Halaman

Ahad, Februari 15, 2009

AGAMANYA ialah 'tidak ada agama'

ZAMAN ini kedengaran orang mengatakan dirinya bebas, tidak mahu terikat dengan dogma atau fahaman apa-apa agama. Mereka menganggap dirinya adil dan saksama, mesra semua manusia tidak kira dari mana-mana puak.

Lalu, benarkah dia tidak ada agama? Tidak mempunyai pegangan agama sebenarnya adalah satu agama. Agama apa? Ya…, agamanya ialah ‘Tidak Menganut apa-apa Agama’. Jika begitu akan ditanya pula apa pula rutin amalan harian agama ‘Tidak Menganut Apa-apa Agama’? Rutinnya ialah tidak melakukan apa-apa amalan, dan mereka percaya itu adalah kelakuan hidup yang baik dan indah.

Di balik daripada fahaman agama begitu, ada aktiviti yang sudah menjurus kea rah fahaman agama. Misalnya di negara-negara Amerika Latin umpama Brazil dan Argentina, bolasepak sudah menjadi seperti agama. Kata orang jawa, mereka sangat ‘mituhu’ dengan bolasepak sebagaimana manusia beragama mituhu (patuh) kepada ajaran agamanya. Di England misalnya, para peminat sesuatu pasukan bola sepak sanggup berkorban wang dan masa untuk bolasepak, malah ada yang sanggup macam mati syahid kerana bolasepak.

Pada tahun 1989 berlaku gerakan prodemokrasi di medan Tienanmen Beijing China. Para pelajar universiti sanggup berbaring di jalan raya sedangkan di hadapannya ada kereta kebal sedang menuju ke arahnya. Mereka sanggup mati! Kes yang serupa juga berlaku di Myanmar pada awal tahun 1990-an. Mereka percaya kalau mati memperjuangkan demokrasi, kematian mereka mulia. Entah kitab mana yang mereka terjemahkan dalam kehidupan.

Apa yang sering saya fikirkan ialah, tidak ada janji hidup bahagia di akhirat oleh agama bernama demokrasi ini. Dalam tidak ada janji entah syurga dan neraka demokrasi, mereka kok sanggup mati atas nama demokrasi. Islam menjanjikan bahagia syurga kepada yang memperjuangkan Islam, nampaknya masih ada muslim yang ragu untuk melaksanakan Islam meskipun solat berjemaah di masjid. Aduhai…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan