beribadah di kuburan wali? |
ANTARA kebimbangan Kanjeng Rasulullah s.a.w.
terhadap umatnya adalah pemujaan kubur, terutama kubur orang-orang terkenal
atau ahli agama yang sangat disanjungi sewaktu hidupnya. Pemujaan ini tentulah menyembah kubur! Itu ekstrim dan orang yang menyatakan ‘Tidak
ada tuhan selain Allah ‘pasti tidak menyembah kubur!
Pemujaan kubur juga berarti menjadikan kubur itu sangat
istimewa, satu tempat yang sentiasa dikenang-kenang dan mesti diziarahi sebagai
tanda sangat berarti dalam hidup atau kepercayaannya. Penziarah akan duduk-duduk di sisi kuburan, membaca
surah yasin, bertahlilan atau berwirid.
Bentuk ibadah itu dilakukan di atas kuburan itu kerna sangat yakin
bahawa kuburan itu paling istimewa, dan dipercayai segala aktiviti keagamaan
itu lebih disukai Allah ketimbang melakukan hal yang sama di rumah atau di
masjid-masjid.
tilawatil qur'an di atas kubur? |
Kemudian ditentu-tentukan hari berkumpul secara
besar-besaran misalnya setahun sekali bertepatan hari lahir atau matinya. Saat perkumpulan penziarah dalam gelombang
besar, dirasakan jauh lebih afdal dan paling membawa rahmat Allah. Dan akhirnya penziarah menjadi percaya ada
keberkahan atau kebaikan-kebaikan dalam agama apabila berada dalam majlis
besar-besaran di kuburan berkenaan.
Sesudah itu, mereka akan sanggup mati pula mempertahankan kuburan itu
daripada ditutup atau mahu dipindahkan!
Apakah begitu ajaran Allah dan rasul-Nya?
Bahawa dahulu pada jaman jahiliyah ada orang alim
bernama Al-Lata, berbakti memberi makanan kepada para jamaah haji. Kerna jasa
dan sanjungan orang, kuburnya dijadikan tempat istimewa. Dibangunkan pula
binaan yang bersesuaian dengan kehendak penziarah jaman itu. Lama-lama,
berganti generasi, kubur itu dipuja dan dibuatkan pula patung sebagai tugu
peringatan manusia bernama Al-Lata. Patung itu kemudiannya dipindahkan ke sisi
Kaabah. Maka sempurnalah kesyirikan kepada Allah.
Bahawa Ibnu Abas r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. melaknat
para wanita yang berziarah kubur dan orang-orang yang menjadikan kubur sebagai
tempat ibadah, serta membuat penerangan di atasnya.” (HR Abu Dawud
3236, Ibnu Majah 1575, At-Tirmizi 320, An-Nasa’I 4/77 dan Ahmad 1/229)
Malah baginda Rasulullah s.a.w. juga bersabda
(artinya), “Ya Allah, janganlah Engkau menjadikan kuburku sebagai berhala yang disembah.
Alangkah murkanya Allah kepada orang yang menjadikan kubur-kubur orang
salih sebagai tempat beribadah.” (Sahih, diriwayatkan oleh Imam Malik,
Bazzar secara mausul dalam kitab Kasyful Atsar 440)
Membuat penerangan di kuburan pun dilarang Kanjeng
Nabi s.a.w. Hari ini banyaklah
orang berasa aneh jika setelah mengubur
jenazah, lantas semua berdiri sebentar dan berdoa untuk keampunan si mati. Setelah itu pulang. Tidak, mereka tidak yakin sekadar itu, lalu
mereka membaca surah Yasin, bertahlilan, berzikir dan membuat ucapan-ucapan
pula di situ. Ada ucapan memberitahu apa
yang jenazah akan hadapi dan peringatan untuk manusia yang masih hidup. Itulah yang dipercayai benar, walhal itulah
yang dilarang oleh Kanjeng Nabi s.a.w..
Bukankah kita bersaksi Muhammad adalah Rasulullah?
Allahu ‘aklam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan