadi betul atau tidak kata dia, tetapi itu gambaran bagaimana penghormatan terhadap Tok Guru.Siapa yang serang akan kena balik pada diri sendiri, lagi kuat serangan itu, lagi ramai orang simpati terhadap Nik Abdul Aziz dan Pas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Saya yakin TG Nik Aziz tidak mengajarkan begitu kepada pengikut Pas atau imam mukim berkenaan. Masalahnya ialah apabila akal dan nafsu membelakangkan asas wahyu dan sunah. Kalau pemikiran imam mukim ini bukan bid’ah, apa lagi penjelasannya? Ingat, apabila imam yang dimuliakan dalam masyarakat sudah membawa pemahaman salah, orang awam susah untuk menafikannya. “Tak kan imam buat syirik, dia alim dan warak…”

(Terpulang kepada pembaca menanggapinya, kata orang 'kalau tidak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah')
Hubaya-hubaya…


Sumber berita dari
http://greenboc.blogspot.com/2009/07/manek-urai-tindakan-umno-menyerang-tgna.html

Sabtu, Julai 04, 2009

HADIS palsu Rejab dari masjid

KALAUlah ada laporan mengatakan mayat yang hanyut dilaut dimakan ikan dan ikan itu dijual di pasar, pasti orang tidak membeli ikan itu. Kenapa? Jawabnya tidak sanggup memakan ikan yang memakan mayat manusia. Kalaulah pula ada laporan menyatakan gelatin haiwan haram digunakan dalam pembuatan makanan, tentulah banyak orang Islam yang mahu tahu jenis makanan itu. Ertinya sedikit pun tidak mahu menyentuh makanan yang diragui sahnya di sisi Allah dan rasul-Nya.

Adakah sensitiviti kebanyakan umat Islam terhadap ketulenan ibadah seperti prihatinnya terhadap isu makanan tercemar di atas? Jawabnya, tidak. Malah kebanyakan mereka bagai tidak perduli ada atau tidak bahan tercemar dalam pegangan akidah dan ibadahnya.

Kalau dalam bab makanan yang diragui halal-haramnya, umat Islam di desa-desa pun cepat menuding jari kepada pihak berkuasa seperti Jakim untuk bertindak, dalam bab halal-haram amalan ibadah hendak menuding jari kepada siapa? Bukankan institusi agama yang menjaga agama, tidak mungkinlah orang-orang di sana yang menjadikan amal ibadah dalam keraguan. Ya tak ya juga…

Baru-baru ini saya mengambil sehelai kertas edaran oleh Biro Dakwah sebuah masjid yang mengandungi 22 ayat-ayat yang dicatat berkenaan bulan Rejab di sisi Allah dan rasul-Nya. Ada yang dicatat sebagai sabda Rasulullah, dan kata-kata Sayyidina Ali. Yang lainnya hanya dicatat berssumberkan ‘al-Hadis’. Sekali pandang saja sudah dapat dikesan batilnya maksud ayat-ayat itu sekalipun dikatakan maksud al-Hadis.

Perhatikan petikan ke-16: ”Berkata Saidina Ali: Puasa Rejab 13 hari seperti puasa 3 ribu tahun. Puasa Rejab 14 hari seperti puasa 10 ribu tahun. Puasa 15 hari seperti puasa 100 ribu tahun!” Dari mana Biro dakwah masjid ini mendapat kata-kata Sahabat Rasulullah ini? Tidak dinyatakan sumbernya.

Perhatikan yang ke-20: “Puasa sehari daripada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadah seumur hidup.” Dengan hanya menyatakan ‘mafhum Hadis’ tentu pembaca yakin bahawa ayat itu adalah ucapan Rasulullah. Malanglah kerana tidak diberikan riwayat hadis ini.

Secara teknikal sahaja semua ini meragukan halal-haramnya, seperti makanan yang diragui kehalalannya. Ilmuan tempatan seperti Dr Mohd Asri sejak awal lagi telah mendedahkan banyaknya hadis palsu berkaitan bulan Rejab. Rencananya terbaru bab ini ada dalam http://drmaza.com .

Kenyataan lain ialah:
Imam Syafie pula berkata, ''aku tidak menyukai seseorang itu berpuasa penuh sebulan pada bulan lain seperti bulan ramadhan.''

Kata Imam Ahmad bin Hanbal, ''mereka yang berpuasa Rejab haruslah berbuka sehari atau dua hari.''

Pengarang menulis sebagai berikut: ''...tidak ada hadis sahih daripada Nabi s.a.w. yang menjelaskan tentang puasa bulan rejab dan keutamaanya. Semua hadis dalam hal ini adalah merupakan hadis-hadis lemah bahkan palsu dan tidak sahih sama sekali... Beberapa ulama lain berpendapat bahawa berpuasa pada bulan rejab dianjurkan kerana bulan Rejab termasuk bulan haram, bukan kerana Rejab memiliki keistimewaan tersendiri dari bulan-bulan lainnya. Inilah pendapat yang menurut saya lebih mendekati kebenaran...''

Demikian bersumber daripada Syaikh al-Muhaddis Usamah Abdul 'Aziz, dalam Shiyam at-thatawwu' fadail wal ahkam, terbitan Dar ad-Dhiya', Tanta, Mesir -

Selain itu ustaz Nawawi, seorang bloger dan aktivis manhaj salaf menampilkan kajiannya seperti berikut.

"Ada pun mengkhususkan puasa di bulan rejab, seluruh hadisnya lemah dan palsu. Ahli ilmu tidak menjadikannya sebagai sandaran sedikit pun." - Syaikhul Islam Ahmad b. Abdul Halim al-Harani.
"Setiap hadis yang menyebutkan tentang puasa rejab, solat di sebahagian malamnya, semuanya adalah dusta." - Imam Ibnul Qayyim rahimahullah.

"Tidak ada hadis yang sahih yang dapat dijadikan hujjah berkaitan amalan khusus di bulan rejab, sama ada puasa mahu pun solat malam dan sejenisnya. Dan dalam menegaskan perkara ini, aku telah didahului oleh Imam Abu Ismail al-Harawi al-Hafiz, kami meriwayatkan darinya dengan sanad sahih, demikian pula kami meriwayatkan dari selainnya." - al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani.

Dinukil dari Abu Ubaidah Yusuf as-Sidawi, Ensikolpedi Amalan Sunnah Di Bulan Hijriyah, Pustaka Ilmi.

JIKA pemborong ikan bergelar YB...

Oleh: Zukri Aksah (cangkir retak, m-star online)
Maaf, saya tidak boleh setuju kali ini.

Saya tidak boleh bersetuju bila seorang pemborong ikan diangkat menjadi calon ADUN Manek Urai. Bukan kerana saya menghina kerjapemborong ikan, tidak terniat sama sekali. Ini bukan soal mudahditerima atau sudah dikenali, ini soal kepimpinan, suatu amanah besaryang harus dipikul.

Saya juga tidak boleh bersetuju dengan hujah Pengarah Pilihanraya PASKelantan, Abdul Fattah Harun bahawa tugas ADUN hanya terhad di kawasannya sahaja, maka dia tidak semestinya berpendidikan tinggi, lainlah kalau dia dicalonkan untuk kerusi Parlimen.

Secara preskripsinya, jawatan ADUN dan Ahli Parlimen adalah sama, mereka dalam Bahasa Inggeris disebut “law makers.” Bezanya ADUN terlibat dalam penggubalan undang-undang negeri, sementara Ahli Parlimen terlibat dalam penggubalan undang-undang persekutuan. Di Dewan Undangan Negerilah, undang-undang peringkat negeri dibentang, dibahas dan diluluskan. Tanpa prejudis, apakah seorang pemborong ikan berkeupayaan dan mampu untuk terlibat sama dalam sesi-sesi sebegini?

Di Dewan Undangan Negeri juga, Belanjawan Tahunan Negeri dibentang, dibahas dan diluluskan. Sekali lagi tanpa prejudis, andainya saya adalah pengundi di Manek Urai, bagaimana saya boleh berharap seorang pemborong ikan boleh berkontribusi dan menyumbang dalam perbincangan tentang kewangan negeri?
Bayangkan jika seorang wartawan menemuramah calon PAS ini setelah bergelar YB, “Jika kerajaan persekutuan bersetuju memindahkan operasi pendaratan minyak Kelantan ke Kelantan sendiri, apakah prospek ekonomidan sosial yang YB nampak?”
Mampukah seorang pemborong ikan menguasai isu-isu sebegini? Menganggar secara akademik berapa ribu peluang pekerjaan baru akan muncul, berapa peratus peningkatan hasil kerajaan negeri dari cukai, apa sektor-sektor hiliran yang akan muncul, perubahan taraf kehidupan dan sebagainya.
Menjadi ADUN bukan sekadar berkhidmat sebagai wakil rakyat, wakil untuk mendengar komplen rakyat, komplen tentang longkang tersumbat, komplen tentang sampah tidak diangkat, komplen tentang hidup susah dan melarat, komplen tentang banjir dan musibat serta lain-lain lagi.
Wakil rakyat, sama ada di peringkat DUN atau Parlimen adalah pemimpin, mereka memimpin rakyat. Pemimpin seharusnya seorang yang walau sedikit mesti idealis, dia mesti mampu menggagaskan sesuatu untuk masyarakat yang dipimpinnya, ringkasnya dia yang membawa rakyat, bukan rakyat yang membawanya, ke mana?

Sudah tentu soal gagasan menjadi lebih penting untuk pemimpin yang bertaraf wakil rakyat, sebab gagasan kerajaan negeri juga akan dibincang dan diperdebatkan di Dewan Undangan Negeri. Saya tetap tidak mahu prejudis tetapi kepala saya tidak dapat lari dari tertanya-tanya tentang kemampuan seorang pemborong ikan dalam hal ini.
Suatu ketika dahulu, ketika di era pemerintahan Mahathir, Ibrahim Ali pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal-ehwal undang-undang. Ketika itu dia sering dikritik pembangkang kerana jawatan itu langsung tidak sesuai dengannya. Hujah popular ketika itu ialah perlantikan Ibrahim Ali adalah sesuatu yang zalim mengikut maksud Islam, kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
Kepala bukan tempat meletak kasut, bahagian undang-undang bukan tempat Ibrahim Ali, apakah kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri adalah tempat yang wajar untuk seorang pemborong ikan? Apakah PAS tidak memikirkan soal sekufu di antara Abe Uji Ikan dengan jawatan wakil rakyat? Apakah Abe Uji Ikan adalah “sesuatu” yang diletakkan bukan pada tempatnya iaitu jawatan wakil rakyat tersebut? Jika ya tidakkah ianya satu tindakan yang zalim?
Kepimpinan adalah amanah, amanah ini menjadi lebih berat bila kita bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri. Amanah yang dipegang bukan sekadar untuk mewakili rakyat di kawasannya secara adil dan saksama, lebih penting adalah deretan amanah yang sudah digariskan sebelum seseorang itu memenangi sebuah pilihanraya, iaitu seorang ADUN mestilah menghadiri sidang DUN, bukan hanya hadir tanpa ponteng tetapi turut memberi sumbangan bermakna dalam perbincangan yang berlaku di dalamnya, sama ada yang melibatkan undang-undang, kewangan, pentadbiran, polisi, agama dan sebagainya.
Jika seseorang yang terpilih di kedudukan ini menjadi popular di kalangan rakyat kerana sentiasa ada di mana-mana acara di kawasannya, tetapi hadir dengan kebisuan setiap kali DUN bersidang, kekok untuk berbahas bersama-sama ahli Dewan yang lain akibat kekurangan pengetahuan, bagi saya dia bukan gagal, tetapi tidak mampu untuk memikul beban amanah berat sebagai ahli Dewan yang mulia.
Malangnya, dalam ketidakmampuan menjalankan amanah di Dewan yang menuntut profesionalisma dan intelektualiti, orang sebegini tetap menerima bayaran yang sama seperti ADUN lain, bayaran yang bersumberkan wang hasil titik-peluh rakyat. Apakah ketidakmampuan ini bukan satu pengkhianatan kepada amanah rakyat?
Atau PAS hari ini sudah mengubah strategi peperangannya? Yang penting mesti menang terus, momentum kemenangan perlu dikekalkan, jadi jalan paling selamat adalah memilih orang popular dan dikenali ramai di Manek Urai untuk bertanding, seperti kata Abdul Fattah Harun bahawa pengundi Manek Urai boleh terima dan tidak mengira isu pendidikan, wakil rakyat yang berurusan dengan kerajaan tidak semestinya berpendidikan tinggi.
Bolehkan PAS memakai prinsip asal boleh terima? Sedangkan pada waktu yang sama kualiti kepimpinan sedang dikorbankan.
Saya kira PAS Kelantan tidak kekurangan tokoh tempatan untuk diketengahkan sebagai calon yang bukan sekadar popular, tetapi berwibawa, apalagi ia hanya melibatkan satu kerusi DUN sahaja. Saya tidak nampak PAS begitu terdesak sehingga terpaksa berkompromi tentang mutu latar belakang calon yang diturunkannya.
Mungkin benar dakwaan Abdul Fattah yang penduduk Manek Urai tidak kisah pun jika calon yang bertanding tidak tinggi pendidikannya, tetapi percayalah Kelantan memerlukan kemasukan pemimpin baru yangmemang terpelajar bagi memperkuatkan lagi kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz ini.

Jumaat, Julai 03, 2009

SEJARAH ringkas Syeikh Muhammad Abdul Wahab

Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Rasyid bin At-Tamimi. Dilahirkan di ‘Uyainah yang terletak di sebelah utara Riyadh pada tahun 1115 H. (1703M) dan meninggal dunia paa tahun 1206H. Beliau membesar di bawah jagaan ayahnya yang juga merupakan seorang Qadi di ‘Uyainah.

Syaikh Mohammad Abd Wahhab telah menghafal Al-Qur’an sebelum mencapai umur sepuluh tahun. Beliau telah mempelajari fiqih Hambali, Tafsir dan Hadith daripada bapanya. Sememangnya dari sejak kecil beliau amat menggemari membaca kitab-kitab Tafsir, Hadith dan Aqidah serta lebih banyak menumpukan kepada hasil karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan Al-Hafiz Ibnu Qayyim di dalam pembacaannya.

Setelah itu beliau berangkat ke Makkah Al Mukaramah untuk menunaikan ibadah haji, kemudian terus ke Al Madinah Al Munawwarah menziarahi Masjid Nabawi, menziarahi Rasulullah SAW dan para sahabatnya RA. Seterusnya beliau mendalami ilmu agama daripada para ulama Madinah seperti Syaikh ‘Abdullah b. Ibrahim b Saif, Sheikh Ali Afandy Ad Daghastani, Syaikh Ismail Al ‘ Ajluni, Syaikh ‘Abdul Latif Al-‘Afaaqi Al Ahsaai’, Syaikh Muhammad Hayat As Sindi.

Kemudian Syaikh Muhammad Abd Wahhab pulang ke Najid dan terus ke Basrah. Beliau tinggal di sana beberapa waktu dan mendalami ilmu agamanya daripada para ulama Basrah seperti Syaikh Muhammad Al Mujmu’I dan Al ‘Allamah Malla Hamdu Al Jamili. Di dalam perjalanan pulang ke Nadj beliau telah berhenti di AL Ahsaa’ dan duduk belajar dari Syaikh Muhammad b Abd Latif As Syafi’i.

Ketika pulang ke negerinya, beliau telah melihat kemungkaran, kesyirikan dan kesesatan berleluasa di Negeri Najd, Haramain, Iraq dan lain lain tempat. Sehingga ketika beliau berada di Madinah Al Munawwarah beliau telah mendengar orang ber’istighatah ( minta tolong ) dengan Rasulullah SAW dan bukannya dengan ALLAH SWT. Lalu ia bertanya kepada Syaikh Hayat As Sindi tentang perkara tersebut, maka dengan segera Syaikh tersebut menjawab: “Sesungguhnya celakalah mereka itu dengan apa yang mereka itu padanya dan kekarutan yang mereka kerjakan itu.”

Pada tahun 1158H, beliau telah pergi ke Dar’iah dan menjadi tetamu bagi ‘Abdul Rahman bin Suwailim dan Ahmad B Suwailim. Semasa di sana beliau telah dikunjungi oleh orang ramai untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama darinya. Kemudian beliau telah bersetuju dengan Muhammad b. Sa’ud Amir Ad Dar’iah untuk berjihad di jalan ALLAH bagi melaksanakan tuntutan “amar ma’ruf dan nahi mungkar” serta menegakkan syariat agama Islam.Meskipun orang ramai telahpun menaruh minat serta memberi sokongan yang kuat terhadap da’wah Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab, namun tidak dapat dinafikan di sana terdapat beberapa golongan yang menentang usaha murni beliau, sehingga sesetengah orang awam telah terpengaruh dengan dakyah-dakyah golongan yang menentang usaha beliau ini disebabkan kerana,
1. Pihak penentang beliau telah menulis surat kepada kerajaan Uthmaniyyah bagi meminta bantuan ketenteraan dan mendesak agar Kerajaan Uthmaniyyah menghalangi usaha-usaha Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab. Mereka telah menakut-nakutkan pemerintah Kerajaan Uthmaniyyah dengan dakwaan jika Kerajaan Uthmaniyyah tidak campur tangan di dalam masalah ini nescaya kehebatan kerajaan Uthmaniyyah akan hilang dari hati-hati orang Islam. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan mereka telah memburuk-burukkan Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab dengan menaburkan fitnah-fitnah yang dusta, umpamanya mereka menuduh Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab telah membuat mazhab yang kelima, beliau tidak mencintai Rasulullah, tidak mengasihi para wali dan sebagainya.

2. Golongan Ulama yang hidup mereka hanya bergantung dengan dakyah-dakyah yang membesar-besarkan kubur-kubur dan qubbah-qubbah yang dihiasi dengan pelbagai corak sangat takut dan bimbang dakwah Salafiah yang dibawa oleh Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab. Lalu mereka menentang habis-habisan Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab demi untuk menjaga sumber rezeki mereka.

3. Sesetengah ulama tidak dapat gambaran yang jelas dan tepat tentang Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab dan dakwahnya. Merekahanya sekadar mendengar daripada orang yang berhasad dengki dan memburuk-burukkan Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab tanpa merujuk terus kepada kitab-kitab karangan Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab.

Kitab-Kitab Karangan Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab.

Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab telah mengarang beberapa buah kitab bagi menegakkan ajaran Al-Qu’ran dan Al Sunnah serta sekaligus menjelaskan matlamat dakwah beliau. Di antara kitab-kitab tersebut ialah:
Kitabat-Tauhid
Kasyfu asy Syubhat
Thulatha al Usul
Mukhtasar as Sirah an Nabawiyyah
Al-Qawaid al-Arba’
Usul al Iman
Kitab Mufid al Mustafid fi Kufri
Tariq at-Tauhid
Syurut as Solah wa Arkaanuha
Kitab Fadl al Islam Majmu’
Rasail fi at Tauhid wal Iman wa Masail al Jahiliyyah.
Kitab at-Thoharah
Mukhtasar al Insof fi Ma’rifah ar Rajih minal Khilaf
Nasihah al Muslimin bi Ahaadith Khatimal Mursalin
Kitab Al Kabair Mukhtasar Zaadul Ma’ad
Kitab Fadhailul Qur’an Istinbath minal Qur’an Al-Hudha An Nabawi
Majmu’ as Sawaiq Majmu’ al Hadith ‘ala Abwab al-Fiqh
Ahaadith al Fitan
Mukhtasar al Bukhari
Ar Rasail asy-Syakhsyiyyah
Ikhtisar as Syarh al Kabir
Masail al Jahiliyyah
dan sebagainya
Didalam kitab Unwan Al-Majid telah menyatakan bahawa ramai daripada pembesar pembesar ulama di zaman itu turut mendalami ilmu mereka daripada Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab. Keempat empat anak Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab juga telah menjadi ulama besar dizaman itu hasil daripada beliau. Mereka itu ialah Husain, ‘Abdullah, Ali dan Ibrahim.Disamping itu terdapat ramai anak anak murid Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab yang muncul sebagai tenaga penggerak Da’wah As Salafiah di merata rata tempat. Mereka kebanyakannya telah menjadi qadhi atau mufti diseluruh pelusuk Tanah Arab. Di antara mereka itu ialah: Syaikh ‘Abdul Aziz b. ‘Abdullah Al Husain Al Naasiri Syaikh Sa’id b. Huja’i Syaikh Abdur Rahman b. Naami Syaikh Hamid b. Naasir b. Usman b. Ma’mar Syaikh Ahmad b. Rasyid Al Uraini Syaikh ‘Abdul Aziz Abu Hasan Syaikh ‘Abdul Aziz b. Suwailim Syaikh Hasan b. Aidan dan lain lain lagi.

Masyarakat Najd sebelum Da’wah Syaikh Muhammad Abd Wahhab.
Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab telah mendapati bahawa khurafat dan I’tiqad yang rosak dan bercanggah dengan usul agama yang sahih telah berleluasa didalam negei Najd dan di kawasan kawasan sekitarnya. Masyarakat ketika itu sering berulang alik ke kubur di negeri itu untuk meminta hajat atau meminta agar mereka dilepaskan daripada kesusahan.

Umpamanya di Al Jubailah, mereka berulang alik ke kubur yazid b. Al Khattab dan merendah diri serta meminta hajat daripadanya. Peristiwa yang terlebih ganjil lagi berlagu di Negeri Al Mantahah dimana mereka bertawassul dengan “Pokok Tamar Jantan” dimana orang yang belum berkahwin akan berkata:
“Wahai bapa sekelian bapa(iaitu pokok tamar jantan), saya hendak berkahwin sebrlum cukup setahun”.

Kebanyakan masyarakat Islam ketika itu sentiasa berulang alik ke kubur kubur yang didakwanya sebagai kubur para sahabat dan para wali. Tanpa disedari meraka telah melakukan upacara ibadat yang tidak selayaknya melainkan untuk ALLAH seperti bernazar, tawaf, menyembelih, meminta tolong dan sebagainya. Mereka seolah olah tidak mengenal Allaa SWT. Apabila ditimpa musibah atau sakit, maka mereka akan menjerit jerit menangis berdoa’ dan meminta tolong di kubur kubur.
Mereka juga seolah olah tidak pernah mendengar Firman ALLAH SWT:
“Berdoalah kepadaku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan yang hina dina”. (Al Mu’min : 60)
Hati mereka terikat kuat dengan kubur kubur, pokok pokok dan gua gua. Diantara factor factor yang menyebabkan hati mereka lebih gemar meminta doa kepada selain daripada ALLAH SWT dan tidak terus kepada ALLAH sepertimana yang telah disarankan oleh ayat diatas ialah:
1. Penerimaan amalan ini secara warisan daripada bapa bapa dan datuk datuk mereka tanpa meneliti kesahihan amalan tersebut.
2. Tiadanya golongan yang bangkit untuk membenteras bidaah bidaah ini dan berusaha untuk mengembalikan mereka kepada ajaran Islam yang sahih.
3. Bagi sesetengah golongan perkara ini merupakan sumber rezeki dan batu loncatan untuk mendapatkan pangkat dan kedudukan yang mereka inginkan.
4. Kejahilan mereka dengan hakikat Islam yang sebenarnya yang dibawa oleh Rasulullah SAW, sehinggakan mereka mencampur adukkan agama dengan perkara lain atau menggantikannya dengan sesuatu yang bertentangan dengan Islam.
5. Pemimpin dan penguasa tidak memandang berat terhadap persoalan tersebut. Mereka hanya sibuk untuk mengumpul harta.
Justeru itu Syaikh Muhammad Abd Wahhab bangkit menentang perkara bidaah ini dengan berpandukan kepada Al Quran dan As Sunnah. Beliau bersungguh sungguh didalam usaha berda’wah mengajak manusia kepada mengesakan ALLAH Subhanu Wata’ala didalam beribadat serta berjuang untuk menghapuskan syirik, bidaah dan kesesatan.
Aqidah Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab
Mengenai aqidah Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab adalah lebih wajar sekiranya kita meneliti dan mengamati tulisan beliau dalam sebuah kitabnya yang menjelaskan pegangan akidahnya. Berkata Syaikh R.h, “Aku bersaksikan ALLAH SWT dan sekalian mereka yang hadir bersamaku daripada para malaikat dan aku bersaksikan kamu : “Bahawa aku beri ‘itiqad Ahlu-Assinah Wal Jamaah, beriman dengan ALLAH dan para malaikat, kitab kitabNya, para RasulNya, hari kebangkitan selepas mati serta qadar baik dan jahat”.
“Aku beriman dengan ALLAH SWT: Beriman dengan sifat yang ALLAH SWT telah menyifatkan diriNya denganNya sepertimana yang dinyatakan dalam kitabNya denganNya sepertimana yang dinyatakan dalam kitabNya dan yang dating melalui lidah RasulNya tanpa tahrif (mengubah) dan tamsil (mengumpamakan). Bahkan aku beri ‘itiqad bahawasa sesungguhnya ALLAH SWT tidak ada sesuatu yang serupa denganNya dan Dia Maha Mendengar juga Maha Melihat”.
“Aku tidak menafikan apa apa yang disifatkan bagi DiriNya dan aku tidak mengubah perkataan ALLAH daripada tempatnya dan tidak mengingkari nama nama dan ayat ayatNya. Aku tidak mengetahui kaifiatNya dan aku tidak membandingkan sifat sifat ALLAH dengan sifat makhluk. Kerana ALLAH tiada yang senama bagiNya, tiada seumpama, tiada bandingan dan tidak dikiaskan dengan makhlukNya. Sesungguhnya ALLAH SWT lebih mengetahui tentang diriNya dan yang selain daripadaNya serta lebih benar dan baik perkataanNya”.
“Maka ALLAH SWT menyucikan diriNya daripada sesuatu yang menyalahi, yang disifatkan oleh ahli Takyif (menentukan cara kaifiat) dan Tamsil dan daripada sesuatu yang dinafikan oleh ahli Tahrif dan Ta’til (menafikan sifat)” Firman ALLAH SWT:“Maha suci TUHANmu yang mempunyai keperkasaan daripada mereka katakana, dan kesejahteraan dilimpahkan ke atas pada Rasul, dan segala puji bagi ALLAH TUHAN sekelian alam”. (As Soffat: 180 – 182)
“Golongan yang berjaya (Firqah An Najiah) itu adalah pertengahan diantara Qadariyyah dan Jabariyyah di dalam bab Af’al (perbuatan) ALLAH SWT: pertengahan di antara Murjiah dan Jahmiah di dalam bab Iman dan Deen; pertengahan diantara Rafidoh dan Khawarij di dalam bab para sahabat Rasulullah SAW”.
“Aku ber’itiqad bahawa Al-Quran itu Kalamullah yang diturunkan dan bukannya makhluk. DaripadaNya ia bermula dan kepadaNya ia kembali. Sesungguhnya ALLAH SWT berkata kata dengan secara hakikat (sebenarnya) ALLAH SWT menurunkannya kepada hamba dan rasul kepercayaanNya atas jalan wahyu. Utusan ALLAH SWT di antaraNya dengan hamba hambaNya ialah nabi kita Muhammad SAW”…
Kemudian di tempat yang lain Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab menulis: “Aku beriman bahawasanya nabi kita Muhammad SAW adalah penutup para Nabi dan Rasul. Tidak sah iman seseorang sehinggalah ia beriman kepada risalahnya dan bersaksi dengan kenabiannya”.
Seafdhal-afdhal umatnya adalah Abu Bakar As Siddik, kemudian Umar Al Faruq, kemudian Uthman Zu Nurain, kemudian Ali Al Murtadha, kemudian selebihnya dari sepuluh orang (yang dijamin masuk syurga) kemudian ahli perang Badar, kemudian ahli Asy Syajarah, mereka yang menyertai baia’h Ar Ridwan, kemudian sekelian para sahabat RadhiALLAHu’anhum.
Aku mengasihi sekalian para sahabat Rasulullah SAW, sentiasa menyebut kebaikan mereka, meminta ampun untuk mereka, menahan diri daripada menyebut keburukan mereka, dan diam di dalam perkara yang diperselisihkan diantara mereka.Aku berkeyakinan dengan kelebihan mereka, seperti Firman ALLAH SWT: Maksudnya: “Dan orang orang yang datang sesudah mereka, mereka berdoa: “Ya TUHAN Kami! Beri ampunlah kami dan saudara saudara kami yang telah beriman terlebih dahulu dari kami dan janganlah kau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang orang yang beriman, Ya TUHAN Kami! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Hasyr:10)
“Aku berdoa dengan keredhaan ALLAH SWT bagi ummahatulmu’minin yang bersih daripada setiap kejahatan. Aku mengakui keramat para wali, tetapi mereka tidak berhak dengan sesuatu daripada hak ALLAH SWT. Aku tidak bersaksi dengan syurga dan tidak juga neraka bagi mana mana muslimin, melainkan mereka yang telah disaksikan oleh Rasulullah SAW. Tetapi aku berharap kebaikan bagi orang yang berbuat baik dan aku takut atas orang yang berbuat kejahatan. Aku tidak mengkafirkan seseorang Islam dengan sebab dosanya dan aku juga tidak mengeluarkanya daripada golongan Islam”.
Daripada beberapa petikan tulisan Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab mengenai aqidah dai atas, jelaslah kepada kita bahawa aqidah beliau adalah Aqidah Salafu As Soleh. Ianya juga merupakan pegangan aqidah imam imam Mazhab dan imam imam Muhaddisin.Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang intipati perjuangan Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab adalah wajar bagi kita mendalami hasil karya beliau. Disamping itu, melalui pembacaan dan kajian terhadap buku buku karya Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab, kita akan mendapat jawapan yang jelas terhadap fitnah fitnah yang dilemparkan ke atas beliau.
(penulis asalnya tidak dapat dikesan dan foto buku di atas hanya hiasan, tidak ada kaitan dengan rencana ini. Harap maklum. suparjo.)

Rabu, Julai 01, 2009

TIDAK sedar jadi pencuri

WATAK pencuri yang bertopeng dan membawa karung hanya wujud dalam filem, untuk memudahkan orang memahami bahawa yang dilihatnya adalah pencuri. Pencuri selalu diertikan orang yang mengambil barang atau wang orang secara sembunyi-sembunyi. Maka kita kerap pula mengajar anak-anak agar tidak menjadi pencuri. Anak-anak akan dimarahi jika ada mengambil barang orang lain.

Banyak pula yang tidak sedar bahawa sangat mudah menjadi pencuri atau mengambil hak orang lain. Tanpa perlu memakai topeng atau berwaspada, banyak pula yang tertawa dengan bangga menceritakan kegiatannya sebagai pencuri. Ohoo, dia tidak mengatakan dirinya pencuri, cuma berjaya mengelak daripada dikenakan apa-apa bayaran, misalnya begitulah.

Contoh lain, misalnya ada yang berjaya mengelak membayar cukai belian barangan yang sepatutnya dibayar cukainya. Katakan di pusat pemeriksaan kastam Kuah Langkawi dia berjaya menghelah sehingga tidak dikenakan cukai yang sepatutnya RM50.00. Maka sebenarnya dia mencuri harta negara sebanyak RM50.00.

Ada yang membuat tuntutan yang tidak sepatutnya kepada majikan seperti tuntutan perjalanan yang melebihi apa yang sepatutnya. Jika yang wajib dituntut itu ialah RM150.00, tetapi dia berjaya menambah cerita mengenai perjalanannya sehingga berjaya menuntut RM180.00, tidak syak lagi dia mencuri wang majikannya RM30.00.

Contoh lain pula mengenai pekerja yang diamanahkan kenderaan oleh majikannya. Kenderaan itu khas untuk kerja-kerja syarikat atau jabatan, tetapi dengan sengaja digunakan untuk kegunaan peribadi seperti membawa keluarga melancong. Jika kos menyewa kenderaan itu ialah RM300.00 dan kerana menggunakan kenderaan majikannya itu dia tidak mengeluarkan wang RM300.00, sebanyak itu jugalah dia mencuri wang melalui penggunaan kenderaan yang tidak halal baginya.

Memang susah untuk mengelakkan menjadi pencuri. Bayangkan kita menggunakan kertas di pejabat atau telefon untuk kegunaan peribadi dan tidak dibuat apa-apa bayaran, kos yang mungkin 50 sen itu sebenarnya hasil curian yang masuk dalam poket. Aduhai sakitnya…..

Maka sebab itulah Khalifah Umar bin Abdul Aziz, salah seorang khalifah zaman Umayyah dahulu sangat teliti menjalankan kerja untuk membedakan antara kerja rasmi kerajaan atau peribadi. Suatu ketika apabila bercakap dengan ahli keluarganya, baginda mematikan lampu kerana perbincangan itu adalah urusan peribadi sedangkan lampu itu milik kerajaan atau negara. Ini contoh orang yang takut banyak soal di akhirat sana, yang macam kita tidak takut itu, tentu main bedal sajalah atau berhujah ‘sikit saja…’