Halaman

Selasa, Januari 17, 2012

CARANYA Ustaz Fathul Bari nasihati wanita Umno



Salah satu soalan "Jom Chat Bersama... FATHUL BARI MAT JAHYA di Utusan Online"

Soalan daripada Che Mohamad,
Rakyat Islam biasa melihat pemimpin Umno tidak Islamik kerana isteri2 mereka tidak menutup aurat. Ustaz2 Umno segan nak menegur pemimpin Umno, tapi tak segan menegur ulama Pas. Jadi rakyat melihat ustaz2 Umno pentingkan pangkat sahaja.


Jawapan Ustaz Abu Islam Fathul Bari,
Terima kasih Che Mohamad, saya kira tuan tidak mengikuti kajian2 ilmu kami. alhamdulillah kebenaran; telah kami sampaikan tanpa prejudis. Aurat adalah salah satu dari hukum Allah yang besar setiap wanita perlu menutup aurat mereka. Cuma bagi yang bertanya,

1) Nabi SAW sendiri tidak mampu memberikan petunjuk kepada bapa saudara baginda utk memeluk islam, Nabi Musa juga tidak mampu meyakinkan fir'aun, Nabi Nuh juga tidak mampu memberi hidayah kepada anaknya, begitu juga Nabi Luth tidak mampu menjadikan isterinya insan yang beriman; Jika para Nabi pun tidak mampu, apatah lagi saya dan sahabat2 yang kerdil ini.... 

tuan berbicara seolah2 hidayah itu ditangan kami, sedangkan hidayah adalah milik allah secara mutlak.

2. Adakah tuan menghukum kami tidak menegur hanya dengan mencari kenyataan kami di akhbar? atau d internet? Jika demikian, tuan pasti tidak menemuinya. Kami menulis, berceramah, menegur secara berhadapan dan lain2. Bahkan kami juga memberikan teguran secara umum tentang isu aurat. Isu aurat ini melibatkan rakyat malaysia bukan hanya parti UMNO. Tolong jgn prejudis.

Walau bagaimanapun, teguran dan pandangan tuan, akan kami jadikan motivasi untuk tingkatkan ketaqwaan kepada Allah. Terima kasih.

*Tidak berlaku sebarang edit kepada soalan & jawapan.

- Via Abu Mu'aaz Munir Azizan

(SAYA menghormati Ustaz Fathul Bari yang sanggup berada dalam Umno untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah.  Beliau pasti bertemu mehnah dalam Umno, malah dari luar Umno.  Saya yakin beliau jujur melaksanakan dakwah dan mendoakan kemudahan dan kejayaan beliau. NMS)


7 ulasan:

  1. x fhm apa maksud " isu aurat ini melibatkan rakyat Malaysia bukan hanya parti UMNO "..tp kenapa masalah ini tdk ada dalam jamaah yg memperjuangkan islam yg sebenar...

    BalasPadam
  2. masalah aurat yg dimaksudkan itu ada pada rakyat malaysia, termasuk yg bukan menjadi ahli umno. mungkin anda maksudkan pas tidak ada masalah ini, syukurlah. Jika kita percaya wanita muslim wajib menutup aurat, maka mestilah ada jurudakwah utk mendakwahi golongan berkenaan. Kalau kita tidak mampu menjadi jurudakwah terhadap golongan berkenaan, moga2 kita menjadi orang yang mendoakan jurudakwah berkenaan. Dan moga2 kita bukan orang yang kerjanya menyalahkan juru-jurudakwah itu.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Jawapan yang b'hemah bukan jawapan yang terlalu mengikut emosi oleh sstgh ustaz.. saya nak tuju pulak soalan itu kepada Nik Aziz - PAS... rakyat kelantan pun ramai yang tak menutup aurat.. bagaiamana tu... Ini lah orang islam skrg hanya mampu melepaskan kesalahan kepada orang lain... cermin diri sebelum memantulkan kepada orang lain... cth saya juga mempunyai kwn yang tidak menutup aurat, adakah menjadi kesalahan saya tidak menasihati kwn saya itu sedangkan Allah m'kurniakan akal yg sempurna bkn separa gila... kalau berkenaan akhlak itu tiada kena mengena dengan orang lain tapi berbalik pada hati & nawaitu.. saya golongan muda sgt sosial pd ketika dulu tp saya berubah bkn krn orang lain yang mengubah diri saya tetapi hati saya ikhlas kerana Allah & Allah membuka pintu hati saya untuk berubah.. sedarlah wahai orang2 islam... WallahuAllah bissawab...

    BalasPadam
  5. nice blog.....blog walking ok...visit my blog http://taufiqhp.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. blog walking <--- bermakna tak membaca post ini...cuma nk tambah trafik sahaja...

    BalasPadam
  7. Saya setuju dengan kenyataan En Nurul Mubin Siraj.Kita perlu jurudakwah untuk mendakwah golongan tersebut bukan juru kutuk dan tukang menjatuh hukuman.

    BalasPadam