Halaman

Ahad, Mei 05, 2013

PRU: Saya mengundi di SRA Batu 2 Sepintas

SAYA menyemak nama pengundi pukul 8.36 pagi.  Pegawai SPR di Sekolah Rendah Agama Batu 2 Sepintas, Sabak Bernam memberi kertas saluran mengundi: Saluran 1.  Nombor giliran yang dicatat ialah 63.  Saya terpaksa berdiri dalam barisan menunggu selama lebih sejam.  Saluran 1 merupakan saluran orang dewasa termasuk warga emas.  Oleh itu saluran ini kerap memberi giliran berpintas kepada warga emas yang tua, uzur dan sakit.

Sebaris dengan saya ialah Calon Parlimen Sabak Bernam Encik Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh.  Beliau merupakan anak kampung Sepintas yang jawatan akhirnya ialah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam.

Sebelumnya saya dinasihat oleh petugas SPR agar tidak mengambil gambar dalam kawasan sekolah yang dijadikan pusat pengundian.  Saya akur sebab tidak mempunyai pas sebagai juru gambar.  Jadi semua gambar hanya di luar kawasan sekolah tempat pengundian.

Pegawai SPR di dalam bilik mengundi berkali-kali memandang wajah saya, membanding dengan foto yang ada pada kad pengenalan. Saya memberi kerjasama dengan membuka kaca mata.  Dan kami tersenyum. Bukan salah orang!

Pusat Pengundian SRA Batu 2 Sepintas

Pondok BN dan Pas bersebelahan

Pakcik saya Wak Abas

Perang poster dan bendera partai di luar pusat pengundian 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan