TIDAK
berapa lama dahulu seorang pemimpin (bukan Islam) menyindir kumpulan yang
mahukan al-Quran dijadikan teras pentadbiran negara dengan mengatakan, “mana
ada ayat al-Quran tentang pembinaan jalan raya?” Malah ada juga dalam kalangan orang Islam
yang dianggap cerdik sebab telah bersekolah mengatakan, “undang-undang Allah
pun dilanggar, inikan pula undang-undang manusia.”
Memang
tidak ada ayat al-Quran mengenai cara-cara memecahkan batu, memasak minyak
menjadi tar hitam dan cara-cara mengelek batu supaya menjadi rata. Al-Quran
mengeluarkan dasar tanggung jawab, ketelusan dan macam-macam yang sangat profesional.
Juga, tidak semua peraturan yang ada dicatat dalam al-Quran. Bab jalan raya dan
undang-undangnya tidak diwahyukan dari langit.
Ini hal keduniaan yang sentiasa berubah berdasarkan keperluan zaman
manusia, teknologi, iklim, sejarah, geografi dan penemuan-penemuan baru
semasa. Oleh itu yang membuat jalan raya
dan undang-undang penggunaannya ialah manusia.
Oh, sebab itu orang macam diberi tawaran untuk melanggar undang-undang
jalan raya sebab itu undang-undang manusia!
Mengapa
pemikiran sesetengah orang jadi begitu? Undang-undang jalan raya yang dibuat
oleh pemerintah merupakan undang-undang yang sah dan wajib diikuti oleh rakyat,
khasnya muslim sebab pemerintah telah disahkan oleh Allah untuk mengeluarkan
arahan!
Maksud
ayat 59 surah an-Nisa’ “Wahai
orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan
kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu
perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran)
dan (Sunnah) Rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
Menjadi
tanggung jawab pemerintah menjaga
kerukunan dalam negara. Maka pemerintah membuat undang-undang jalan raya supaya
kerukunan dan keselamatan di jalan raya dapat dinikmati. Kecualilah jika undang-undang jalan raya itu
tidak adil, seperti membeda-bedakan hak penggunaannya berdasarkan taraf sosial atau
keturunan. Jika undang-undang seperti
had laju 90/kmj, tidak boleh memintas di garisan kembar, berhenti apabila lampu
trafik berwarna merah, memintas mengikut sebelah kanan (hanya beberapa contoh),
mengapa hendak dibantah atau tidak dihiraukan semua undang-undang ini?
Membantah pemerintah menguatkuasakan undang-undang ini bermakna membantah undang-undang
ini. Apa gunanya ada undang-undang jika
tidak dikenakan tindakan jika ada orang yang mengingkarinya?
Jika
muslim tahu bahawa undang-undang ini jelas membawa kebaikan, dan muslim
mentaatinya, maka ini dikira termasuk sifat orang-orang beriman. Allah sudah menyatakan supaya orang beriman
taat kepada pemerintah, maka sesiapa yang sengaja ingkar undang-undang jalan raya
(sebab memang melawan atau sombong), dirinya termasuk golongan tidak beriman. Jangan
kata ini hanya undang-undang buatan manusia, maka suka hati sahaja sama ada
hendak patuh atau tidak.
Undang-undang
jalan raya termasuk bab keduniaan yang tidak diwahyukan sebagaimana urusan agama
(termasuk akidah). Rasulullah s.a.w. pun
mengakui bahawa kita sebagai manusia lebih mengetahui urusan keduniaan
berbanding dirinya. Maksudnya, bab
akidah dan ibadah (agama) itu wajib mendengar firman Allah san sabda nabi
s.a.w., tetapi urusan membina kemajuan kebendaan dunia termasuk membuat
teknomogi baru, itu kemahiran manusia yang senantiasa berubah. Hal ini jelas daripada hadis di bawah.
Dari
Anas bahwa Nabi s.a.w. pernah melewati
suatu kaum yang sedang mengahwinkan pohon kurma lalu beliau bersabda:
"Sekiranya mereka tidak melakukannya, kurma itu akan (tetap) baik."
Tapi setelah itu, ternyata kurma tersebut tumbuh dalam keadaan rusak. Hingga
suatu saat Nabi s.a.w. melewati mereka lagi dan melihat hal itu beliau
bertanya: 'Ada apa dengan pohon kurma kalian? Mereka menjawab; Bukankah anda (nabi)
telah mengatakan hal ini dan hal itu? Beliau lalu bersabda: 'Kalian lebih
mengetahui urusan dunia kalian.' (HR Muslim, no. 4358)
Penerangan
hadis, bahawa sebelumnya nabi s.a.w. pernah mencadangkan satu teknik
pencantuman benih kurma untuk menghasilkan buah yang lebih baik. Oleh kerna
yang mencadangkan ialah nabi s.a.w., maka orang patuh. Setelah dicuba teknik itu ternyata hasilnya
tidak seperti yang diharapkan. Maka
orang berkenaan pun seperti merungut. Maka itu yang nabi s.a.w. berkata “kalian
lebih mengetahui urusan dunia kalian”.
Oleh
itu dapat difahami bahawa cara membuat jalan raya dan undang-undang
berkaitannya bukan hal agama, tetapi hal dunia.
Allah telah memberi hak sah untuk pemerintah mengatur siri kebijaksanaan
dalam melakukan pembangunan jalan raya.
Maka sebagai muslim wajiblah mematuhi apa saja kebaikan berkenaan jalan
raya.
Thank you for sharing some of your experience and wisdom.
BalasPadamVery nice information shared by you. I was just searching this type of information and luckily I got it from your blog. I like your blog also. Keep it up.
BalasPadam