AIR
MUSOFFA ialah air yang dikatakan sebagai penawar penyakit. Cara pembuatan air
ini ialah dengan menghasilkan penulisan pada piring yang kemudian ditaruh
air. Semua penulisan ayat al-Quran pada
piring akan luntur dalam air, dan air itu dimimum sebagai penawar.
BERIKUT
merupakan petikan daripada penulisan seorang pegawai Jakim dalam bab akidah
mengenai air musoffa.
Antaranya
contoh yang boleh dijadikan teladan adalah apa yang berlaku kepada penjualan
Air Musofa secara komersial suatu ketika dahulu. Pengusaha air tersebut telah
membuat promo menerusi rancangan temubual radio yang ditaja oleh syarikatnya
sendiri. Dalam rancangan tersebut pengusaha produk akan menyebut pelbagai
khasiat tentang produknya termasuk kepercayaan khurafat seperti mengatakan
perbuatan merenjiskan Air Musoffa ke atas kenderaan, akan mengelakkan kenderaan
tersebut daripada bala bencana.
Dalam
segmen tajaan tersebut juga, pengusaha produk menawarkan hadiah kepada para
pendengar yang dapat memberi testimoni terbaik. Kebanyakan testimoni yang
diberikan menjuruskan kepada kepercayaan khurafat yang ditegah agama.
Perbuatan
yang melampau dalam mengkomersialkan ini akhirnya telah menyebabkan syarikat
Air Musoffa telah difatwakan haram oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan
Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-64 telah diadakan pada 4 Disember 2004
yang membuat keputusan bahawa : “Air Musoffa adalah air rawatan yang dihasilkan
dengan kaedah yang bercanggah dengan hukum syarak dan pemasaran air ini boleh
membuka pintu khurafat dalam masyarakat”.
Mesyuarat
Panel Kajian Akidah (PKA) kali ke 29 pada 24 Mei 2005 juga telah
bersetuju membuat keputusan bahawa penjualan Air Musoffa secara komersial
adalah dilarang kerana boleh membuka ruang kepada penyelewengan akidah,
penipuan dan kepercayaan khurafat.
Seterusnya
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-72 pada 23 Januari 2006
memutuskan bahawa: “Penjualan air musoffa secara komersial adalah dilarang
kerana ia boleh membuka ruang kepada penyelewengan akidah, kepercayaan khurafat
dan penipuan”.
bagaimana pula dengan 'Air Anugerah', dijual dengan kadar harga RM 4.00 sebotol 500ml, begitu mahal, sedangkan harga air minuman kita boleh dapat dalam RM 5.50 - RM12.00 sekotak 24 botol 500ml di pasaraya borong, ini bermakna harga kos air hanya sekadar RM 0.30 hingga RM 0.50,tak kan lah kos membaca ayat Al Quran begitu tinggi
BalasPadamAir anugerah tu air ion...bukan air dari bacaan quran pun
BalasPadamAir anugerah tu air ion..bukan bacaan quran pun
BalasPadam