Halaman

Khamis, Oktober 27, 2011

TERUSKAN Prof Awang Sariyan!


WALAUPUN tidak bertahun-tahun berguru kepadanya, namun Prof Awang Sariyan tetap guru Bahasa Melayu saya yang paling berkesan. Kebetulan semasa berguru dengannya, dia belum mendapat kedoktoran apa lagi Profesor, jadi dia mesra disambat Haji Awang Sariyan. Antara yang sering diucapkan ialah penggunaan bahasa yang betul memudahkan penyampaian maklumat, dan itu pun satu jalur dakwah! Melaluinya juga semangat saya bertutur dalam sebutan baku menjadi utuh, sehingga ada pegawai pendidikan mengatakan saya orang Indonesia.  Saya senantiasa mengikuti perkembangan dirinya, dia menjelajah ke China dan pulang ke Malaysia saya bagi tahu waktu-waktunya.  Semoga Allah memudahkan urusan guru saya ini.

Kerajaan Perlu Tegas Mansuhkan
PPSMI:Awang Sariyan

KUALA LUMPUR: Pejuang dan pakar Bahasa Kebangsaan, Dr Awang Sariyan pada Khamis meminta kerajaan supaya bertegas dan tidak melayan sebarang desakan mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara pilihan di sekolah.

Katanya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran sendiri mengakui berdasarkan kajian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hanya tiga peratus pelajar mendapat manfaat dari PPSMI.

"Jadi adakah kita ingin mengabaikan hak asasi 97 peratus pelajar lain sedangkan pendemokrasian pendidikan menuntut pendidikan mesti diperoleh sejumlah besar rakyat, kita tak boleh korbankan 97 peratus hanya untuk melayan tiga peratus yang masih berminat dengan PPSMI," katanya kepada media selepas sidang media oleh 48 Badan-badan bukan kerajaan (NGO) menyokong pemansuhan PPSMI , di sini, Khamis.

Beliau berkata golongan memerlukan PPSMI ialah golongan elit yang mungkin telah hilang jati diri.

"Mereka mendakwa Bahasa Inggeris bahasa ibunda mereka walhal mereka masih orang Melayu, ini satu kekeliruan.

"Kekeliruan (oleh golongan elit) ini tidak perlu dilayan, kerajaan perlu bertegas dan tidak lagi berdolak dalih, mengubah kembali keputusan pemansuhan kerana itu memberi tanggapan tidak ada dasar negara yang jelas," katanya.

Sebelum ini Kumpulan Tindakan Ibu-Bapa bagi Pendidikan (PAGE) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa agar diberikan autonomi kepada sekolah untuk memilih PPSMI berdasarkan kajian mereka yang mendakwa sebahagian besar guru dan ibu bapa mengharapkan agar PPSMI dilaksanakan semula.

Sementara itu, pada sidang media oleh 48 NGO, Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Kamal Shukri Abdullah Sani berkata satu memorandum yang mengandungi empat resolusi menyokong pemansuhan PPSMI akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri pada 29 Oktober depan sempena Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-8. - BERNAMA

3 ulasan:

  1. Salam,

    Kita teruskan dan tingkatkan perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai tunjang tamadun negara, sebagai kesinambungan martabat dan peranan bahasa Melayu sejak lebih satu alaf lalu.

    BalasPadam
  2. Tidak betul jika rakyat Malaysia di ajak melihat betapa bahasa ibunda di negeri-negeri German, Korea dan Jepun mampu menjadikan negara dan rakyat negara-negara tersebut maju dan sofistaked. Ingat, itu bahasa ibunda mereka, bukan bahasa Melayu kita.

    Yang lebih elok, tepat dan betul ialah kita sepatutnya melihat apakah betul pesatnya ekonomi, sistem perdagangan, sistem kewangan dan perhubungan antarabangsa negera jiran kita yang JUGA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU - INDONESIA. Tidak kemana hebatnya pencapaian dan prestasi Indonesia yang menggunakan Bahasa Melayu itu walalupun digunakan dengan meluas. Nah, buktinya depan mata, bahasa Melayu dahulu kala memang hebat hanya untuk perdangangan zaman silam dahulu kala seperti jual beli cengkih, kayu cendana, damar, beras, gambir dan candu [antara lain], tetapi janganlah dikatakan perdagangan dahulu itu sama kompleksnya dan rumitnya dengan sistem ekonomi dan perdagangan moden hari ini.

    Untuk syok sendiri, bolehlah Malaysia pakai Bahasa Melayu bagi maksud maksud persurantan dengan jabatan Kerajaan, dan jualan jualan gerai kecilan ala berniaga seperti di zaman Melaka itu bolehlah bahasa melayu 'thrive'. Tetapi maaflah, bukan zaman derivatives, futures market, takeovers and mergers dan buku manual membaiki enjin kapalterbang Airbus A380 [nak manual tu pakai BM?].


    UJIAN>>Kesertaan pihak yang berdomisil perolehan tidak di akui kecuali dengan satu akusaksi selepas diadakan ketekunan wajar awalan'<<

    [Apa? Nak saya terjemah kedalam bahasa Inggeris? Hahahaha]

    BalasPadam